Peluru boleh meluru lebih laju . Lebih jauh . Maksudnya, peluru yang sama. Pemicu yang sama. Tapi lebih jauh. Lebih laju. Bang! Bang!
Mudah saja. Dongakkan sikit laras pistol. Kau boleh pilih angka sudut yang kau mahu. Dongakkan sikit. Dan . . . Bang! Bang!
Sang peluru merantau 50 meter ke depan, sedikit ke atas, menurut sudut tersebut. Kemudian, meluru turun dengan laju 50 meter ke hadapan lagi. Dengan kelajuan tambahan bantuan daya graviti.
Hasilnya, peluru boleh tiba di dada dinding, lebih jauh dari peluru yang satu lagi. Pap! Pap! Pap! 50 poin!
Tapi, kalau kau masih berdegil tak mahu dongak sedikit, aku tak jamin peluru kau boleh sampai ke dinding. Mati akal tersungkur awal.
Tuesday, July 20, 2010
at
1:15 AM
Categories:
Labels:
Kongsi dan Kunci
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment