Ada dua suara di belakang . Satu suara tangan menikam . Satu suara sokongan menjulang .Yang satu kuat sangat mengaum . Satu lagi sepoi-sepoi bahasa.
Patutlah dunia ini kekal dengan hukum zalim. timbangan orthodox dan timbangan bukan orthodox.
Saturday, July 31, 2010
at
9:21 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Friday, July 30, 2010
Tadi . Baru saja . Aku jalan-jalan di Khan El-Khalili .
Lorong biasa dan malas lagi mahu buka mata . Tapi, ternampak susuk tubuh Mesir, sedang berdiri gaya menanti habuan . Gaya "harga murah" dan "apa khabar?" Oh, biasa lah . Okeh, tambah lagi beliau sedang menitip tasbihnya.
Jujur . Memang aku terlanjur . Aku awal-awal sudah berpersepsi . "Pigi dah~ setakat ketip-ketip tasbih, ingat aku boleh ingat kau tu baik ka? Hayya, tipikal punya kaki tipu."
Hayya! Kau tahu? Lewat waktu Maghrib, aku gelabah mencari masjid. Mana taknya kalau sudah ralit di Khan El-Khalili. Sampai masjid, gegas masuk ke tandas.
Zas!Zis!Zus!
Ha! Susuk yang sama . Yang aku nampak tadi, sedang mengelap2 lantai tandas yang basah . Gaya biasa-biasa, tak sedar. Mungkin nampak naif . Ikhlas rasanya . Rutin selepas habis fardhu solat.
. . .
Seorang Thaaqhib juga selalu tersilap dan terkadang 'terbunuh' seseorang dengan persepsi awal. Tapi, aku janji akan lebih kuat berlatih.
at
3:46 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
2
comments
Thursday, July 29, 2010
Belajar dari hari . Matahari naik sinari pagi . Setiap hari pasti, jumpa bahasa basah, menyegarkan hati . Cuma, kali ini dekat-dekat hujung . Ketika malam mula menutupi giliran mentari .
Hap! Hap!
Kenyang cinnamon sekali dengan mocha . Kenyang makan-makan ukhuwwah . Terkedek pulang petang, terkejar rukuk-sembah . Okeh, pantas menahan teksi. "Ayuh hah! Cepat laju kami mahu solat ni."
Aku belajar sedikit inti dan isi. Kebetulan. Belajar dari mana? Belajar dari pakcik teksi .
Hap! Hap!
Pasal gaya dan etika . Pasal pemikiran dan gaya sembah . Pasal pakej dan ketrampilan . Pasal ekonomi perlu kuat . Kuasa kapital menjunjung agama .
Juga yang macam yang selalu orang kata . Kolaborasi dan kena ada stail . Lagu harus merentas garis . Islam itu syumul . Nizamnya syamil .
Alah~ yang macam ini . Yang, agama itu bukan kerja halal-haram saja. Itu hukum hah. Sana hukum hah. Tapi begini, perlu bentuk gaya kehidupan . Yang releks untuk hidup, tapi relevan untuk ta'abud.
Hap! Hap!
Uh-uh. Ah-ha! Oh ya. Ideal gaya tipikal . Streotype untuk kaki mulut manis . Kerja guna mulut, memang sedap dan manis. Manis-manis, semut mati kerana gula manis.
Eh-eh! Aiseh. Pakcik teksi tak mahu turun sekali . "Kami mahu solat ni, jom turun sekali!"
Hap! Hap!
Yang penting memang aku terasa hebat hari ini . Belajar dari pakcik teksi .
Kan baik~ Sebab kalau firaun turun tahta jumpa aku, kata " itu ini dan buat baik ya!". Kenapa perlu aku tepis dan kata dia tidak baik?
Thaaqhib, hah ambik kau! Hap! Hap!
at
2:48 AM
Categories:
Labels:
Kongsi dan Kunci
0
comments
Monday, July 26, 2010
Done watching . Hirani's 3 Idiots . You know, what I was just thinking . Tergelak kecil . Ha-ha ha! Satu persatu persatu persatu, dinamakan pengalaman .
Sedikit beri kekuatan .
Seorang Thaaqhib, selalu hampir mengalah . Mana taknya? Kalau diajak berlari, ramai bangun berdiri. Tapi bila sedang berlari, hanya aku seorang yang berlari. Oh, atau hanya imaginasi perasan diri sendiri .
Manusia berdiri selari dengan lagu jiwa . Tariannya kemas pada lenggok melodi . Mempesonakan jiwa sendiri dan sekeliling . Namun, petikan gambus tak pernah selari dengan dunia dan arus . Akhirnya, kena berlari tanpa lagu . Lagu jiwa lagu chenta.
Ketika aku sedang mencapai, ketika itulah rasa payah menggapai . Ketika itulah lutut mula lemah terjatuh .
Dan, perlu sekali lagi aku melagukan lagu aku . Bait-bait kata, terahsia melodinya . Kalau mahu beli, beli sekali dengan jiwanya ."Langkah Terjatuh" seperti yang dalam jiwa .
Langkah terjatuh
Wajah tersungkur
Pandangnya jauh
Semula kau bangun!
Bukan sekadar ini kau berbicara
Bukan sekadar bercita-cita
Tapi pandangnya jauh menuju peradaban
Mengejar cita dan harapan
Langkah terjatuh
Wajah tersungkur
(Thaaqhib Mohammed's Langkah Terjatuh)
at
10:48 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Bapa Kemodenan Malaysia . Maha Firaun . Hidung tinggi . Penjual bangsa . Pengkhianat agama . Kepala Judi . "Undur Mahathir Undur, Undur Segera!"
Satu aku pesan. Kena Ingat! Jangan kerana 1001 dosa terpampang, kita terlupa sisi pandangan lain.
Jika ada lagi protege sepertinya di luar sana. Aku yang akan jadi orang yang membaik pulihnya. "Kalau dia itu anda. Maka, ya! Saya cari anda."
Warna-warni Malaysia. VCD Sejarah Malaysia perlu ada rekod saat ini.
Aku juga kaki reformasi. Signature aku pun gaya Re4maC. Tapi, lebih aku memandang potensi. Bahawa setiap manusia, masih boleh berprestasi. Dalam urusan kehambaan Ilahi.
Sepanjang sejarah juga. Abu Sufian memegang panji Islam, itu bukan magis.
at
12:18 AM
Categories:
Labels:
Ide
1 comments
Sunday, July 25, 2010
Gemuruh. Bangun. Bangun!
Eh!? Ayah jangan risau ya!
Turun bukit, pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur, rimau bawa ngigau
Masuk tempat orang, bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga, sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga, tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak, tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi naga, ikan koi renang renang
Kura-kura salah jawab pantun, naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan perkara remeh, kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati, siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Kalau tak tahu diam saja
. . .
at
2:10 AM
Categories:
Labels:
Ide
4
comments
Saturday, July 24, 2010
at
6:57 PM
Categories:
Labels:
Kongsi dan Kunci
0
comments
Golek ke kiri. Golek ke kanan. Dunia ni berlari laju. Ada, tak menang tangan tapi mahu terus berjuang. Ada, kaki sudah tempang tapi masih berjuang. Nampak mentari naik, berkejaran mahu simbahan. Lari berkejaran.
Kepala mampu dongak sikit sikit. Lama-lama mampu terus menjerit. Usaha perit nampak hasil. Lari berkejaran.
Tapi, perlumbaan itu di luar sana. Aku duduk menerima syukur saja. Berlayar dalam kapal layar, minum kopi gaya saudagar. Walau hanya entah apa apa entah.
Senyum tapi sangat tawar. Kerana sudah hilang nikmatnya. Bila peluh dan jerih itu lebih manis dirasakan.
at
3:06 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Friday, July 23, 2010
Lagi silibus untuk belajar. Belajar saja banyak-banyak. Nanti tahu lah menjawab teka silang katanya.
Ini dia.
Bagus dengar berita. Bagus tahu itu ini. Tak salah tahu cerita orang. Dengar gossip ke, dengar pasal itu ke ini ke, pasal mereka.
Telinga yang ada, memang guna untuk mendengar. Lebih dari selalu, kita akan susah untuk menutup telinga kalau-kalau ada berita itu ini menjengah. Dengarlah. Sekadar mendengar.
Ya, semestinya sekadarnya! Janganlah sampai mengorek-ngorek. Terjah itu ini. Bukan tabiat mukmin kerjanya selidik selak kain atas bawah.
Lagi. Nanti ada yang mula agak-agak itu ini. Mula "oh..ye ke". Kemudian, "oh patut lah!". Nanti sampai ada "cis bedebah". Cerita kecil memang kecil. Salah maksud jadi 'kebabom!'.
Tapi, kalau sudah terdengar. Kalau tiba-tiba orang bagitahu. Kalau nanti tiba-tiba terperasan. Ada etika yang perlu diamal.
Letak dulu persepsi di tepi. Ketepikan dulu sangka-sangkaan. Nilai dan terima input sebagai input. Mahu analisis? Nanti dulu, kumpul dulu pelbagai saluran.
Tak mahu jadi gopoh dengan persepsi. Nampak cawan jatuh, bayi meja sebelah kena salah.
Biar lambat sikit. Biar tiada kontroversi. Tapi, analisis dapat dibaca dengan teliti. Anak nelayan gagap mahu bernyanyi, terus dicaci. Lain cerita, lain bila diteliti. Mana tahu
Kau tahu? Persepsi awal itu pembunuh segala-galanya. Dan kena ingat! Pangkat dalam masyarakat, tak pernah menghalalkan pembunuh itu.
Lagi sekali. Kau tahu? Persepsi awal itu pembunuh segalanya. Lagi bagus, baik angkat tangan.
at
6:53 PM
Categories:
Labels:
Ide
3
comments
There's nothing you can do that can't be done.
Nothing you can sing that can't be sung.
Nothing you can say but you can learn how to play the game.
It's easy.
Nothing you can make that can't be made.
No one you can save that can't be saved.
Nothing you can do but you can learn how to be you in time.
It's easy.
All you need is love, love.
Love is all you need.
Nothing you can know that isn't known.
Nothing you can see that isn't shown.
Nowhere you can be that isn't where you're meant to be.
It's easy.
. . .
Mana-mana yang rasa ditinggal cinta . Maafkan lah . Aku tak sengaja . Kadang terlalu kuat berlari hingga lupa kanan kiri
Ke depan . All we need is love . Love is all we need . Doing love
at
1:50 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Thursday, July 22, 2010
Sabar . Berani . Yakin . Disiplin . Kasih sayang . Ya! Tapi, asam garamnya adalah seksa dan berjuang. "Its Awesome!"
Aku cadangkan ini. Cari sendiri.
at
6:07 PM
Categories:
Labels:
Kongsi dan Kunci
0
comments
Wednesday, July 21, 2010
Engkau.
Baik-baik, main-main akar budaya. Kau memang firaun asalnya. Akar kuat mencengkam usul asal. Selisih semboyan pelbagai warna. Kau tetap kekal usul asal.
Ingat-ingat lagi khemah Fustat. Patutnya, syukur kau bukan sekadar percantik kubah. Patutnya, bawa terus lagu cinta, biar dunia merasa. Dunia lebih indah, jangan kau akhir usiakan.
Engkau, kalau sudah datang agama. Leburkanlah usul dan asal. Agama ini bukan macam semboyan pelbagai warna. Bina akar yang baru lah! Agama sentuh, lahir akar baru.
Hidung tinggi, tapi kaki kudung sebelah. Butang kancing sampai atas, tapi senyum gigi kancing. Sibuk dengan jati diri arab kau. Mana arabnya?
Nasib baik. Kau masih ada habuk-habuk Salahudin. Melekat-lekat tertempel di muka emas mumia.
Aku marahkan kau. Tak mungkin aku berdalih. Sebab kau sendiri yang ambil batu itu, dan buang. Batu kilau VVS1, kau buang.
Nampak anak bulan. Ramai keluar, kutip semula.
at
4:58 PM
Categories:
Labels:
Kongsi dan Kunci
4
comments
Dari sepuluh, hanya kantoi sekali. Itu namanya akurasi tinggi. Ada yang kata itu mahir skil. Ada yang kata hanya rezeki. Kasi adil lah! Itu rezeki campur skil.
Tapi, selalu berjaya tak semestinya jiwa tenang. Sebab selalu berjaya, tapi makan ikan orang. Sorak sorai kiri kanan, terlupa halal haram juga halam. Masuk kolam, makan ikan orang.
Jaga-jaga kalau hati sudah gelap. Letak pistol, tutup lampu. Antara Dia dan aku.
at
1:45 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Tuesday, July 20, 2010
Peluru boleh meluru lebih laju . Lebih jauh . Maksudnya, peluru yang sama. Pemicu yang sama. Tapi lebih jauh. Lebih laju. Bang! Bang!
Mudah saja. Dongakkan sikit laras pistol. Kau boleh pilih angka sudut yang kau mahu. Dongakkan sikit. Dan . . . Bang! Bang!
Sang peluru merantau 50 meter ke depan, sedikit ke atas, menurut sudut tersebut. Kemudian, meluru turun dengan laju 50 meter ke hadapan lagi. Dengan kelajuan tambahan bantuan daya graviti.
Hasilnya, peluru boleh tiba di dada dinding, lebih jauh dari peluru yang satu lagi. Pap! Pap! Pap! 50 poin!
Tapi, kalau kau masih berdegil tak mahu dongak sedikit, aku tak jamin peluru kau boleh sampai ke dinding. Mati akal tersungkur awal.
at
1:15 AM
Categories:
Labels:
Kongsi dan Kunci
0
comments
Monday, July 19, 2010
Dalam banyak-banyak, aku selalu jadi early bird. Dalam banyak benda, sebenarnya. Tak mahu ketinggalan. Mahu jadi yang pertama. Burung terbang pagi, meluru laju. Obses rezeki pertama.
Heh. Sebenarnya juga, selalu saja aku jadi yang terakhir. Terkedek-kedek macam itik pulang petang. Tak mahu bersaingan. Berjalan nikmati permandangan. Kuek-kuek.
Aku masih belum khatam bab ini. Bab imbangkan diri. Malas dan berat mata. Dan, masa menjadi mangsa.
at
4:44 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Sunday, July 18, 2010
Tak, tak. Bukan macam jatuh bebas dari bangunan tinggi. Tapi, macam ni. Macam lompat gaung, tapi terus terbang tinggi. Belah angin. Luas dan tenang.
1. Senyum walaupun tengah marah
2. Sedekah walaupun pokai
3. Baca Quran, walaupun kononnya sempit masa.
. . .
at
7:47 PM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments
Senyap. Belanda kecundang. Masih lagi belum rezeki. Tapi, satu aku pesan, nanti-nanti, tolonglah bermain gaya hebat. Cari mulia di mana-mana ya!
La di da di dum
Seminggu suntuk, menadah muntahan mentari di Ra'su Sidr. Bila semua beri gembira, semua akan dapat gembira. Semua beri percaya, semua akan terima percaya. Genggam jemari, tersembul ibu jari. Itu terbaik!
La di da di dum
Dan sikit lagi, aku akan mati. Dan bila sudah mati, adakah akan aku sekuat ini? Untuk terus lagi lagi lagi berlari.
Menanti magis. Mana ada magik! . . . . . Aku perlu berdoa. Saham bercampur-campur. Yakin bercampur-campur.
Tapi, masih lagi. La di da di dum!
at
4:16 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Sunday, July 11, 2010
Tahu? Jatuh lubang sekarang sudah bergaya. Bukan mengelak, tapi mencecah berhati-hati. Acah-acah tasik gunung berapi, macam jantan berani. Berani ya!
at
6:44 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
1 comments
Final . Aku rasa . 1-0 sudah cukup baik untuk hari baik. Nampak sengit.
Apa apa pun, jangka jangka Belanda menang ke atas Esbana, bukannya satu keraian yang besar. Ya! Selagi mana negara-negara Islam masih lagi terjajah.
"whoever wins, we lose"
Makan-makan. tak sedar orang sendiri kena makan. makan-makan. Ini serius.
at
5:50 AM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments
Saturday, July 10, 2010
Manusia; hidupnya begitu komplikated. Kalau hidup yang mudah, tiada jatuh terjun daki lompat, hidup akan bosan. Dan manusia itu macam tidak hidup.
Macam-macam mana pun hidup, yang komplikated itu perlu dilihat penuh warna-warni.
Aku seronok mengejar sesuatu dalam hidup. Tapi, aku takkan berkongsikan semuanya. Kuncikan ia, dan bawa aku berperasaan sendiri. Aku berkongsi kerana aku perlu berkongsi. Tapi, takkan semua, kerana apa guna kau tahu?
1) Mula tahun 2007, aku jatuh cinta dengan jalan cerita Yusuf Islam a.k.a Cat Steven. Dan aku makin hanyut dan asyik. Setiap helai daun yang jatuh di sepanjang sungai itu, aku pastikan aku kutip dan bilang urat-uratnya.
2) Sejak bila aku tak ingat, tapi matapelajaran sejarah sudah sebati dengan deduktif sains ku. Terbaru, aku rakus memaksa kudrat bagi menggali sejarah sekitar middle east. Baru-baru ini, aku beranikan diri memasuki sejarah Mesir Purba. "Syika Biika!"
...
"I never wanted to be a star"
at
4:40 AM
Categories:
Labels:
Kongsi dan Kunci
0
comments
Ha ha ha . Astaghfirullah al-azim
at
2:48 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments