Wednesday, July 21, 2010


Engkau.

Baik-baik, main-main akar budaya. Kau memang firaun asalnya. Akar kuat mencengkam usul asal. Selisih semboyan pelbagai warna. Kau tetap kekal usul asal.

Ingat-ingat lagi khemah Fustat. Patutnya, syukur kau bukan sekadar percantik kubah. Patutnya, bawa terus lagu cinta, biar dunia merasa. Dunia lebih indah, jangan kau akhir usiakan.

Engkau, kalau sudah datang agama. Leburkanlah usul dan asal. Agama ini bukan macam semboyan pelbagai warna. Bina akar yang baru lah! Agama sentuh, lahir akar baru.

Hidung tinggi, tapi kaki kudung sebelah. Butang kancing sampai atas, tapi senyum gigi kancing. Sibuk dengan jati diri arab kau. Mana arabnya?

Nasib baik. Kau masih ada habuk-habuk Salahudin. Melekat-lekat tertempel di muka emas mumia.

Aku marahkan kau. Tak mungkin aku berdalih. Sebab kau sendiri yang ambil batu itu, dan buang. Batu kilau VVS1, kau buang.

Nampak anak bulan. Ramai keluar, kutip semula.

at 4:58 PM
Categories: Labels:

 

4 comments:

hidupsihat said...

aku mintak kau buat mukasurat peminat fesbuk.

apa2 updet, terus updet ke fesbuk.

Thaaqhib said...

haha.. lol

YM kan ada.

hidupsihat said...

ym aku jarang bukak.
referendum untuk halaman peminat!

Thaaqhib said...

FB masih ada lah deh

 
>