Golek ke kiri. Golek ke kanan. Dunia ni berlari laju. Ada, tak menang tangan tapi mahu terus berjuang. Ada, kaki sudah tempang tapi masih berjuang. Nampak mentari naik, berkejaran mahu simbahan. Lari berkejaran.
Kepala mampu dongak sikit sikit. Lama-lama mampu terus menjerit. Usaha perit nampak hasil. Lari berkejaran.
Tapi, perlumbaan itu di luar sana. Aku duduk menerima syukur saja. Berlayar dalam kapal layar, minum kopi gaya saudagar. Walau hanya entah apa apa entah.
Senyum tapi sangat tawar. Kerana sudah hilang nikmatnya. Bila peluh dan jerih itu lebih manis dirasakan.
Saturday, July 24, 2010
at
3:06 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment