Puisi : Memanggil Gliese
Sheikh, enta apa khabar?
Maaf lama tiada bersua entah apa khabar
Ana lewat ini sibuk ketuk meja saling bercakar
Terlupa buka serobong teropong jenguk enta
Jarang sudah pandangan kita ditukar-tukar
Masihkah enta di situ?
Ya masih di situ
Tamadun enta sudah di tangga mana?
Sudah versi apa mobil cahaya-masa?
Kagumnya ana dengan enta dan dunia enta
Komuniti sentosa masing-masing nikmati sejahtera
Ana pelik
Gaya macam mana enta tadbir?
Sampai rakyat tinggi sedar moral nilai murni
Tulus hati tidak tamak warisan legasi
Aman harmoni kekayaan dinasti dikongsi
Ana di sini
Mati-mati sampai dirantai besi
Hanya untuk mengajar mengeja reformasi
Ana di sini
Bergaduh tumbuk gigi
Kering tekak jerit jangan bergaduh sesama sendiri
Ana di sini
Tak cukup jari saling menunding jari
Bila ayah bonda berkahwin luar tabie
Ana di sini
Setiap hari membaca hari
Menghitung bilakah mampu adil harmoni
Ana dengki
Sebab setiap kali mendongak ke langit
Cemburukan enta yang tersenyum harmoni
Terasa seperti bumi ini paling ganjil
Penuh jelik di sisi rakan cakerawala lain
Yang patuh dan tunduk pada Ar-Rabbul Jalil
Jemputlah bersiar-siar di bumi ana
Berilah sedikit kata dua
Agar bumi ini kembali sentosa
Thaaqhib Mohammed, 2010
Nota : Gliese adalah planet yang dikenal pasti secara teori mirip kepada bumi, yang terletak lebih kurang 20 tahun perjalanan cahaya dari bumi
Saturday, October 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment