Ini bukan buat-buat pandai
Sebab kalau aku pandai sangat, tak lah pula aku nak kena ulang tahun, tahun ini . Kita semua ada titik kelemahan, yang macam-macam mana kuat pun, akan tergolek juga .
Tapi, yang penting . . . kita mesti yakin untuk terus praktis . Praktis dan praktis .
Kita bila berlari, mesti ikut rentak sendiri, setiap peningkatan dan kekurangan itu dinisbahkan kepada diri sendiri
Satu kekuatan yang perlu ada, yang kita perlu ada . . . kekuatan pemikiran kritikal . Huraian dia panjang, cukup aku sekatkan dalam frasa singkat;
"dapat berfikir secara rasional di waktu sangat kritikal"
Hah! Yang itu aku lemah . Tapi, masih lagi tak berhenti aku praktis .
. . .
Tajuk : Pemikiran Kritikal
Video ini boleh dijadikan material untuk memahami pemikiran kritikal
Situasi 1
Ada roadblock di tengah malam . Kita dalam keadaan lengkap secara legal . Tapi, kerana terlalu takut, kita bertindak melarikan diri secara merbahaya
Situasi 2
Ada roadblock di tengah malam . Kita ada masalah disiplin yang minor . Tapi, tetap melarikan diri
Situasi 3
Ada roadblock di tengah malam . Kita memang bersalah dan mudah mengambil tindakan melarikan diri
Pemerhatian : Ketiga-tiga subjek kes; yang berlainan latar situasi, mengambil tindakan yang sama secara spontan. Tindakan tersebut nyata sangat-sangat berisiko tinggi
. . .
Jadi ? Habis brainstorm, cepat-cepat dapatkan pemerhatian baru . Berjayakah kita bertindak secara pro-pemikiran kritikal
Nota :
Untuk kes trafik, aku beberapa kali bertembung dengan situasi ini . . . dan alhamdulillah masih berjaya. Baru-baru ini, aku mendapat pengalaman sulung disaman kerana melebihi had laju di Mesir .
Itu pengalaman paling berharga, kerana aku memilih untuk membayar saman LE 150, daripada menyuap rasuah beberapa puluh LE kepada pegawai polis. . .walaupun ia lebih mahal dari rasuah .
Tuesday, October 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
ouh. dataran merdeka.
malam 16okt kami ada disitu. jalan dan lalu.
tapi x sempat tgok rempit. tgok polis dok roadblok dan kumpulkan moto. bersama kehadiran lori PDRM yang besar. kasi angkut semua.
malam tu rasa mcm nk turun kete kejap dan duk lepak ngn depa.sbb mcm jakun ramai sgt manusia dan ramai polis. mcm tgh nk buat demo.
sbb sblm tu pi bukit ampang tgok sipi2 sama situasi cume kat situ xd rempit lah. ada berkepit ramai.
Post a Comment