Saturday, October 30, 2010


. . .

Recent Facebook profile picture

at 4:55 AM
Categories: Labels:

1 comments  

Wednesday, October 27, 2010


cukup-cukup makan


"Nah! Ini satu juta wang emas, dan kalau tak cukup teruskan minta lagi ya!"

. . .

Okeh!

Alhamdulillah. Dan kalau itu yang terjadi, maka, kau akan lihat aku . . .

. . . sedang berdiri siti-situ-sana-sini, di tiap pelusuk bumi, di mana saja yang aku rasakan ada tinggalan makhluk pentadbir yang telah mewarnai bumi

. . . sedang berhempas pulas membangun segala idealism aku sebagai realiti, membimbing ketamadunan aku sendiri, mencipta sekali lagi kepuasan akademik yang tinggi

. . . sedang bersantai menikmati akustik ghazal di pondok bangsal, sambil tersenyum melihat anak-anak mandi puas di sungai seni

. . .

Tapi, itu-itu-itu-itu lah yang sedang juga aku usahakan, walau tiada satu juta di tangan

Jadi, apa bezanya papa atau kaya? Tapi, aku tetap mahu kaya!

at 10:38 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Monday, October 25, 2010



Ya!

Dia seorang Yahudi dan terus-terang menyokong songsang dan sodomi. Plus, sangat kontroversial, ramai yang menyokong kalau-kalau dia ini illuminatus

Otak gila, fantasi gila . Lazat merbahaya tapi sangat kemas berkarya

1000 BC, Godzilla, 2012, Day After Tomorrow dan Stargate . . . itu saja kot yang aku pernah tonton . Cukup untuk aku melompat pagi subuh ini, menjerit "kau memang da bomb!"

Aku kata; ini aku puji bukan dari sudut akademik . Sebab karya dia langsung minda tak logik . Jangan kata ukuran sains, sejarah pun entah ke mana

Yang sebenarnya, aku sangat tertarik sebab dia sangat cemerlang refleks .  Idea gila tapi marvelous dan perfect!

Tak perlu pedulikan apa-apa, janji kalau keluar panggung, mesti mahu kasi masuk balik itu panggung . Pecah panggung

'Google'kan IMDB . . . banyak ciri persamaan yang akan kau terperasankan . Ahli karya ni, memang pun takkan dapat lepaskan cop-cop identiti . Mesti!

Sengaja atau tidak, mesti ada lah dia tinggalkan belang siti-situ-sana-sini . . .

. . .

Hah, sudah. Okeh!

Dalam berkarya, kau ada pilihan . Mahu cipta refleksi yang macam mana . Boleh saja main fakta, itu pun ada cara . Boleh saja main fantasia, dan itu pun mesti bergaya

Sebab semua benda mesti ada energi, baru namanya seni . Macam-macam mana pun, mesti mahu refleks diri sendiri

Dan . . . tak salah karya tak menjadi di awal-awal ini . Yang penting terus berkarya sampai jumpa identiti, sampai terbaik infiniti

. . .

Ops, illuminati itu pandai menjalar, malah hingga ke muvi . Mereka main seni, kita pun mesti main seni

Kan?

at 5:04 AM
Categories: Labels:

1 comments  

Saturday, October 23, 2010


Ohoi . . . ha ha ha

Lebih enak gelak sendiri-sendiri, bila lihat superwomen di luar sana dengan kuasa mistik mereka!

Melazimi perasaan dan perjuangan mereka yang hidup dalam perjuangan, itu yang jadi raksa kita di waktu perlu bertukar jadi raksaksa

Ohoi . . . ha ha ha . Ganas!!






Lagi piktar di http://www.facebook.com/album.php?aid=35806&id=100000428318651

at 7:23 PM
Categories: Labels:

1 comments  

Waa kata yang Ayah kata dekat Waa.

"Tanam durian pun, 15 tahun baru dapat makan durian"

. . .







. . .

Lama-nyah tunggu pokok durian yah ! Eh, ini baru gebang-gebang pokok . . tapi apa pasal tunjuk gambar buah

at 6:31 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Thursday, October 21, 2010


Ini cerita 2 minggu lepas

Bila aku baru keluar dari Education Fair di Hotel Intercontinental, City Star , dan aku singgah di kaunter Kempen Kesedaran Kanser Payudara

Ya! Aku kan mudah empati dengan orang yang dalam stat lemah-lemah . Juga sangat bersemangat bila tahu ada sesuatu yang boleh aku bantu, walau sedikit cuma

Jadi, aku bergegas lah ke Cafe Cilantro untuk mendaftar dan mendapatkan kelengkapan yang berkaitan

Sambil hari ini, aku tunggu saja masa . . . Untuk sama-sama mengibarkan bendera kesedaran kanser tersebut

. . .

Insha-Allah . Sabtu ini, aku akan berlari amal untuk jarak yang sangat minimal . Hanya seribu-lima-ratus meter di padang Piramid Giza

Kita berlari dan aku berlari . Dalam hati, aku cuba hayati bagaimana rasanya berada di tempat mereka yang lemah ini

Dan aku mesti, sambil pupuk kesedaran dalam diri aku sendiri . Sebab bukan saja ibu, adik, kakak, makcik dan nenek yang mungkin terkena . Seantero jantina yang ada juga boleh menderita

. . .

Melabur? Oh, memang tak berbaloi .  Sebab itu, dengan aku , jangan dikira sangat berbaloinya . Sebab parameter kita mungkin berbeza

at 1:24 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Tuesday, October 19, 2010


Ini bukan buat-buat pandai

Sebab kalau aku pandai sangat, tak lah pula aku nak kena ulang tahun, tahun ini . Kita semua ada titik kelemahan, yang macam-macam mana kuat pun, akan tergolek juga .

Tapi, yang penting . . . kita mesti yakin untuk terus praktis . Praktis dan praktis .

Kita bila berlari, mesti ikut rentak sendiri, setiap peningkatan dan kekurangan itu dinisbahkan kepada diri sendiri

Satu kekuatan yang perlu ada, yang kita perlu ada . . . kekuatan pemikiran kritikal . Huraian dia panjang, cukup aku sekatkan dalam frasa singkat;

"dapat berfikir secara rasional di waktu sangat kritikal"

Hah! Yang itu aku lemah . Tapi, masih lagi tak berhenti aku praktis .

. . .

Tajuk : Pemikiran Kritikal



Video ini boleh dijadikan material untuk memahami pemikiran kritikal

Situasi 1

Ada roadblock di tengah malam . Kita dalam keadaan lengkap secara legal . Tapi, kerana terlalu takut, kita bertindak melarikan diri secara merbahaya

Situasi 2

Ada roadblock di tengah malam . Kita ada masalah disiplin yang minor . Tapi, tetap melarikan diri

Situasi 3

Ada roadblock di tengah malam . Kita memang bersalah dan mudah mengambil tindakan melarikan diri

Pemerhatian : Ketiga-tiga subjek kes; yang berlainan latar situasi, mengambil tindakan yang sama secara spontan. Tindakan tersebut nyata sangat-sangat berisiko tinggi

. . .

Jadi ? Habis brainstorm, cepat-cepat dapatkan pemerhatian baru . Berjayakah kita bertindak secara pro-pemikiran kritikal

Nota :

Untuk kes trafik, aku beberapa kali bertembung dengan situasi ini . . . dan alhamdulillah masih berjaya. Baru-baru ini, aku mendapat pengalaman sulung disaman kerana melebihi had laju di Mesir .

Itu pengalaman paling berharga, kerana aku memilih untuk membayar saman LE 150, daripada menyuap rasuah beberapa puluh LE kepada pegawai polis. . .walaupun ia lebih mahal dari rasuah .

at 2:49 AM
Categories: Labels:

1 comments  

Monday, October 18, 2010


Kalau belajar sejarah tamadun lampau . .

Aku pesan . Tolong-tolong-tolong jangan membayangkan zaman itu zaman hitam putih . Juga aku pesan, supaya jangan rasa terlalu jauh dari zaman dewasa ini .

Aku pesan . Jangan pening-pening dengan angka tarikh . Ambil kertas, contengkan kronologi tawarikh . Jangan hafal tarikh, nanti kau cepat letih . Pengsan habis, cukup sejam atau sikit lebih

Jangan cepat buat kesimpulan . Jangan cepat kau jadi orang yang suka jadikan teladan. Sikit-sikit ulasan, sikit-sikit teladan . . . Pantas buat kata-kata hikmat, tapi rupanya baru saja buka dua tiga muka surat

Bermain sampai habis sampai bosan, tapi ingat! Bermain hanya dengan fakta, bukan ulasan!

Kasi hanyut dengan fakta dahulu . Habis cerita nanti . . baru fikir di mana tauladan, di mana sempadan.
. . .

Dan aku, sebenarnya bukannya aku tak berminat sangat dengan sejarah lampau Islam. Aku lebih berfokusan cerita hidup lampau Babylon lampau lagi ke belakang

Nanti bila sudah sampai soketnya, akan aku sambungkan pula tawarekh Islam . Sekarang, aku buat-buat tak nampak dahulu .

Aku cuma sedang sibuk melakar landskap, agar nanti generasi masa depan dapat rasa yang sejarah itu mengalir. . Tidaklah tergantung tanpa ada jejak pendahulu

at 1:35 AM
Categories: Labels:

1 comments  

Saturday, October 16, 2010


Puisi : Memanggil Gliese

Sheikh, enta apa khabar?

Maaf lama tiada bersua entah apa khabar
Ana lewat ini sibuk ketuk meja saling bercakar
Terlupa buka serobong teropong jenguk enta
Jarang sudah pandangan kita ditukar-tukar

Masihkah enta di situ?
Ya masih di situ

Tamadun enta sudah di tangga mana?
Sudah versi apa mobil cahaya-masa?
Kagumnya ana dengan enta dan dunia enta
Komuniti sentosa masing-masing nikmati sejahtera

Ana pelik

Gaya macam mana enta tadbir?
Sampai rakyat tinggi sedar moral nilai murni
Tulus hati tidak tamak warisan legasi
Aman harmoni kekayaan dinasti dikongsi

Ana di sini
Mati-mati sampai dirantai besi
Hanya untuk mengajar mengeja reformasi

Ana di sini
Bergaduh tumbuk gigi
Kering tekak jerit jangan bergaduh sesama sendiri

Ana di sini
Tak cukup jari saling menunding jari
Bila ayah bonda berkahwin luar tabie

Ana di sini
Setiap hari membaca hari
Menghitung bilakah mampu adil harmoni

Ana dengki
Sebab setiap kali mendongak ke langit
Cemburukan enta yang tersenyum harmoni

Terasa seperti bumi ini paling ganjil
Penuh jelik di sisi rakan cakerawala lain
Yang patuh dan tunduk pada Ar-Rabbul Jalil

Jemputlah bersiar-siar di bumi ana
Berilah sedikit kata dua
Agar bumi ini kembali sentosa

Thaaqhib Mohammed, 2010

Nota : Gliese adalah planet yang dikenal pasti secara teori mirip kepada bumi, yang terletak lebih kurang 20 tahun perjalanan cahaya dari bumi

at 4:13 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Friday, October 15, 2010


Dulu . Masa di blog myrespons, aku ada tulis pasal idea kreatif dan murni Encik Scott Harrison. Di myresposn v2 juga, ada sekali.

Sekarang ; aku letakkan lagi sekali linknya. Tapi, kali ini link yang baharu . . . rasanya. Masih idea yang sama, masih di muka bumi yang sama. Dengan pengalaman yang berbeza!

Sempena Blog Action Day 2010 (-hari ini-) . Dengan tajuknya, "Water" . Tapi, dulu aku letakkan ia bawah label dakwah.

Sekian.

at 2:09 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Thursday, October 14, 2010


Persoalkan seberapa banyak dalam diri . . .

Dan tak siapa tahu berapa lama dia hidup lagi . Berapa lama lagi dia dalam rezeki . Berapa lama lagi yang boleh dia dakwa itu ini

Zaman ke hadapan; itu biar aku seorang sahaja yang berlari . Yang lain, kalau tak berani . . . pilihlah untuk duduk tepi . Sebab, aku tak jamin gaya apa kau mati nanti

Begini aqidah aku; semua orang mahu mati, dengan senyum di bibir

Petani tua pun mahu tersenyum bila dia mati . Sampaikan tuan kolar putih dari bandar pun mati-mati mahu mati macam petani . Senyum lebar sampai pipi

Kan?

Dan aku berharap, sebelum aku mati . . .aku mahu biarkan senyumanku meniti di semua bibir anak-anak generasi

Sampai nanti kalau ada buku berjilid cheriteranya bagaimana aku mati . Adanya macam drama, ada melankolik . Sekian sahaja, tapi masih tak puas hati . Tepati ahkam keabadian energi

Oh . . . Aku tak sangka yang ia betul-betul terjadi ! . . . . . Di kala kau pilih untuk duduk tepi

. . .

Aku sebenarnya tak perlukan kau untuk hanya duduk ditepi . Bangunlah, mari kayuh sekali !

Sebabnya . Aku perlukan pembaris yang sangat panjang . Infiniti . Agar sampai syurga aku terus lurus hati .

at 2:22 AM
Categories: Labels:

2 comments  

Monday, October 11, 2010


Kan?

Dah bertimbun dah buat sampah . Muka plastik, tak tahu malu . Tebal dah seinci, kebal tak tahu malu.

Sebab aku kan anak emas . Jadi, biarlah! Macam-macam mana pun ... aku dibelai tetap macam anak emas . Manjakan? Kau jangan dengki, wiii~

Allah kan Maha Penyayang . Pengasih lagi tu . Ha! Lagi-lagi aku anak emas, aku lari jauh-jauh conteng arang ... nanti pasti ada belaian manja bila pulang.

Kan?

Tuhan aku sangat baik . Aku saja yang tak pernah baik

. . .

Satu nikmat; aku anak emas

at 12:07 AM
Categories: Labels:

2 comments  

Sunday, October 10, 2010


"If I were not a physicist, I would probably be a musician. I often think in music. I live my daydreams in music. I see my life in terms of music. ... I get most joy in life out of music" -a.e

. . .

Ini bukanlah hukum hakam fardhu . Tak juga fardhu pelengkap cukup . Ini cuma nature, terjemahannya rona kebiasaan .

Getaran jiwa, macam irama dan lagu . Sama merdu, bawa khayal . Luarnya keras begitu keras, tapi baru perasan ukiran terhalus . Kan itu rahsia aku?

Duduk berdiri bangun, baring . Seninya halus, dan terbang jauh . Capai semula, sudah berbuah energi kuasa kuda .

Kan?

at 12:32 AM
Categories: Labels:

1 comments  

Saturday, October 9, 2010


Empat yang aku simpulkan daripada Ursula Biemann. 3 hari jamak tamam dalam worksyop videografi di Bandaraya Khayal Alexandrina.

SATU

Pilih untuk jadi prisma yang menggubah pelangi perspektif.

Berjaya atau gagal dalam medan konflik, hanya beri lebih ruang kepada mainan politik. Liputan macam-macam manapun, tapi kalau gelanggangnya sekitar medan majoriti, yang jahat mesti lagi famous publisiti.

Jadi, aku baik tampil dengan kek keju perisa lemon aku sendiri.

DUA

Kaedah itu sangat pelbagai. Dan kaedah perlu ditujukan lebih dahulu kepada kandungan, dari terkejar-kejar godek-godek penggambaran.

Nilai yang menjanjikan dinamik, macam-macam mana pun sentiasa menang dek isi kandungan.

TIGA

Kalau perlu, ia akan jadi yang terakhir yang perlu difikir-fikir. Itulah maqam sentuhan emosi . Kerana emosi hanya melahirkan energi sementara. Dan itu aku percaya.

Sebab yang pertama, sentiasa fakta dan figura.

EMPAT

Buat karya, bukan mahu jual. Buat karya untuk refleksi. Ya! Kalau ada yang mahu beli, itu rezeki. Tapi, kalau tak laku ... tak pun perlu dipeduli.

Impak hasil refleksi itu ...nilainya mahal, dan akan masih ada yang jujur membeli. Membeli siap dengan jiwanya. Laku dan terus berwarna sampai dunia tua.

. . .

Suku dari sepuluh yang baca kongsi-kongsi, mungkin dikira bertuah kerana dapat memahami . Dan yang selebihnya, minta maaf ya sebab susah nak mengerti.

Biar aku seorang sahaja yang senyum sampai pipi. Sebab aku saja yang duduk atas kerusi, 3 hari dengan 6 dokumentasi.

Sebab dah lama tak di anjung seni.....yang jujur seni

at 2:03 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Wednesday, October 6, 2010


" Composition; a putting together or arrangement of parts in a picture "

Jadi, kena bersusah-susah menilik. Lihat dinding, kena nampak jauh dari dinding .

. . .

Aristotle; ayah besar sains. Diturutkan sejarah, bersetuju ramai pada namanya . Kerana dia yang pertama yang mashyur . Dalam gelanggang gusti berfikir.

Ya! Sejarah sains pernah jadi buruk gara-gara dia. Cergas dan cerdas dia berfikir, tapi tetap terkurang. Pemikiran tanpa penaakulan . Pemerhatian tanpa ujian.

Kerusi professor diagungkan ramai. Pujaan ramai . Wariskan pemikiran keterpaksaan . Dinamik nampak macam berjalan, tapi entah di mana yang berjalannya.

Arakian, lahir Aristarchus, Copernicus dan Kepler . Lahir bawa semacam kilauan hantaran . Satu-satu . Dua tiga dan boom!

Angkat tengkuk tinggi! Penaakulan perlu disusun, dan itu janji menjanjikan dinamisme.

Ah. Apakan daya . Kerusi professor masih lagi sofa suci walau tuannya sudah mati . "Maaf ya tuan-tuan! Kita tunduk saja ikut apa surat warisan"

Lahir bintang baru, tapi tak ampuh menjulang sepanduk . Kekal duduk, lihat arus sangat deras . Tunggu arus surut .

Desecrate through reverance .  Kasihan umat, sesat dek hilang dalam pujaan. Kerusi kosong dilapkan habuk, tapi tak berganti baru. Dipasang colok, dipujakan tuan yang dulu.

Dan kita menunggu giliran yang lama. Lama kita tunggu.

Barulah datang hero Galileo . Datang dan lantang . Dan dari situ, baharu anak bohemian sedar ada wujudnya legasi Aristarchus, Copernicus dan Kepler.

Oh! Dan hero, tak jadi hero kalau duduk saja dan jadi popular. Sudah. Kita sudah penat menginsafi kering tekak keringnya.

Cerah lagi bersuluh. Hanya selepas itu, umat terpandu dengan heliosentrik tersuluh.

Bukan salah kerusi professor. Bukan salah tuan punya kerusi. Tapi, salah tukang-tukang ampu yang hanya belajar ampu lebih dari ilmu. Jadi, ampu yang dapat, bukan ilmu.

 . . .

Desecrate through reverance. Cheritera tawarekh

at 8:27 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Monday, October 4, 2010


Orang tak sedar . Bila semua orang dah biasa dengan tabiat biasa . Lama-lama, lengkap satu budaya

Gara-gara budaya, kita sudah bunuh satu empayar

Jam ini, semua orang cakap besar . Mahu bina dan ubati budaya . Cipta budaya luar dari yang biasa . Sampai aku terikut cakap besar . Dan sampai aku tak pasti apa aku hanya cakap besar

Aku sudah lama mati, dibunuh budaya . Hidup kembali . Aku minta peluang untuk kembali . Buku lama manifestasi

Dan, kali ini biar aku berani . Majnun sudah khayal. Aku berani mati !

at 9:32 PM
Categories: Labels:

0 comments  

A cut from Feynman's first book in the curiosity series. Enjoy it!

*******

One morning I woke up very early, about five o'clock, and couldn't go back to sleep, so I went downstairs from the sleeping rooms and discovered some signs hanging on strings which said things like

"DOOR! DOOR! WHO STOLE THE DOOR?"

I saw that someone had taken a door off its hinges, and in its place they hung a sign that said, "PLEASE CLOSE THE DOOR!"--the sign that used to be on the door that was missing.

I immediately figured out what the idea was. In that room a guy named Pete Bernays and a couple of other guys liked to work very hard, and always wanted it quiet.

If you wandered into their room looking for something, or to ask them how they did problem such and such, when you would leave you would always hear these guys scream, "Please close the door!"

Somebody had gotten tired of this, no doubt, and had taken the door off.

Now this room, it so happened, had two doors, the way it was built, so I got an idea: I took the other door off its hinges, carried it downstairs, and hid it in the basement behind the oil tank. Then I quietly went back upstairs and went to bed.

Later in the morning I made believe I woke up and came downstairs a little late. The other guys were milling around, and Pete and his friends were all upset: The doors to their room were missing, and they had to study, blah, blah, blah, blah.

I was coming down the stairs and they said, "Feynman! Did you take the doors?"

"Oh, yeah!" I said. "I took the door. You can see the scratches on my knuckles here, that I got when my hands scraped against the wall as I was carrying it down into the basement."

They weren't satisfied with my answer; in fact, they didn't believe me.

The guys who took the first door had left so many clues--the handwriting on the signs, for instance--that they were soon found out.

My idea was that when it was found out who stole the first door, everybody would think they also stole the other door.

It worked perfectly: The guys who took the first door were pummeled and tortured and worked on by everybody, until finally, with much pain and difficulty, they convinced their tormentors that they had only taken one door, unbelievable as it might be.

I listened to all this, and I was happy.

The other door stayed missing for a whole week, and it became more and more important to the guys who were trying to study in that room that the other door be found.

Finally, in order to solve the problem, the president of the fraternity says at the dinner table,

"We have to solve this problem of the other door. I haven't been able to solve the problem myself, so I would like suggestions from the rest of you as to how to straighten this out, because Pete and the others are trying to study."

Somebody makes a suggestion, then someone else. After a little while, I get up and make a suggestion.

"All right," I say in a sarcastic voice,

"whoever you are who stole the door, we know you're wonderful. You're so clever! We can't figure out who you are, so you must be some sort of super-genius. You don't have to tell us who you are; all we want to know is where the door is.

So if you will leave a note somewhere, telling us where the door is, we will honor you and admit forever that you are a super-marvel, that you are so smart that you could take the other door without our being able to figure out who you are.

But for God's sake, just leave the note somewhere, and we will be forever grateful to you for it."

The next guy makes his suggestion: "I have another idea," he says. "I think that you, as president, should ask each man on his word of honor towards the fraternity to say whether he took the door or not."


The president says, "That's a very good idea. On the fraternity word of honor!" So he goes around the table, and asks each guy, one by one:

"Jack, did you take the door?"

"No, sir, I did not take the door."

"Tim: Did you take the door?"

"No, sir! I did not take the door!"

"Maurice. Did you take the door?"

"No, I did not take the door, sir."

"Feynman, did you take the door?"

"Yeah, I took the door."

"Cut it out, Feynman; this is serious! ....  ..... Sam! Did you take the door . . ." --it went all the way around.

Everyone was shocked. There must be some real rat in the fraternity who didn't respect the fraternity word of honor!

That night I left a note with a little picture of the oil tank and the door next to it, and the next day they found the door and put it back.

Sometime later I finally admitted to taking the other door, and I was accused by everybody of lying. They couldn't remember what I had said.

All they could remember was their conclusion after the president of the fraternity had gone around the table and asked everybody, that nobody admitted taking the door.

The idea they remembered, but not the words.

People often think I'm a faker, but I'm usually honest, in a certain way--in such a way that often nobody believes me!

*******

Got the point?

Yay ! Listen to the words, and act only with facts. 

Because, one's mind could be diffracted due to blindly perceptions. Feeling like lost in blind-spot. We're blind-folded! Since our minds always see what it chose to see.

So, be factual and more alert.

(Kah kah kah)

at 1:15 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Saturday, October 2, 2010


I only wanted a little bit of love
So I could put a little love in my heart

To dance along the symphony
of peace
of true heart
of true love

Standing right here, facing the future
and the gesture . . .aaaahh

But, I never wanted to be a star

I only wanted a little bit of love
A little respect, that really does

And I couldn't stand to let them be abused, by you

at 4:47 PM
Categories: Labels:

1 comments  

 
>