Wednesday, April 6, 2011



Langkah #1; locatekan semula kekuatan diri

Dan, selagi belum tiba ke situ . . . selagi itu aku mulakan dengan langkah-langkah baru . Langkah-langkah yang pertama seperti dulu

1) Bermula, aku muzikkan ke dalam hati, setiap keindahan motivasi yang dipetik dari Kalam Suci . Yang dari Tuhan, dan dari Nabi

2) Seterusnya menikmati arus sekeliling sambil aku berdiri sendiri di tengah-tengah, berhenti . Melihat kepelbagaian alam yang mungkin dah aku terlepaskan

3) Lalu, aku teruskan jalan cerita . Tanpa, merangka apa-apa cerita baru, yang melebar atau terkedepan

Sehinggalah aku mencapai suatu jarak, yang memampukan aku berlari kembali . Bertapak-tapak dan terus terbang tinggi

Kerana, masa sudah menjadi lampau beku buat aku

Yang ada hanya nafas-nafas yang aku nikmatkan . . . dan pupukkan

Bekalan untuk suatu masa yang tiada garis-garisnya lagi . Biar, selamanya aku hangat bernafas, dalam kebekuan yang dah aku tak pedulikan

at 1:25 PM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>