cukup-cukup makan
"Nah! Ini satu juta wang emas, dan kalau tak cukup teruskan minta lagi ya!"
. . .
Okeh!
Alhamdulillah. Dan kalau itu yang terjadi, maka, kau akan lihat aku . . .
. . . sedang berdiri siti-situ-sana-sini, di tiap pelusuk bumi, di mana saja yang aku rasakan ada tinggalan makhluk pentadbir yang telah mewarnai bumi
. . . sedang berhempas pulas membangun segala idealism aku sebagai realiti, membimbing ketamadunan aku sendiri, mencipta sekali lagi kepuasan akademik yang tinggi
. . . sedang bersantai menikmati akustik ghazal di pondok bangsal, sambil tersenyum melihat anak-anak mandi puas di sungai seni
. . .
Tapi, itu-itu-itu-itu lah yang sedang juga aku usahakan, walau tiada satu juta di tangan
Jadi, apa bezanya papa atau kaya? Tapi, aku tetap mahu kaya!
0 comments:
Post a Comment