Saturday, October 9, 2010


Empat yang aku simpulkan daripada Ursula Biemann. 3 hari jamak tamam dalam worksyop videografi di Bandaraya Khayal Alexandrina.

SATU

Pilih untuk jadi prisma yang menggubah pelangi perspektif.

Berjaya atau gagal dalam medan konflik, hanya beri lebih ruang kepada mainan politik. Liputan macam-macam manapun, tapi kalau gelanggangnya sekitar medan majoriti, yang jahat mesti lagi famous publisiti.

Jadi, aku baik tampil dengan kek keju perisa lemon aku sendiri.

DUA

Kaedah itu sangat pelbagai. Dan kaedah perlu ditujukan lebih dahulu kepada kandungan, dari terkejar-kejar godek-godek penggambaran.

Nilai yang menjanjikan dinamik, macam-macam mana pun sentiasa menang dek isi kandungan.

TIGA

Kalau perlu, ia akan jadi yang terakhir yang perlu difikir-fikir. Itulah maqam sentuhan emosi . Kerana emosi hanya melahirkan energi sementara. Dan itu aku percaya.

Sebab yang pertama, sentiasa fakta dan figura.

EMPAT

Buat karya, bukan mahu jual. Buat karya untuk refleksi. Ya! Kalau ada yang mahu beli, itu rezeki. Tapi, kalau tak laku ... tak pun perlu dipeduli.

Impak hasil refleksi itu ...nilainya mahal, dan akan masih ada yang jujur membeli. Membeli siap dengan jiwanya. Laku dan terus berwarna sampai dunia tua.

. . .

Suku dari sepuluh yang baca kongsi-kongsi, mungkin dikira bertuah kerana dapat memahami . Dan yang selebihnya, minta maaf ya sebab susah nak mengerti.

Biar aku seorang sahaja yang senyum sampai pipi. Sebab aku saja yang duduk atas kerusi, 3 hari dengan 6 dokumentasi.

Sebab dah lama tak di anjung seni.....yang jujur seni

at 2:03 AM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>