Tadi . Baru saja . Aku jalan-jalan di Khan El-Khalili .
Lorong biasa dan malas lagi mahu buka mata . Tapi, ternampak susuk tubuh Mesir, sedang berdiri gaya menanti habuan . Gaya "harga murah" dan "apa khabar?" Oh, biasa lah . Okeh, tambah lagi beliau sedang menitip tasbihnya.
Jujur . Memang aku terlanjur . Aku awal-awal sudah berpersepsi . "Pigi dah~ setakat ketip-ketip tasbih, ingat aku boleh ingat kau tu baik ka? Hayya, tipikal punya kaki tipu."
Hayya! Kau tahu? Lewat waktu Maghrib, aku gelabah mencari masjid. Mana taknya kalau sudah ralit di Khan El-Khalili. Sampai masjid, gegas masuk ke tandas.
Zas!Zis!Zus!
Ha! Susuk yang sama . Yang aku nampak tadi, sedang mengelap2 lantai tandas yang basah . Gaya biasa-biasa, tak sedar. Mungkin nampak naif . Ikhlas rasanya . Rutin selepas habis fardhu solat.
. . .
Seorang Thaaqhib juga selalu tersilap dan terkadang 'terbunuh' seseorang dengan persepsi awal. Tapi, aku janji akan lebih kuat berlatih.
Friday, July 30, 2010
at
3:46 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Adam like this.
hehe
Post a Comment