Lagi silibus untuk belajar. Belajar saja banyak-banyak. Nanti tahu lah menjawab teka silang katanya.
Ini dia.
Bagus dengar berita. Bagus tahu itu ini. Tak salah tahu cerita orang. Dengar gossip ke, dengar pasal itu ke ini ke, pasal mereka.
Telinga yang ada, memang guna untuk mendengar. Lebih dari selalu, kita akan susah untuk menutup telinga kalau-kalau ada berita itu ini menjengah. Dengarlah. Sekadar mendengar.
Ya, semestinya sekadarnya! Janganlah sampai mengorek-ngorek. Terjah itu ini. Bukan tabiat mukmin kerjanya selidik selak kain atas bawah.
Lagi. Nanti ada yang mula agak-agak itu ini. Mula "oh..ye ke". Kemudian, "oh patut lah!". Nanti sampai ada "cis bedebah". Cerita kecil memang kecil. Salah maksud jadi 'kebabom!'.
Tapi, kalau sudah terdengar. Kalau tiba-tiba orang bagitahu. Kalau nanti tiba-tiba terperasan. Ada etika yang perlu diamal.
Letak dulu persepsi di tepi. Ketepikan dulu sangka-sangkaan. Nilai dan terima input sebagai input. Mahu analisis? Nanti dulu, kumpul dulu pelbagai saluran.
Tak mahu jadi gopoh dengan persepsi. Nampak cawan jatuh, bayi meja sebelah kena salah.
Biar lambat sikit. Biar tiada kontroversi. Tapi, analisis dapat dibaca dengan teliti. Anak nelayan gagap mahu bernyanyi, terus dicaci. Lain cerita, lain bila diteliti. Mana tahu
Kau tahu? Persepsi awal itu pembunuh segala-galanya. Dan kena ingat! Pangkat dalam masyarakat, tak pernah menghalalkan pembunuh itu.
Lagi sekali. Kau tahu? Persepsi awal itu pembunuh segalanya. Lagi bagus, baik angkat tangan.
Friday, July 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
i've read all ur posts,ust thaqib..seriously,susah nk fham.anta mmg suke bsstera ya?
Haha. le monoslogos bersifat sedikit ke arah itu. sebab ia adalah gaya percakapan dua hala dalam diri.
saja cuba genre macam ni
sy suka bahasa begini.sastera, maksudnya lebih mendalam, lebih tersirat, tapi lebih bermakna.
teruskan menulis.saya dah x sempat nak menulis
Post a Comment