Wednesday, April 20, 2011
Dunia . Yang kita semua binakan . Setiap dari kita
. . .
Sebenarnya, dah sangat ramai manusia di dunia ini . Yang mengimpikan sesuatu yang mustahil dan tiada . Kelihatan janggal, dan memelikkan . Macam mustahil, sangat mustahil!
Tapi . . . . .akhirnya mereka dah pun berjaya!
Seawal saat pertamanya meluahkan cita-cita, semula itulah cemuhan dan sisihan mula tercipta . "Sangat pelik"
Lemah, tapi yang terus menjadi kekuatan, adalah rasa yang kuat dalam diri . Bahawa, ia ada hak juga untuk berdiri . Di dunia ini
Mungkin hanya mereka saja yang tahu akan besarnya nilai potensi . Betapa ia mampu menjana prestasi . Menyumbang kepada komuniti . Memasarkan produk yang tersendiri
Tiada siapa yang berminat dengan sakit jerih ketika berlari . Yang, dipedulikan hanya "dapat tempat berapa? apa dapat ya?" . Apatah lagi nak dipedulikan impian menamatkan larian mustahil
Sikit, sikit . . . sikit lagi . . ."cukuplah, berpijak saja di bumi realiti" . TIDAK!
Tidak pun mereka berhenti setiap kali berpeluang untuk tarik diri
Kerana, hanya setelah mereka tiba di destinasi, ketika itulah segalanya sudah dibuktikan
Barulah ketika itu datangnya syair sokongan dari entah dari mana . Dan, kalau nak diharapkan sorakan sedunia, ketika itulah . Kalau nak sangat
Sorakan tahniah . (Sekelumit tahniah, berbanding apa entah yang diterima dahulu) . Tapi, tetap sebuah tahniah, di hujungnya nanti
Di hujung . Yang ketika itu, mereka hanya mampu tertawa melihat ke belakang . Ke belakang melihat nafas-nafas yang tercungap . Dan, ketawa lagi
Cukup! Terus menoleh ke depan, dan berpegang kepada kekuatan yang sama . Harga setiap usaha itu bukan pada sorakan . Tapi, pada meneruskan perjalanan
Kerana itulah harga yang menjadi teman sepanjang jatuh bangun mereka
Dan, itulah mereka . Yang yakin dengan sesuatu yang ada pada mereka
Dan yakin! Bahawasanya, jika bukan mereka yang menghargai impian mereka, maka, siapa lagi?
Tahniah! Dan, aku cukup berbangga dengan mereka-mereka itu . Kesemua-semua-semuanya! Yang menjadikan aku terus kuat, ingin seperti mereka
. . .
Itu cerita orang lain
Cerita aku pula, macam mana?
Dan, tiada hari lahir, sehingga aku sampai ke situ!
at
6:09 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
couldnt agree more
Post a Comment