Wednesday, April 13, 2011


Kelantan adalah sebuah negeri yang menakjubkan!

Ops, maaf . Secara spesifik, bandarnya Kota Bharu . Juga, di Kampung Pulau Melaka . Juga, di Machang

Tiba-tiba, teringatkan masa berjalan-jalan sorang-sorang ke sana . . . masa tahun 2009

. . .

SIRI 1

Ibu cadang; "Apa kata Alang pergi ke tempat Nik Aziz?" . Wow! Menarik . Get set and go!

Beli tiket di Medan Gopeng dan terus ready untuk bertolak esoknya . Bersemangat sebab tak pernah ke Kelantan lagi

Sampai di Stesen Bas KB dalam pukul 2 pagi lebih kurang, selepas perjalanan yang dah lupa berapa lama dari Ipoh . Sempat minum sup dalam perjalanan

Turun bas dan mula sedikit hilang punca . Tak tahu di mana dan nak ke mana, pagi-pagi buta

Jadi, mula bertindak kreatif dengan mengaplikasi hasil pembelajaran geografi masa sekolah dulu-dulu .

Menurut geografi, setiap bandar ada masjid utama . Dan, kedudukannya biasanya berdekatan hospital, pejabat kerajaan dan juga pejabat polis

Seharusnya, ia tersusun secara berpusat dengan radius yang tidak terlalu besar

Maka, pencarian pun bermula . Dari stesen bas KB, aku berjalan arah menuju ke jalan-jalan yang di'iya'kan sedap-sedap rasa

Ketika itu, aku memilih untuk meninggalkan rasa takut di stesen bas . Dan, mula memupuk motivasi untuk berusaha mencari masjid dan tidur sebentar sehingga Subuh menjelma

Jalan punya jalan, ada jugak nampak hospital, bank, pejabat kerajaan dan lain-lain . Tapi, tak nampak pulak masjid

Rasa agak-agak penat tu, kira buat-buat tak tahu je lah . Pagi-pagi buta, nak buat macam mana?

Hurm, jalan lagi, jalan saja . Sepatutnya, dah boleh nampak dah masjid ni, tapi, tak jumpa-jumpa jugak

Haha . Gila! Kalau masuk half-marathon, dah boleh selesai 20km dah . Pergh! Punyalah lama berjalan cari masjid dalam gelap-gelap jalan yang lampu jalannya dijimatkan

Sedar-sedar sahaja, sudah sampai di Stadium (merujuk tiang lampu besar berempat itu, dan bentuknya), setelah lama berpusing-pusing takda arah

Dengan penuh optimis, yang Kelantan adalah negeri islamik, aku menjangkakan akan ada surau-surau awam di sana-sini (itupun setelah kecewa dengan teori subjek geografi)

Alhamdulillah, berjumpa dengan surau stadium . Yang baru saja diniatkan nak melabuhkan badan, tapi, lain pula jadinya

Nyamuk dia...fuhh! Lalu, dengan spontan aku terus berangkat keluar

Berita gembira! Yang berdekatan surau stadium, aku berjumpa Surau Pejabat Polis yang berwarna biru, dengan lampu-lampu yang terhad

Dengan muka sembab dan keletihan, aku pun bergerak ke sana dengan pantas . Alhamdulillah, tiada pengawal yang menjaganya, hanya, seekor anjing yang tak mengacau sahaja

Tapi, sebenarnya, pengawal dia tidur~

Dan, aku baringkan sebentar badan, untuk berehat-rehat, menghabiskan minit-minit akhir mendekati Subuh . Golek-golek badan, bungkus dengan kain pelikat, tapi tak lah seteruk di surau stadium nyamuk dia

Setibanya azan, aku cepat-cepat membersihkan diri dan beriktikaf dalam surau, yang ada aircond!

Hehe, dalam hati dari tadi ; "InshaAllah, niat baik, Allah tolong buka jalan punya, walau susah macam-mana pun"

. . .

Bersambung

at 6:48 AM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>