Friday, April 29, 2011



Susunan melodi, hanya untuk menegur ketelanjuran manusia . . . juga sangat berbaloi . Alhamdulillah

at 1:04 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Mei

Wednesday, April 27, 2011


Mula isi jadual

31 hari . 744 jam

Tolak 186 jam tidur malam, tinggal 558 jam

558 bahagikan dengan 2 jam setiap kotak jadual, dapat 279 sesi.

279 projek nak kena cari, nak kena isi

Bermakna, setiap hari ada 9 kotak berjangka 2 jam

Hurm ! Banyak tu! Wow! Teruja!

Semata-mata mengisi Mei 2011 . Nanti baru fikir purnama-purnama akan datang

. . .

Duit? Duit boleh beli . Boleh jadi pengemis kalau dah tak ada duit



. . .

Nokotta! Okeh, boleh mula


at 8:02 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Sunday, April 24, 2011


Hidup ini melalaikan . Lebih baik tak perlu hidup, kalau terus untuk lalai

Hey! Nanti . Nanti dulu

Hidup adalah hidup . Satu tanggungjawab, bukannya satu bebanan . Ya! Memang aku cepat lalai, tapi bukan bererti hidup perlu aku abai

. . .

Mungkin aku berfikir terlalu jauh, sehingga takutkan destinasi yang dekat

Mungkin jiwa aku terlalu kecil untuk suatu harapan yang besar . Dan, mungkin juga aku terlalu merisaukan tentang payah berusaha . . . lalu, sikit-sikit mula melupakan kerja Yang Esa

Aku mungkin berfikir terlalu banyak

Tapi !

Aku dah yakin, yang aku terpilih untuk misi ini . Yang aku pasti, aku lah orangnya untuk itu . Aku yakin!

Aku dah memang terlambat untuk menarik diri, dan tak pernah terlalu lewat untuk teruskan berlari

Maka, harus aku tanggalkan dan tinggalkan sahaja diri aku, jika perlu

Dan, membawa misi aku bersendiri ke hadapan . Walaupun dah mengkorbankan seluruh jasad kekuatan aku



Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu
Biarkanlah aku merindu sekian lama
Bukan maksud untuk membisu sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Mungkinkah bersama dua jiwa ini
Dalam mencari cinta sejati nan suci
Mungkinkah segala derita di jiwa
Akan terubat kini

. . .

Hanya satu pintaku
Sabarlah menanti
Ku kan pulang bersama
Cinta…






.
.
.

.

Untuk hari-hari yang perlu aku nyanyikan lagu jiwa

"Awak berlari mengejar sesuatu, atau meninggalkan sesuatu?" - Sepi 2009

at 11:53 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Friday, April 22, 2011


". . . Kala tiba masanya ku perlu
mengambil waktu untuk diriku
Bukan mementingkan diri
hanya menjamin kewarasan ku ini

Dalam dunia yang penuh liku-liku
dan dugaan . . . "



. . . ku bahagia
Walau untuk sementara

Alhamdulillah

at 11:30 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Thursday, April 21, 2011


Selepas disingkir bahtera, kemudian diseludup ikan paus









kemudian bergelap . . . gelita . Hitam atasnya hitam . Dan, sekali lagi hitam




Memang dah benar-benar lemah . . . biarkan piring hitam memainkan lagu-lagu nya sendirian . . .




Sampai habis ia berpusing . Ia berhenti

Selepas itu, tunggu saja . Menunggu

at 10:09 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Wednesday, April 20, 2011



Dunia . Yang kita semua binakan . Setiap dari kita

. . .

Sebenarnya, dah sangat ramai manusia di dunia ini . Yang mengimpikan sesuatu yang mustahil dan tiada . Kelihatan janggal, dan memelikkan . Macam mustahil, sangat mustahil!

Tapi . . . . .akhirnya mereka dah pun berjaya!

Seawal saat pertamanya meluahkan cita-cita, semula itulah cemuhan dan sisihan mula tercipta . "Sangat pelik"

Lemah, tapi yang terus menjadi kekuatan, adalah rasa yang kuat dalam diri . Bahawa, ia ada hak juga untuk berdiri . Di dunia ini

Mungkin hanya mereka saja yang tahu akan besarnya nilai potensi . Betapa ia mampu menjana prestasi . Menyumbang kepada komuniti . Memasarkan produk yang tersendiri

Tiada siapa yang berminat dengan sakit jerih ketika berlari . Yang, dipedulikan hanya "dapat tempat berapa? apa dapat ya?" . Apatah lagi nak dipedulikan impian menamatkan larian mustahil

Sikit, sikit . . . sikit lagi . . ."cukuplah, berpijak saja di bumi realiti" . TIDAK!

Tidak pun mereka berhenti setiap kali berpeluang untuk tarik diri

Kerana, hanya setelah mereka tiba di destinasi, ketika itulah segalanya sudah dibuktikan

Barulah ketika itu datangnya syair sokongan dari entah dari mana . Dan, kalau nak diharapkan sorakan sedunia, ketika itulah . Kalau nak sangat

Sorakan tahniah . (Sekelumit tahniah, berbanding apa entah yang diterima dahulu) . Tapi, tetap sebuah tahniah, di hujungnya nanti

Di hujung . Yang ketika itu, mereka hanya mampu tertawa melihat ke belakang . Ke belakang melihat nafas-nafas yang tercungap . Dan, ketawa lagi

Cukup! Terus menoleh ke depan, dan berpegang kepada kekuatan yang sama . Harga setiap usaha itu bukan pada sorakan . Tapi, pada meneruskan perjalanan

Kerana itulah harga yang menjadi teman sepanjang jatuh bangun mereka

Dan, itulah mereka . Yang yakin dengan sesuatu yang ada pada mereka

Dan yakin! Bahawasanya, jika bukan mereka yang menghargai impian mereka, maka, siapa lagi?

Tahniah! Dan, aku cukup berbangga dengan mereka-mereka itu . Kesemua-semua-semuanya! Yang menjadikan aku terus kuat, ingin seperti mereka

. . .

Itu cerita orang lain

Cerita aku pula, macam mana?

Dan, tiada hari lahir, sehingga aku sampai ke situ!

at 6:09 AM
Categories: Labels:

1 comments  

Tuesday, April 19, 2011


Hanya aku sahaja yang cepat lupa . Allah tak pernah pun lupa!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku mungkin lemah, tapi, Allah tetap takkan lupakan aku yang lemah ini

Yeah!

at 2:19 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Monday, April 18, 2011


Relaxing . Therapy . Encouragement . Dan, berkhayalan

. . .



Man with no country
Just a guitar and a love that he sung
(he only wants to see)

Man with no country
Walking along down long dusty roads
(he wants to stay ahead of everything)

He's got to see new horizons each day
He'll never stay

Man with no country
Looks up and sees birds in the sky
(he wants to be so free to fly high)

Man with no country
Never looks back to that place that he´s coming from
(something inside him always moving on)

Though he'll remember the moments of making new friends each day
Still he won't stay

Man with no country
Comes into town and looks for a bar
(somwehere that he can play his acoustic guitar)

The girl at a moment sees him and says "I'd like the way that you
Touch the strings
Come play with me I'll give you everything"

But he's such in other things that will set him so free
(that's the way he knows it's got to be)
And heaven is a long long way from where he stands
He's a very lonely man


But he's such in other things that will set him so free
(that's the way he knows it's got to be)
It's gotta be
And heaven is a long long way from where he stands
He's a very lonely man

Ohhhhhh
Man with no country
Yeah
Man with no country
Ohhhhhh
Man with no country
Ohhhhhh
Man with no country
Uhhhhhh Yeh Yeh Yeh
Man with no country

Lalalalala
Lalalalala
Lalalalala
Lalalalala
Uhhhh

(song of Jim Capaldi)

. . .

Terima Kasih!

at 12:50 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Sunday, April 17, 2011


Berlari dan terus berlari

Kadang-kadang hati tertanya, "awak berlari mengejar sesuatu atau meninggalkan sesuatu?"


. . . 

Aku boleh pilih untuk menjadi reaktif . Berhenti sejenak . Tundukkan sebentar ke paras rendah, dan kembali menghirup udara berat-berat

Biarkan waktu berlalu . Fikirkan itu ini, yang baiknya juga-juga untuk aku juga

Aku apatah lagi, boleh pilih jadi proaktif . Susunan nafas dibiarkan agressif . Langkah dilepaskan dan lebih awla, lebih dari mengutamakan berhenti dan berfikir . Tanpa teragak-agak, teruskan berlari!

Kerana itu juga baik untuk aku, kerana aku sedang berlari!

Kedua-duanya baik untuk aku .  Di mana aku berdiri, di situ adalah aku . Dan, kenapa aku perlu nafikan diri aku?

. . .

Aku dah sangat-sangat berkhayal apabila berlari

Adrenalin kencang, dan azam juga semakin kencang . Kekuatan yang mungkin terakhir untuk aku sandarkan

Ya! Aku mampu untuk terus berlari! Aku tak laju, tapi, aku tahu aku mampu berlari

Kerana berlari-lari jarak jauh, mengajar aku lebih dari apa yang aku tahu

Ia cerita stamina dan jangka masa . Ia cerita kekuatan minda . Ia cerita masa peribadi . Ia cerita sebuah perjalanan, bukannya destinasi

Ia memaksa 'no turning back' . Ia memaksa terus ke hadapan

Dan, masa hadapan itu bukanlah kemusnahan apatah lagi kelembapan, tapi rupanya kejayaan . Ketika sikit-sikit langkah menjauhi tapak mula

Malah, lebih mengingatkan pencapaian yang sudah ditempa, dengan semput-semput nafas yang mengundang hilangnya yakin

. . .

Apa yang aku tahu?

Ketika aku berlari, mungkin aku melihat ramai yang berjaya lebih laju

Juga . Aku mungkin melihat betapa indahnya kiri dan kananku yang tidak berlari . Mereka enak menghayati hidup, bukan dalam perlarian

Aku tahu yang ini adalah larian aku . Aku yang pilih . . . maka, itu adalah nikmat aku . Hidup aku

Siapa pula yang wajibkan hidup perlu sebegini? Tiada siapa . Tapi, hidup adalah pada kekuatan individu, yang memanfaatkan hidup!

Dengan gayaku tersendiri, akan aku akhirkan cerita hidupku nanti!

. . .

Entah apa nak jadi di hadapan, entah

Yang aku tahu, aku wajib terus berlari! Walaupun makin hari, makin aku tersisih gila





Hidup adalah sebuah perjalanan, bukan hanya destinasi . Yeah!

at 6:16 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Wednesday, April 13, 2011


Kelantan adalah sebuah negeri yang menakjubkan!

Ops, maaf . Secara spesifik, bandarnya Kota Bharu . Juga, di Kampung Pulau Melaka . Juga, di Machang

Tiba-tiba, teringatkan masa berjalan-jalan sorang-sorang ke sana . . . masa tahun 2009

. . .

SIRI 1

Ibu cadang; "Apa kata Alang pergi ke tempat Nik Aziz?" . Wow! Menarik . Get set and go!

Beli tiket di Medan Gopeng dan terus ready untuk bertolak esoknya . Bersemangat sebab tak pernah ke Kelantan lagi

Sampai di Stesen Bas KB dalam pukul 2 pagi lebih kurang, selepas perjalanan yang dah lupa berapa lama dari Ipoh . Sempat minum sup dalam perjalanan

Turun bas dan mula sedikit hilang punca . Tak tahu di mana dan nak ke mana, pagi-pagi buta

Jadi, mula bertindak kreatif dengan mengaplikasi hasil pembelajaran geografi masa sekolah dulu-dulu .

Menurut geografi, setiap bandar ada masjid utama . Dan, kedudukannya biasanya berdekatan hospital, pejabat kerajaan dan juga pejabat polis

Seharusnya, ia tersusun secara berpusat dengan radius yang tidak terlalu besar

Maka, pencarian pun bermula . Dari stesen bas KB, aku berjalan arah menuju ke jalan-jalan yang di'iya'kan sedap-sedap rasa

Ketika itu, aku memilih untuk meninggalkan rasa takut di stesen bas . Dan, mula memupuk motivasi untuk berusaha mencari masjid dan tidur sebentar sehingga Subuh menjelma

Jalan punya jalan, ada jugak nampak hospital, bank, pejabat kerajaan dan lain-lain . Tapi, tak nampak pulak masjid

Rasa agak-agak penat tu, kira buat-buat tak tahu je lah . Pagi-pagi buta, nak buat macam mana?

Hurm, jalan lagi, jalan saja . Sepatutnya, dah boleh nampak dah masjid ni, tapi, tak jumpa-jumpa jugak

Haha . Gila! Kalau masuk half-marathon, dah boleh selesai 20km dah . Pergh! Punyalah lama berjalan cari masjid dalam gelap-gelap jalan yang lampu jalannya dijimatkan

Sedar-sedar sahaja, sudah sampai di Stadium (merujuk tiang lampu besar berempat itu, dan bentuknya), setelah lama berpusing-pusing takda arah

Dengan penuh optimis, yang Kelantan adalah negeri islamik, aku menjangkakan akan ada surau-surau awam di sana-sini (itupun setelah kecewa dengan teori subjek geografi)

Alhamdulillah, berjumpa dengan surau stadium . Yang baru saja diniatkan nak melabuhkan badan, tapi, lain pula jadinya

Nyamuk dia...fuhh! Lalu, dengan spontan aku terus berangkat keluar

Berita gembira! Yang berdekatan surau stadium, aku berjumpa Surau Pejabat Polis yang berwarna biru, dengan lampu-lampu yang terhad

Dengan muka sembab dan keletihan, aku pun bergerak ke sana dengan pantas . Alhamdulillah, tiada pengawal yang menjaganya, hanya, seekor anjing yang tak mengacau sahaja

Tapi, sebenarnya, pengawal dia tidur~

Dan, aku baringkan sebentar badan, untuk berehat-rehat, menghabiskan minit-minit akhir mendekati Subuh . Golek-golek badan, bungkus dengan kain pelikat, tapi tak lah seteruk di surau stadium nyamuk dia

Setibanya azan, aku cepat-cepat membersihkan diri dan beriktikaf dalam surau, yang ada aircond!

Hehe, dalam hati dari tadi ; "InshaAllah, niat baik, Allah tolong buka jalan punya, walau susah macam-mana pun"

. . .

Bersambung

at 6:48 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Monday, April 11, 2011


Bila tengok orang rajin ke masjid
.
.
Lihatlah kepada imannya!











Yeah!

(Dengan stamina, aku akan kekal teguh . Jom lari!)

at 7:39 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Aku pun tak tahu samada aku betul atau aku salah . Tapi, selama itu, aku berasa puas!

Di hari-hari yang aku berasa puas . Di hari-hari yang aku meneliti kekuatan luarbiasa, dalam Kalam-Nya

Surah Al-Baqarah; dari ayat-ayat-Nya yang penuh kekuatan . Dan, kepuasan

Bergantunglah kepada sejauh mana untuk manusia itu terlarut dalamnya

Yang aku dapatkan pada mulanya hanya dengan pencerapan kata hati . Lalu, terdorong merujuk kalam-kalam suci dan bait-bait arab yang berenergi!

Lalu, jelas aku melihat yang darahnya begitu pekat mengalir dalam jiwaku . Darah yang sudah terlarutkan jampi serapah kata-kata dalam ayat-ayat-Nya

Sehingga aku berasa puas . Dan, lupa akan dunia keliling . Lupa akan realiti dan hanya pejamkan sebelah mata untuk menikmati setiap nafas-nafas ketika itu

. . .


Kepuasan di atas kepuasan . Di atas infaq dan pengamalan

1) Aku; jika benar-benar berinfaq kerana mengharap Redha-Nya, aku seperti tuan empunya harta sebegitu menjumlah

Yang bila sudah tiba masa lemahnya dan seluruh harta itu melenyap sekelip mata, aku masih lagi kekal berkekuatan luarbiasa!

2) Aku; seharusnya menyedari yang Syaitan selalu mengajar agar aku menakuti kemiskinan dan memaksakan kebakhilan.

3) Mulianya aku menjaharkan infaq-infaq itu, demi tauladan rakyat . Adakalanya, lebih mendekati kehambaan ketuhanan, apabila aku menyenyapkan sahaja

4) Dan, sesungguhnya . . . kemulian warga masakin itu, adalah pada nama bagusnya . Pada sejauh mana ia menjaga martabat hidup, walaupun kekurangan beras hidup

Tidak hina dengan meminta, dan mampu berdiri tegak lagak kaya!

5) Kemurahan dalam menghulurkan, adalah ubat ketenanga dan kepuasan diri aku! Ya, puas!


. . .

Allah Maha Besar! Aku sudah hilang bicara dengan kalamNya . Malah, seasli bahasa azalinya, aku sudah lebih melarut

Hanya ini yang mampu meredakannya . Menghalang aku terus menghanyut kepuasan, dan hilang tak sedar diri ....

[265]
And the likeness of those who spend their substance seeking to please Allah and to strengthen their souls, is as a garden high and fertile: heavy rain falls on it but makes it yield a double increase of harvest, and if it receives not heavy rain, light moisture sufficeth it. Allah seeth well whatever ye do.

[266]
Does any of you wish that he should have a garden with date-palms and vines and streams flowing underneath and all kinds of fruit, while he is stricken with old age, and his children are not strong (enough to look after themselves)― that it should be caught in a whirlwind, with fire therein, and be burnt up? Thus doth Allah make clear to you (His) signs; that ye may consider.

[267]
O ye who believe! Give of the good things which ye have (honourably) earned, and of the fruits of the earth which We have produced for you, and do not even aim at getting anything which is bad in order, that out of it ye may give away something, when ye yourselves would not receive it except with closed eyes. And know that Allah is Free of all wants and Worthy of all praise.

[268]
The Satan threatens you with poverty and bids you to conduct unseemly. Allah promiseth you His forgiveness and bounties and Allah careth for all and He knoweth all things.

[269]
He granteth wisdom to whom He pleaseth; and he to whom wisdom is granted receiveth indeed a benefit overflowing; but none will grasp the message but men of understanding.

[270]
And whatever ye spend in charity or whatever vow you make, be sure Allah knows it all. But the wrong-doers have no helpers.

[271]
If ye disclose (acts of) charity even so it is well, but if ye conceal them, and make them reach those (really) in need that is best for you: it will remove from you some of your (stains of) evil. And Allah is well acquainted with what ye do.

[272]
It is not required of thee (O Messenger) to set them on the right path but Allah guides to the right path whom He pleaseth. Whatever of good ye give benefits your own souls and ye shall only do so seeking the "Face" of Allah. Whatever good ye give, shall be rendered back to you and ye shall not be dealt with unjustly.

[273]
(Charity is) for those in need, who, in Allah's cause, are restricted (from travel) and cannot move about in the land, seeking (for trade or work): the ignorant man thinks because of their modesty that they are free from want. Thou shalt know them by their (unfailing) mark: they beg not importunately from all and sundry. And whatever of good ye give, be assured Allah knoweth it well.

[274]
Those who (in charity) spend of their goods by night and by day, in secret, and in public, have their reward with their Lord: on them shall be no fear, nor shall they grieve.

. . .

Seronok dan puas . Bila mencatatkan rasa hati, dan membuahkan puas dalam hati

Seperti-seperti puasnya seperti begini

at 12:55 AM
Categories: Labels:

3 comments  

Saturday, April 9, 2011


Olahan joke dari FB Kak Leen . Epal?!!


. . .

Di sebuah tadika, di sebuah negara....

Cekgu : Okeh! Meh sini Samat, meh . Cekgu nak main kira-kira dengan Samat
Samat : Hait!

Cekgu : Kalau cekgu bagi Samat satu biji epal, lepas tu bagi satu lagi epal. Lepas tu, cekgu bagi lagi satu epal
Samat : Okeh . ?

Cekgu : Ada berapa sekarang Epal dekat Samat?
Samat : Satu... erm.. dua, tiga.. erm.. empat!


Cekgu : Hoi!???
Samat : Kenapa cekgu?

Cekgu : Ni, ni. Meh sini sekali lagi kira . Kalau cekgu bagi sebiji epal, lepas tu bagi satu lagi, ha, lepas tu cikgu bagi lagi epal. Jadi berapa?
Samat : Kejap, kejap . Nak kira . Hurm.. hurm.. hurm.. empat. Ha! Empat!


Cekgu : (garu kepala "apesal bebal sangat budak ni?")
Samat : (main-main lidah, keluarkan air liur)

Cekgu : Okeh, gini. Samat suka strawberi tak?
Samat : Hu!! Sedap!!!

Cekgu : Okeh, kalau cekgu bagi satu strawberi, lepas tu cikgu bagi satu lagi . Lepas tu, cikgu tambah satu lagi.
Samat : Tau dah, jawapan dia tiga..kan?

Cekgu : Fuh~! ("sihat pun budak ni")

Samat : (main-main lidah, keluarkan air liur)

Cekgu : Okeh, camni sekali lagi kita main kira-kira nak?
Samat : Boleh je!


Cekgu : Kalau cekgu bagi Samat sebiji epal, lepas tu bagi lagi satu . Lepas tu, cekgu bagi satu lagi epal . Ha!!
Samat : Okeh, nak kira jugak ke semua yang Samat ada?

Cekgu : Pandai pun!
Samat : Ada empat cekgu . Dah kira dah . Ada empat!

Cekgu : (ternganga) !!!!!!!!!
Samat : (ikut cekgu ternganga)!!!!!!

Cekgu : Samat?!! Kenapa kamu kira ada empat, sepatutnya tiga lah . Macam strawberi tadi!
Samat : Er... (pelik apa pasal cekgu marah)


Samat : Tapi, cekgu . . . Samat dah campurkan satu epal yang dalam beg. Betullah Samat ada 4 epal campur yang cekgu bagi.. kan?

. . .

Pengajaran : Jangan cepat melatah dengan respons orang lain yang tidak senada dengan kita . Mungkin mereka ada perspektif dan dimensi tersendiri yang mereka libatkan .

Peace!

at 3:55 AM
Categories: Labels:

2 comments  

Wednesday, April 6, 2011



Langkah #1; locatekan semula kekuatan diri

Dan, selagi belum tiba ke situ . . . selagi itu aku mulakan dengan langkah-langkah baru . Langkah-langkah yang pertama seperti dulu

1) Bermula, aku muzikkan ke dalam hati, setiap keindahan motivasi yang dipetik dari Kalam Suci . Yang dari Tuhan, dan dari Nabi

2) Seterusnya menikmati arus sekeliling sambil aku berdiri sendiri di tengah-tengah, berhenti . Melihat kepelbagaian alam yang mungkin dah aku terlepaskan

3) Lalu, aku teruskan jalan cerita . Tanpa, merangka apa-apa cerita baru, yang melebar atau terkedepan

Sehinggalah aku mencapai suatu jarak, yang memampukan aku berlari kembali . Bertapak-tapak dan terus terbang tinggi

Kerana, masa sudah menjadi lampau beku buat aku

Yang ada hanya nafas-nafas yang aku nikmatkan . . . dan pupukkan

Bekalan untuk suatu masa yang tiada garis-garisnya lagi . Biar, selamanya aku hangat bernafas, dalam kebekuan yang dah aku tak pedulikan

at 1:25 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Tuesday, April 5, 2011


(Dengan nafas sebegitu perlahan-lahan, barulah kau boleh mengikuti makna di sebalik ini)
 .
 .
 .
 .




Sekejap!

Berhenti sekejap

Cuba berhenti sekejap . Berhenti dari kepantasan arus yang kau sedang pandu ini

Berhenti, dari mendakwa tingginya kata dan jiwa . Jiwa raga

Dari berkata-kata, yang mendahului mata . Dari berkata-kata, tentang padat dan hebatnya idea . Sejuta idea, yang datang dari otak bemutiara

Berhenti sebentar, di waktu hati mendenguskan curahan kata-kata

                      .
               .
          .

Lengahkan seketika . Regangkan jasad, dan lenturkan degupan di dada . Pesankan kepada ia untuk berhenti sejenak sahaja

Berdiri seperti biasa kau berdiri . Di hari-hari yang biasa kau berdiri

Biarkan alam lalu-lalang di sekeliling, bergerak laju . Tanpa menghiraukan diri kau yang sedang berhenti

Tegakkan diri dengan nafas yang mendalam, dengan hirupan seindah semanis haruman bunga

Rasakan setiap nafas penuh menyegarkan ke setiap rongga yang dilalui . Hingga kau dapat rasakan yang ia sedang membentuk kebesaran paru-paru

 .
   .
 .
. . .

Kini, kau sedang berhenti . Ketika kau sedang berdiri melihat alam keliling laju berlari

Kecilkan mata kau, hingga kau mampu membayangkan susuk manusia seperti kau juga . Yang ternampak di hujung-hujung alam, yang sedang kau berdiri di tengahnya

.
.
.
.

Kau sebenarnya menyedari, bahawa ia sedang berkata-kata sendiri . Berkata-kata dengan dirinya sendiri . Seorang diri

Ayuh! Cepat-cepat kau bertindak

Pesankan kepada telinga, agar meneliti setiap baris kata-kata yang diperkatakannya . Apa yang diluahkannya . Apa yang dipersembahkannya

Telitikan setiap kalimah dan setiap tutur bicaranya . Satu persatu kau perhatikan naik turun bibirnya . Satu persatu kau ikuti bicaranya

 .


. . .

Dapatkah kau mendengar isi hatinya? Jika, kau belum mampu mendengarkannya, cubalah sekali lagi

Cubalah lagi

Masih terlalu awal untuk kau mengalah dari memfokuskan minat kau kepadanya . Apa yang kau samar-samar dengar daripadanya itu, sangat menarik minat kau

                       .
         .
.

Dapatkah kau mendengar isi-isi jiwanya itu?

Teruskan menambah minat untuk kau perhatikan apa yang diperkatakannya

. . .

Baik!

Cukuplah masa kau berhenti . Bolehlah kau mendegupkan kembali jantung dengan pantas . Samakan degupannya dengan lajunya alam di sekeliling

Sertailah semula gerombolan yang deras, yang kau berada di tengah-tengahnya tadi

Teruskanlah . Berkata-kata meletakkan tingginya jiwa dan raga . Mempersembahkan kotak mutiara kau, yang namanya otak

Yang kau tahu betapa tingginya nilai setiap idea, yang kau telah hasilkan daripadanya

. . .

Jika ada lagi masa, kau lawatilah tempat ini semula . Berhenti sejenak semula

Dan, carilah di mana-mana lagi, jika ada lagi yang terselit-selit . Susuk-susuk tubuh manusia yang boleh kau dengari rasa hatinya

Pasti ada!

Bahkan mungkin dua, tiga atau empat . Atau lima . Susuk tubuh manusia yang sedang sendirian berkata-kata

Yang mengadu tersisih, dek kelajuan arus . Yang mengaduh terjatuh, dek tiada kepercayaan ampuh

Yang merempat tertinggal gerabak, dek ketajaman kehendak arus . Arus seperti yang dipandu oleh pemandu seperti kau itu
.
. .
...
 ..

Yang kau tahu, bahawa ia sedang berkata-kata dengan kau

Kata-kata senyap, penuh alunan pengharapan, agar kau mendengarinya

 .

Agar kau mendengarinya, ketika mana kau kembali berlari laju dalam arus, yang tanpa disedari telah melupakan dirinya terus

Dirinya


Yang juga punyai hak idea . Dan hak untuk memandu arus . Untuk memperdagangkan kepelbagaian dalam perairan pemikiran yang sebegitu lebar sempadannya

.
     .
        .

Maka, jika kau ada masa, rajin-rajinkanlah untuk berhenti sejenak

Kerana sekalipun arus lalu-lalang di sekeliling kau, begitu meluru laju, kau sendiri tahu bahawa ada yang sedang hanya berlenggang duduk-duduk di situ

Kau tahu itu . Dan, kerana itu kau masih tahu jalan untuk ke sini semula


       .


. . .

Begitulah

Manakala aku . Aku tiada alamat untuk aku hantarkan jemputan kepada kau . Untuk kau berhenti ke sini, menjenguk

Aku . Hanya menunggu hari-hari untuk kau berhenti sejenak . Dan, memerhatikan di mana aku, dan juga mereka yang seperti aku

Menunggukan waktu

Yang sehingga itu, kami akan terus menunggu

at 1:51 AM
Categories: Labels:

2 comments  

Saturday, April 2, 2011


Aku melagukan ia, dengan sepenuh kekuatan di hari-hari pertama aku kembali

Lagu benar, yang aku alami benar-benar

. . .

Baginda bak janggal dek memang terasa asing . Orang asing datang dengan seruan yang asing . Datang ke Empayar Ninawa, membawa seruan radikal lagi drastik

Apa yang diiketahui, nun jauh di lubuk hati baginda, akan keikhlasan lagi ketulusan niatnya . Namun, entah macam mana, begitu jelas kegagalan komunikasi dua hala terhadap kaum seruannya


Tanpa perlu bertahan lama, baginda dirundung kecewa dan hanyut dalam konflik peperangan minda . Jiwa bercelaru sehingga dikhuatirkan pelbagai serapah mantera mugkin terhambur

Lalu, dibawakan dirinya mencari Tuhan . Mencari ruang lubuk ketenangan . Melarikan diri mungkin buat masa sebentar cuma . Lemah, membiarkan Tuhan menjalankan bantuan, sementara hati dibaikpulihkan

Cerita syukur tak tergambarkan . Di sana, Allah Maha Bijaksana dan Maha Kasih akan HambaNya

Tidak dibiarkan-Nya baginda dalam kemurungan tak bertepi . Diberikan rahmat-Nya, biar ternampakkan harapan . Agar jalan yang dah dimulai diteruskan penuh wibawa, dan terus berkeyakinan

Perlarian baginda dijemput pulang dengan semacam ragam . Yang dirancangnya, tidak diluluskan Tuhan . Malah, Tuhan ada jawapan-Nya tersendiri untuk segala kekusutan


Di bagan, baginda terus melompat memilih bantera untuk menghilang diri . Biarlah diri dibawa pergi secepat yang boleh . Agar lebih cepat hati dibaiki

Namun, di pertengahan musafir . Ketika bersama nakhoda bahtera, baginda terpaksa dikorbankan dengan penuh ketidak-sanggupan . Dek menyelamatkan barisan kelasi dan sekompeni bahtera

Baginda diterjunkan ke dasar laut, bagi mengizinkan gelora kembali tenang . Lipatan-lipatan ganas kembali akur pada riak ceria, sebaik setelah baginda diturunkan

Paus bernama Nun, cergas berlari mendapatkan misinya . Mengaut susuk tubuh baginda ke dalam lorong mulutnya . Lalu, menyimpan baginda dalam alur perut buat seketika

Dalam kegelapan berganda . Dalam pekat langit malam, jauh di dasar lautan gelita dan teraba-raba dalam kembang-kempis kantung sempit

Allah pesankan ilham . Allah kirimkan masa bertenang . Waktu untuk meneliti setiap langkah kehidupan . Mana denai yang telah dilalui, lalu, digambarkan dalam minda untuk dikenal pasti

Hinggakan akhirnya, dapatlah dirasakan ketanggungjawaban dan kekuatan dalaman semula

Mendapat roh yang baru diulit keinsafan dek kezaliman diri yang begitu lemah daya cerap . Menerima rahmat keampunan dalam senyap dan gelap

Tiba masanya, sudah tiba masanya . Maka, Nun pun memuntahkan baginda terdampar di tanah yang gersang

Lemahnya jiwa, rapuhnya kekuatan . Namun, bukan sekecil itu besarnya semangat yang baru


Tuhan Maha Kasih . Dikirimkan berita gembira dengan utusannya buahan labu . Membesar dengan cepat dan memagiskan kelemahan baginda ketika itu

Buat rasa teduh . Buat pengalas perut . Itulah temannya baginda, ketika memulihkan tenaga menanti untuk melompat cergas

Berbekalkan rahmat Tuhan, baginda menerima kekuatan dan terus bangkit untuk kembali beraksi

Beraksi dalam medan dan gelanggang yang dahulunya sudah dimulai . Memperlihatkan magis dalam diri, mengaum semangat motivasi dengan bait-bait inkantasi!

Sehinggalah aman makmur kembali segala misi yang diniatkan tulus dan ikhlasnya tadi . Dan berjayalah sejarah diukir, demi teladan umat zaman bergenerasi

Alhamdulillah


. . .

Langkah #1; locatekan semula kekuatan diri . Aku dah hampir ke situ! Bimasyi'atillah

at 11:44 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Dalam surah Yusuf . . . boleh sangat-sangat belajar kekuatan minda dan diri

Apatah lagi kalau nak dalami betapa konfliknya diri

Juga macam-macam

. . .

Dan, aku sendiri terdorong daripadanya . . . sehingga aku membaca lebih daripada yang luarbiasa

Walaupun, akhirnya, aku tak termuncul pun di dunia kau

. . .

Aku selesa . Segembiranya!

at 1:52 AM
Categories: Labels:

0 comments  

 
>