Seorang Thaaqhib Mohammed; yang lahir dengan gaya dan dirinya tersendiri. Secara tidak langsung mempersembahkan kepelbagaian manusia di atas muka bumi.

Turutan ke-empat, setelah melalui fasa penulisan blog yang pelbagai.

Bermula dengan blog 'bukan-hitam-bukan-putih' yang bertemakan warna oren. Mengangkat muka dengan penampilan idea hanya sebelah wajah. Teragak-agak dalam beberapa perkara

Kemudian, menyusun strategi penyampaian respons dengan blog 'myrespons'. Menggunakan tema warna biru langit dan motto terus terbang tinggi. Optimis dalam mempersadakan pendapat peribadi di mata ramai.

Seterusnya, mengemaskan lagi teknik penulisan dan penyampaian melalui blog 'thaaqhibmohammed'. Cuba mendapatkan rentak profesional dan lebih versatile. Dengan menggunakan label diri sendiri. Dan masih lagi dengan konsep optimis, kreatif dan berani.

Untuk tempoh beberapa bulan, penulisan diberhentikan. Untuk menarik nafas lega dan ketenangan. Koreksi ke belakang dan fasa berkira-kira.

Blog yang keempat, setelah memikirkan keperluan menyalurkan idea melalui penulisan. Cuma, lebih terhad dalam penyampaian pendapat serta telahan respons. Sekadar monolog dalaman.

.....

Le Monoslogos mengetengahkan penulisan amatur berunsur sastera. Memfokuskan tiga cabang niat asas; iaitu Ide, Monologos serta Kongsi dan Kunci.

Masih bernada optimis, kreatif dan mengetengahkan kepelbagaian warna-warni kehidupan.

.....

Setiap penulisan terdedah kepada salah faham dan kurang serapan. Maka, segala bentuk konsultansi boleh disumbangkan termasuk kritikan dan teguran.

Ya! Teruskan sumbangan anda, selagi mana fitrah alam yang tidak menjadikan semua manusia itu sempurna. Boleh melalui email atau pun saluran lain.

hand_mart@yahoo.com
http://www.formspring.me/Thaaqhib


Categories:

 

 
>