Thursday, July 29, 2010


Belajar dari hari . Matahari naik sinari pagi . Setiap hari pasti, jumpa bahasa basah, menyegarkan hati . Cuma, kali ini dekat-dekat hujung . Ketika malam mula menutupi giliran mentari .

Hap! Hap!

Kenyang cinnamon sekali dengan mocha . Kenyang makan-makan ukhuwwah . Terkedek pulang petang, terkejar rukuk-sembah . Okeh, pantas menahan teksi. "Ayuh hah! Cepat laju kami mahu solat ni."

Aku belajar sedikit inti dan isi. Kebetulan. Belajar dari mana? Belajar dari pakcik teksi .

Hap! Hap!

Pasal gaya dan etika . Pasal pemikiran dan gaya sembah . Pasal pakej dan ketrampilan . Pasal ekonomi perlu kuat . Kuasa kapital menjunjung agama .

Juga yang macam yang selalu orang kata . Kolaborasi dan kena ada stail . Lagu harus merentas garis . Islam itu syumul . Nizamnya syamil .

Alah~ yang macam ini . Yang, agama itu bukan kerja halal-haram saja. Itu hukum hah. Sana hukum hah. Tapi begini, perlu bentuk gaya kehidupan . Yang releks untuk hidup, tapi relevan untuk ta'abud.

Hap! Hap!

Uh-uh. Ah-ha! Oh ya. Ideal gaya tipikal . Streotype untuk kaki mulut manis . Kerja guna mulut, memang sedap dan manis. Manis-manis, semut mati kerana gula manis.

Eh-eh! Aiseh. Pakcik teksi tak mahu turun sekali . "Kami mahu solat ni, jom turun sekali!"

Hap! Hap!

Yang penting memang aku terasa hebat hari ini . Belajar dari pakcik teksi .

Kan baik~ Sebab kalau firaun turun tahta jumpa aku, kata " itu ini dan buat baik ya!". Kenapa perlu aku tepis dan kata dia tidak baik?

Thaaqhib, hah ambik kau! Hap! Hap!

at 2:48 AM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>