(Dengan nafas sebegitu perlahan-lahan, barulah kau boleh mengikuti makna di sebalik ini)
.
.
.
.
Sekejap!
Berhenti sekejap
Cuba berhenti sekejap . Berhenti dari kepantasan arus yang kau sedang pandu ini
Berhenti, dari mendakwa tingginya kata dan jiwa . Jiwa raga
Dari berkata-kata, yang mendahului mata . Dari berkata-kata, tentang padat dan hebatnya idea . Sejuta idea, yang datang dari otak bemutiara
Berhenti sebentar, di waktu hati mendenguskan curahan kata-kata
.
.
.
Lengahkan seketika . Regangkan jasad, dan lenturkan degupan di dada . Pesankan kepada ia untuk berhenti sejenak sahaja
Berdiri seperti biasa kau berdiri . Di hari-hari yang biasa kau berdiri
Biarkan alam lalu-lalang di sekeliling, bergerak laju . Tanpa menghiraukan diri kau yang sedang berhenti
Tegakkan diri dengan nafas yang mendalam, dengan hirupan seindah semanis haruman bunga
Rasakan setiap nafas penuh menyegarkan ke setiap rongga yang dilalui . Hingga kau dapat rasakan yang ia sedang membentuk kebesaran paru-paru
.
.
.
. . .
Kini, kau sedang berhenti . Ketika kau sedang berdiri melihat alam keliling laju berlari
Kecilkan mata kau, hingga kau mampu membayangkan susuk manusia seperti kau juga . Yang ternampak di hujung-hujung alam, yang sedang kau berdiri di tengahnya
.
.
.
.
Kau sebenarnya menyedari, bahawa ia sedang berkata-kata sendiri . Berkata-kata dengan dirinya sendiri . Seorang diri
Ayuh! Cepat-cepat kau bertindak
Pesankan kepada telinga, agar meneliti setiap baris kata-kata yang diperkatakannya . Apa yang diluahkannya . Apa yang dipersembahkannya
Telitikan setiap kalimah dan setiap tutur bicaranya . Satu persatu kau perhatikan naik turun bibirnya . Satu persatu kau ikuti bicaranya
.
. . .
Dapatkah kau mendengar isi hatinya? Jika, kau belum mampu mendengarkannya, cubalah sekali lagi
Cubalah lagi
Masih terlalu awal untuk kau mengalah dari memfokuskan minat kau kepadanya . Apa yang kau samar-samar dengar daripadanya itu, sangat menarik minat kau
.
.
.
Dapatkah kau mendengar isi-isi jiwanya itu?
Teruskan menambah minat untuk kau perhatikan apa yang diperkatakannya
. . .
Baik!
Cukuplah masa kau berhenti . Bolehlah kau mendegupkan kembali jantung dengan pantas . Samakan degupannya dengan lajunya alam di sekeliling
Sertailah semula gerombolan yang deras, yang kau berada di tengah-tengahnya tadi
Teruskanlah . Berkata-kata meletakkan tingginya jiwa dan raga . Mempersembahkan kotak mutiara kau, yang namanya otak
Yang kau tahu betapa tingginya nilai setiap idea, yang kau telah hasilkan daripadanya
. . .
Jika ada lagi masa, kau lawatilah tempat ini semula . Berhenti sejenak semula
Dan, carilah di mana-mana lagi, jika ada lagi yang terselit-selit . Susuk-susuk tubuh manusia yang boleh kau dengari rasa hatinya
Pasti ada!
Bahkan mungkin dua, tiga atau empat . Atau lima . Susuk tubuh manusia yang sedang sendirian berkata-kata
Yang mengadu tersisih, dek kelajuan arus . Yang mengaduh terjatuh, dek tiada kepercayaan ampuh
Yang merempat tertinggal gerabak, dek ketajaman kehendak arus . Arus seperti yang dipandu oleh pemandu seperti kau itu
.
. .
...
..
Yang kau tahu, bahawa ia sedang berkata-kata dengan kau
Kata-kata senyap, penuh alunan pengharapan, agar kau mendengarinya
.
Agar kau mendengarinya, ketika mana kau kembali berlari laju dalam arus, yang tanpa disedari telah melupakan dirinya terus
Dirinya
Yang juga punyai hak idea . Dan hak untuk memandu arus . Untuk memperdagangkan kepelbagaian dalam perairan pemikiran yang sebegitu lebar sempadannya
.
.
.
Maka, jika kau ada masa, rajin-rajinkanlah untuk berhenti sejenak
Kerana sekalipun arus lalu-lalang di sekeliling kau, begitu meluru laju, kau sendiri tahu bahawa ada yang sedang hanya berlenggang duduk-duduk di situ
Kau tahu itu . Dan, kerana itu kau masih tahu jalan untuk ke sini semula
.
. . .
Begitulah
Manakala aku . Aku tiada alamat untuk aku hantarkan jemputan kepada kau . Untuk kau berhenti ke sini, menjenguk
Aku . Hanya menunggu hari-hari untuk kau berhenti sejenak . Dan, memerhatikan di mana aku, dan juga mereka yang seperti aku
Menunggukan waktu
Yang sehingga itu, kami akan terus menunggu
2 comments:
kilometres of art.
cuma, selepas 'Begitulah'~~huu, kurang pasti yang tersurat\tersirat.
Post a Comment