Persoalkan seberapa banyak dalam diri . . .
Dan tak siapa tahu berapa lama dia hidup lagi . Berapa lama lagi dia dalam rezeki . Berapa lama lagi yang boleh dia dakwa itu ini
Zaman ke hadapan; itu biar aku seorang sahaja yang berlari . Yang lain, kalau tak berani . . . pilihlah untuk duduk tepi . Sebab, aku tak jamin gaya apa kau mati nanti
Begini aqidah aku; semua orang mahu mati, dengan senyum di bibir
Petani tua pun mahu tersenyum bila dia mati . Sampaikan tuan kolar putih dari bandar pun mati-mati mahu mati macam petani . Senyum lebar sampai pipi
Kan?
Dan aku berharap, sebelum aku mati . . .aku mahu biarkan senyumanku meniti di semua bibir anak-anak generasi
Sampai nanti kalau ada buku berjilid cheriteranya bagaimana aku mati . Adanya macam drama, ada melankolik . Sekian sahaja, tapi masih tak puas hati . Tepati ahkam keabadian energi
Oh . . . Aku tak sangka yang ia betul-betul terjadi ! . . . . . Di kala kau pilih untuk duduk tepi
. . .
Aku sebenarnya tak perlukan kau untuk hanya duduk ditepi . Bangunlah, mari kayuh sekali !
Sebabnya . Aku perlukan pembaris yang sangat panjang . Infiniti . Agar sampai syurga aku terus lurus hati .
Thursday, October 14, 2010
at
2:22 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
"Dan aku berharap, sebelum aku mati . . .aku mahu biarkan senyumanku meniti di semua bibir anak-anak generasi"
bunyi macam mahu anak-anak generasi mati dahulu ...dalam keadaan tersenyum...haha~
mana2 pun maksudnya sama
Post a Comment