Sunday, April 17, 2011


Berlari dan terus berlari

Kadang-kadang hati tertanya, "awak berlari mengejar sesuatu atau meninggalkan sesuatu?"


. . . 

Aku boleh pilih untuk menjadi reaktif . Berhenti sejenak . Tundukkan sebentar ke paras rendah, dan kembali menghirup udara berat-berat

Biarkan waktu berlalu . Fikirkan itu ini, yang baiknya juga-juga untuk aku juga

Aku apatah lagi, boleh pilih jadi proaktif . Susunan nafas dibiarkan agressif . Langkah dilepaskan dan lebih awla, lebih dari mengutamakan berhenti dan berfikir . Tanpa teragak-agak, teruskan berlari!

Kerana itu juga baik untuk aku, kerana aku sedang berlari!

Kedua-duanya baik untuk aku .  Di mana aku berdiri, di situ adalah aku . Dan, kenapa aku perlu nafikan diri aku?

. . .

Aku dah sangat-sangat berkhayal apabila berlari

Adrenalin kencang, dan azam juga semakin kencang . Kekuatan yang mungkin terakhir untuk aku sandarkan

Ya! Aku mampu untuk terus berlari! Aku tak laju, tapi, aku tahu aku mampu berlari

Kerana berlari-lari jarak jauh, mengajar aku lebih dari apa yang aku tahu

Ia cerita stamina dan jangka masa . Ia cerita kekuatan minda . Ia cerita masa peribadi . Ia cerita sebuah perjalanan, bukannya destinasi

Ia memaksa 'no turning back' . Ia memaksa terus ke hadapan

Dan, masa hadapan itu bukanlah kemusnahan apatah lagi kelembapan, tapi rupanya kejayaan . Ketika sikit-sikit langkah menjauhi tapak mula

Malah, lebih mengingatkan pencapaian yang sudah ditempa, dengan semput-semput nafas yang mengundang hilangnya yakin

. . .

Apa yang aku tahu?

Ketika aku berlari, mungkin aku melihat ramai yang berjaya lebih laju

Juga . Aku mungkin melihat betapa indahnya kiri dan kananku yang tidak berlari . Mereka enak menghayati hidup, bukan dalam perlarian

Aku tahu yang ini adalah larian aku . Aku yang pilih . . . maka, itu adalah nikmat aku . Hidup aku

Siapa pula yang wajibkan hidup perlu sebegini? Tiada siapa . Tapi, hidup adalah pada kekuatan individu, yang memanfaatkan hidup!

Dengan gayaku tersendiri, akan aku akhirkan cerita hidupku nanti!

. . .

Entah apa nak jadi di hadapan, entah

Yang aku tahu, aku wajib terus berlari! Walaupun makin hari, makin aku tersisih gila





Hidup adalah sebuah perjalanan, bukan hanya destinasi . Yeah!

at 6:16 AM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>