Wednesday, October 6, 2010


" Composition; a putting together or arrangement of parts in a picture "

Jadi, kena bersusah-susah menilik. Lihat dinding, kena nampak jauh dari dinding .

. . .

Aristotle; ayah besar sains. Diturutkan sejarah, bersetuju ramai pada namanya . Kerana dia yang pertama yang mashyur . Dalam gelanggang gusti berfikir.

Ya! Sejarah sains pernah jadi buruk gara-gara dia. Cergas dan cerdas dia berfikir, tapi tetap terkurang. Pemikiran tanpa penaakulan . Pemerhatian tanpa ujian.

Kerusi professor diagungkan ramai. Pujaan ramai . Wariskan pemikiran keterpaksaan . Dinamik nampak macam berjalan, tapi entah di mana yang berjalannya.

Arakian, lahir Aristarchus, Copernicus dan Kepler . Lahir bawa semacam kilauan hantaran . Satu-satu . Dua tiga dan boom!

Angkat tengkuk tinggi! Penaakulan perlu disusun, dan itu janji menjanjikan dinamisme.

Ah. Apakan daya . Kerusi professor masih lagi sofa suci walau tuannya sudah mati . "Maaf ya tuan-tuan! Kita tunduk saja ikut apa surat warisan"

Lahir bintang baru, tapi tak ampuh menjulang sepanduk . Kekal duduk, lihat arus sangat deras . Tunggu arus surut .

Desecrate through reverance .  Kasihan umat, sesat dek hilang dalam pujaan. Kerusi kosong dilapkan habuk, tapi tak berganti baru. Dipasang colok, dipujakan tuan yang dulu.

Dan kita menunggu giliran yang lama. Lama kita tunggu.

Barulah datang hero Galileo . Datang dan lantang . Dan dari situ, baharu anak bohemian sedar ada wujudnya legasi Aristarchus, Copernicus dan Kepler.

Oh! Dan hero, tak jadi hero kalau duduk saja dan jadi popular. Sudah. Kita sudah penat menginsafi kering tekak keringnya.

Cerah lagi bersuluh. Hanya selepas itu, umat terpandu dengan heliosentrik tersuluh.

Bukan salah kerusi professor. Bukan salah tuan punya kerusi. Tapi, salah tukang-tukang ampu yang hanya belajar ampu lebih dari ilmu. Jadi, ampu yang dapat, bukan ilmu.

 . . .

Desecrate through reverance. Cheritera tawarekh

at 8:27 PM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>