Manusia; hidupnya begitu komplikated. Kalau hidup yang mudah, tiada jatuh terjun daki lompat, hidup akan bosan. Dan manusia itu macam tidak hidup.
Macam-macam mana pun hidup, yang komplikated itu perlu dilihat penuh warna-warni.
Aku seronok mengejar sesuatu dalam hidup. Tapi, aku takkan berkongsikan semuanya. Kuncikan ia, dan bawa aku berperasaan sendiri. Aku berkongsi kerana aku perlu berkongsi. Tapi, takkan semua, kerana apa guna kau tahu?
1) Mula tahun 2007, aku jatuh cinta dengan jalan cerita Yusuf Islam a.k.a Cat Steven. Dan aku makin hanyut dan asyik. Setiap helai daun yang jatuh di sepanjang sungai itu, aku pastikan aku kutip dan bilang urat-uratnya.
2) Sejak bila aku tak ingat, tapi matapelajaran sejarah sudah sebati dengan deduktif sains ku. Terbaru, aku rakus memaksa kudrat bagi menggali sejarah sekitar middle east. Baru-baru ini, aku beranikan diri memasuki sejarah Mesir Purba. "Syika Biika!"
...
"I never wanted to be a star"
Saturday, July 10, 2010
at
4:40 AM
Categories:
Labels:
Kongsi dan Kunci
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment