Wednesday, March 30, 2011


Kita ; selagi mana kita bersemangat, hanya kita sahaja yang tahu ertinya semangat

Terpulang kepada sejuta akal untuk terjemahkan rasa sebegitu, sampailah mati akal untuk menamakan erti . Sampai bersetuju mengakui maknanya yang maknawi


Dan, setelah kita terhilangkan saat-saat itu, yang membuatkan lemah dan terjatuh . . . yakinkan lalu tunggukan datangnya pula sekali lagi langkah-langkah yang baru

Ada yang namakannya azam . Ada yang katakannya kekuatan . Lagi kesungguhan, determination, fokus, dorongan dan lain-lain . . . sampailah akal sudah kering bahasa menterjemahkannya

Mendapat roh yang itu . Aku tahu, semua orang akan mengalami sebegitu . Berasa sepenuh nafas di dada . Terasa membesar dan menapak kukuh

Ikatan otot dirasakan ketat bertenaga . Seperti benar-benar bersedia menerkam dunia luar biasa di hadapan sana

Dan, itu adalah biasa . Kurniaan Allah untuk memandu dinamik dan aggresifnya manusia . Memberi lebih jalan-jalan kepada hamba-Nya

Lalu, dalam emosi kepelbagaian campuran, yang penuh energi merangsang keinginan . Maka, usah dilepaskan begitu sahaja lonjakan itu

Lebih dari perlu, mainkanlah kembali muzik bertenaga dengan alunan gelombang yang penuh pengharapan

Sehingga dunia di hadapan yang menakutkan, kelihatan berwarna-warni, sekilas seperti cerminan diversiti umatnya

Sehingga kelihatan jelas segala peluang untuk dikecapi, dan setiap halangan untuk ditempuhi mesra . Sehingga ia kembali digaul-mesra

. . .

Setelah hampir ke situ, aku segar berdiri di sini

Membaiki dan terus yakin membaiki . Selagi aku masih di sini, selagi itu hidup sedang diisi . Biar penuh melimpah, kerana ia teralir kemas, tidak bersepah

Dan sesungguhnya, aku tidak akan terus mampu mendaki setinggi langit, tanpa lebih dari berkali-kali tergelincir di kaki langit

Lumrah itu aku resapkan dalam diri, dan aku magiskan dengan inkantasi !

at 10:02 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Monday, March 28, 2011


Ingat lagi iklan Petronas "why I do like my home" ?

Ya! Iklan hampir-hampir kabur hitam putih . . . berwarna sedikit kurang colour . Dengan watak utama seorang budak bijak berbahasa Inggeris berbangsa kulit sawo matang

Maka, masih dengan nada dan perasaan yang sama dengan yang itu . Jom! Resapi daya sekeliling dengan melodi serta kalimah seperti lagu ini

. . .

Home - Cat Stevens

Home on a kite we fly,
Home on a breeze we blow
Eyeing the folks below and
Watching everybody run,
Each one heading for a different place
Watching everybody hide,
Each behind a different face

Home where the days are long
Back where the people are free,
Home where all sides agree and,
Everybody has a friend, oh
And no one ever has to grab
Everybody shares the love,
Giving everything they have.

Forever forever your lamp will burn
Forever home forever would that you'd learn
That you came with nothing
So with nothing you'll return

You know you're not alone
It's only 'cause you're not a home
That you feel so out of place.
Forever forever your lamp will burn
Forever home forever would that you'd learn

That you came with nothing
So with nothing you'll return

Home where all the mums can sing,
Back where the children don't cry,
Home where you never ask why and
Everybody has enough, and y'don't have to put on clothes
Nobody has to hide 'case everyone already knows.

at 7:39 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Friday, March 25, 2011


Untuk hati-hati yang sentiasa inginkan kesejahteraan!

Ini satu pakej satu cadangan . Promosi bila kau sudah rasa sangat kering di hati

Kerana, aku tahu . Untuk kau terus terjun ke jalan sufi sangat menjengkelkan . Untuk itu, kenapa tidak mencuba sebegini

Tahniah warga kerja! www.tvalhijrah.com


at 6:33 AM
Categories:

0 comments  

Wednesday, March 23, 2011


Alhamdulillah

Cuti aku berjaya diakhirkan . Dan, boleh lah bermula kembali langkah-langkah pertama, sekali lagi

. . .


Ya! Memang aku kehilangan fokus . Bukan sekali, bukan dua . Malah, nyata yang terhingga, sampai boleh dikatakan sangat-sangat terleka

Mungkin aku punyai semangat . Juga punyai kudrat . Namun, semestinya aku seharusnya sedar 'game' yang sedang aku sasarkan

Harus aku akur kembali . Melepaskan segalanya kembali . Berkata-kata secara lisan disaksikan hati . Untuk melepaskannya pergi

Sehingga secapai mataku di depan, aku sedang merasakan energi dalam badan . Padaku, inilah suatu pembetulan . Hikmah misi bergaya hemah

Ke hadapan, akan kembali aku pertaruhkan jatuh bangun hidup aku . Untuk membaiki ketelanjuran aku dek lambungan impian dan cita-cita . Yang telah mendamparkan aku begitu longlai dan tak bermaya

Secara lebih positif, aku akui lumrah penyesalan . Bahawa setelah Yunus A.S dilontar kembali Nun . Tiada daya mahupun maya . Namun, penuh percaya sentiasa ada rahmat-Nya di mana-mana

Dan, sentiasa berita gembira yang mendorong setiap jalan cerita . Bila tukang cerita cergas menggapai-gapai redha-Nya . Dia Yang Mengetahui

. . .

Terima Kasih kepada jelata sekalian . Pada yang menjadi bidak-bidak dalam perjalanan permainan . Yang aku dah lewati tanpa aku sedari peranannya

Terima Kasih kepada yang kembali membina . Membangunkan kekuatan aku semula

Terima Kasih, kerana beri peluang kedua, tiga dan seterusnya!

. . .

Sudah lagu cheritera apakah aku ini? Gila apa mahu humbankan segalanya?

Haruskan aku kuburkan segala harta kemewahan aku . Sehingga tak tergunakan, usang dan ranap? Sehingga lesap dek kusamnya warisan?

Tidak! Kerana ia hanya sekadar didiamkan . Dengan ada berjela suratan wasiat dan keinginan . Beserta dalamnya jaminan harapan

Yang suatu hari nanti, sekalipun jalan ceritanya sudah bernada asing . . . putarannya tetap seimbang seputar gasing

Mungkin ? Siapa tahu? Atau memang lebih pasti lebih laju . . . jika yang dikendong itu tidak berciciran

at 9:44 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Tuesday, March 22, 2011


Tak sangka terjumpa satu tempelan satu orang kawan . Kawan muda yang berjiwa hebat!

Beliau . Yang sedikit mengacu pendedahan pasal 'orang gila' . Terima kasih untuk beliau

. . .

Aku sangat suka orang gila . (walaupun tak pernah berjumpa dengan kegilaan bergelombang lampau-beta)

Semulanya aku mengkagumi dan meneliti tabiat mereka, seingat aku, sewaktu membantu ibu dalam kursusnya

Awalnya, aku hanya membaca dan teruja . Dan seterusnya, aku mula mengulang-ulang menonton filem Buli . Hinggakan, aku terasa perubahan dalam diri aku, ketika aku memandang orang lain

Terasakan seperti aku mudah memandang sisi cemerlang dalam setiap manusia . Dan, memandang kemunduran syahsiah setiap manusia itu, adalah hasil kekaburan sisi cemerlang itu

Ya! Orang gila bukan sahaja yang gila terbakar otak . Tapi, juga mungkin seorang seperti anda yang bertali leher, seluar straight-cut

Aku teruskan meneliti dan akhirnya, jatuh cinta dengan orang gila . Golongan yang teruji mentalnya, dan mengalami pertembungan dalam diri yang begitu hebat . Yang tak semua orang dapat rasakan

Kalimah 'Orang Gila' yang dilihat menakutkan dan mengejikan, bagi aku, adalah kalimah istimewa . Suatu klasifikasi khusus bagi golongan yang sebenarnya menunggu masa sahaja . Menanti waktu, untuk menggegar dunia!

Terhadap mereka . Hanya perlukan sedikit bantuan dan kepercayaan, untuk mengangkat masalah serta melorongkan hala kepada mereka

Juga sekelumit keterbukaan untuk membiarkan mereka mencorak dunia dengan tangan mereka . Biarkan mereka beraksi, setelah diperkemaskan fitrah jatidiri

Dan, yang aku rasa penting, tidak perlulah malu untuk mengakui yang ramainya daripada manusia itu, mengalami permasalahan mental . Dalam kata lain, ada gilanya!

Memang ternyata wujud sedikit-sedikit . Namun, dek kerana dibina persepsi bahawa kemunduran mental itu adalah menghinakan, maka, dipendamkan dan dibiarkan melarat

Hidup kurang cemerlang, bila masing-masing menyembunyikan 'gila-nya' dalam diri

Apa salahnya kalau gila? Jika yang gila itu, boleh-boleh sahaja dilenturkan ke arah muara lautan cemerlang

. . .

Aku sendiri gila!

Dan aku yakin, hanya orang gila sahaja yang memahami orang gila . Apatah lagi, berani bercinta dengan orang-orang gila!

Yeah!

Dan, kalau pening-pening dengan kalimah gila dan keunikannya . . . maka, carilah dan usahakanlah menemukannya!

Sehinggalah, aku dan kau mampu seiringan memanfaatkan keunikannya

at 6:11 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Monday, March 21, 2011



Jujurnya, aku adalah antara orang yang tanpa segan silu memberi perhatian jujur kepada Astora Jabat . Ketika dahulu, ketika sekarang

Pada kejadian katastrofi dunia . Pada kejadian rentetan bencana . Pada kemusnahan alam luar biasa . Luar Kuasa!

Namun! Perhatian itu sangat berdisiplin dan penuh dengan tatasusila . Sesekali, aku tak akan berani beraqidah songsang

. . .

Aku masih ingat ketika aku memimikkan rasa mual, apabila datangnya tsunami 2004 . Mual dengan jelata

Langgar saja Acheh, terus meniti di bibir jelata "itulah balasan kaum berdosa!" , "Itulah hukuman Tuhan bila Dia murka!"

Aku ada iman, inshaAllah . Bahawa memang segalanya adalah dari Allah . Ketuanan mutlak semayapada di kekuasaanNya . Itu aku iman sangat

Cuma, aku kurang gemar bila agama dijadikan candu untuk buta pemikiran . Terus menutup ruang peneladanan . Terus hanya keinsafan . . . terus insaf , tapi bukan untuk lebih dari sedua bulan

Ya, memang! Benar, yang segalanya keajaiban Tuhan yang tidak mustahil

Namun, pesan aku kepada aku . Cuba-cubakanlah, gerakkan hati diri perasaan lagi pemikiran . Untuk memandang perjalanan lebih dedikasi selepas ini

Barulah, agama itu tidak mencandu, bahkan, memandu laju!

. . .

Seperti kepelbagaian fenomena luarkuasa-luarbiasa yang jadi-menjadi . Bukanlah aku, jika aku terus menonton buta tanpa melihat punca dan usaha di pihak aku

Spiritual; itu sudah aku katakan tentang iman aku, sejelas dan serjenihnya, inshAllah

Usaha fizikal?

Ya! Itu maksud aku . Yang aku maknakan dari hasrat aku adalah usaha fizikal . Serata dengan pesan Tuhan dalam firman "Telah nyata katastrofi di darat juga lautan, kesan tangan-tangan manusia!"

Itu maksud aku . Jika lah aku nampak, yang aku lah yang menyumbang kepadanya secara terus, secara fizikal . . . maka, seharusnya ia adalah ramuan lebih berdaya, dengan kekuatan iman . Apabila aku mampu melakukan sesuatu, di pihak aku !

. . .

Aku suka akan tsunami . Sukakan gempa bumi . Sukakan kemarahan matahari !

Kerana itu menegur aku yang rakus menganggu sistem tadbir bumi . Dan sistem segalaksi

Dan setelah mereka naik taring, aku sedar. Lalu, buat aku lebih hidup berdedikasi!

Sehinggalah begitu, biarkanlah mereka berusaha keras memulih-suai-diri . Aku kagumkan, aku tenangkan dan raikan . . . biarpun reaksi mereka itu, sangat mengancam mandiri kaumku sendiri!


at 7:00 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Saturday, March 19, 2011




Satu . Dua . Tiga-Empat-Lima-Sepuluh . Kali . . . berkali-kali

Rasa macam mahu lepaskan kembali dan dah tak larat lagi . Ada satu, yang aku sangat kuat . Berderet berdua-dua, yang aku seksa sangat

Dan, datang tiga-empat-seribu ancaman halangan di depan . Aku lihat aku masih lagi berdiri di situ, ya !

Genggam yakin tercampur riak bimbang . Menggigil memaksa melutut, syukur gagahkan lagi berpaut

Ke langit, dengan seribu kata sayup . . . pesan-pesan minda separa sedar, sayup

Kali . . . berkali-kali

Aku dah hilang lebih dari banyak . Memaksa aku keras meragut yang terlepas . Namun, yang pergi sekali lalu, hukumnya terus pergi berlalu

Reaksi apa mahu dipersembahkan? Alahai . . . oh tidak

Tapi, ya! Bukan lagak jiwa pejuang, bila beria-ria nak disesalkan

Siapa aku? Apa aku tahu hujung mati atau mulanya dunia baru?

Bukan aku yang pegang kertas biru larian hidup . Bukan kerja aku untuk jatuhkan kata putus ! Itu memaksa aku insaf

Yang namanya aku, hanyalah pelari . Berlari dengan niat tersendiri . Biar berpeluh melawan lumpuh, asalkan terus berlari mengejar yang hujung

Maka! Setiap kali . Lagi aku letakkan kembali . Langkah yang pertama sekali

Langkah pertama lagi, untuk setiap kali . Pasakkan semula, sumber gagahnya diri . Seimbas bayangan ke hadapan, dalam senyuman hati

Dan, setiap dari manusia ada mudahnya, walau sedahsyat kelibat ragam payah

Maka! Dari situ aku sekali lagi berlumba!

Seharum semangat dalam jiwa, seharum itu usaha aku bina ! Aku lihat keperwiraan

Seluruh kekuatan, termasuk segala doa . . .tersekali dengan kepercayaan seluruh jelata . Aku hirup itu semua dalam warna jiwa aku

InshaAllah !

at 8:40 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Wednesday, March 16, 2011



Sekadar mencatat . Singgah mencatat, agar satu masa nanti, kembali semula mengingati aliran pemikiran gaya ini

Bukanlah terlalu asing lagi pelik . Cuma, kurang praktikal untuk diperbahas di musim kebanjiran permasalahan aqidah, sekarang

Tapi, kalau nak sangat melayankan pemikiran, aku lebih kemas menyokong pemikiran aku

Namun, rukun kehidupan seharusnya terimbangkan sosial . Jadi, apalah guna pemikiran hebat jika tidak tercapaikan komuniti sekeliling

Maka, aku sekadar mencatat, agar aku kembali suatu hari nanti untuk mengingat

. . .

Adakah masyarakat Malaysia akan semakin bertambah-tambah rajin membaca, apabila Bible diterjemah ke dalam bahasa ibunda?

(apapun, aku belum menggemari ia diluluskan, tapi lebih menjurus ke arah wujudkan pusat kajian bible)

Begini! Aku mahukan dan inginkan manusia itu dihormati akalnya

Manusia perlu dikembangkan akalnya . Manusia perlu dibiarkan akalnya menerawang . Lalu, perlu dialirkan semula dengan baik

Akal sangat memandu dengan cemerlang, jika, pembangunannya sangat cemerlang . Nak pandu dengan cemerlang, seharusnya meraikan kognitif yang cemerlang

Dan, itu semua bukanlah semata-mata melalui penyaduran pemikiran tanpa keterbukaan kritikan

Juga, bukanlah juga bermakna membuka pemikiran sehingga sana-sini langgar kemalangan . Kalau cemerlang kognitif, cemerlang juga alasan untuk kembali ke asal pokok perbincangan

Kenapa perlu halang itu dan ini ?

Atau sebenarnya perlu lebih dilatih modal-modal kekuatan untuk membentuk arus pemikiran yang lebih bertenaga lagi selamat?

. . .

Aku faham, ada kalanya perlu mencegah, lebih awla . Aku faham . Aku faham

Mencegah adalah lebih awla!

Tapi, jangan hentikan usaha pembangunan pemikiran itu . Itu pesan aku kepada aku

Dan, itu yang membina aku

at 6:43 PM
Categories: Labels:

1 comments  

Tuesday, March 15, 2011


Okeh !

Rakyat jelata sekalian . Mari kita berlatih, latihkan minda . Tengok macam mana minda berkerja dan macam mana sangkaan kita

Okeh, apa kata minta bayangkan seekor monyet sedang memanjat pokok kelapa . . .

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sudah? Baik! Keren dan terbaik!
.
.
.
.
.
.
.

Sekarang, tolong jangan bayangkan seekor monyet yang sedang mengayuh basikal!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hahaha!

Ini modal, aku curi masa dengar radio IKIM.fm . Tajuknya, tentang fobia kanak-kanak bila nak kena cabut gigi

Doktor cakap, mak ayah sepatutnya tak convey anak-anak macam "Takpa, sikit je.. tak sakit pun cabut" atau "Sakit sikit je macam kena gigit semut"

Kerana apa?

Kerana macam kau jugalah! Sekalipun aku larang jangan bayangkan monyet mengayuh basikal . . . kau sudah giat memproses perasaan dan kegelian hati melihat monyet tersebut, nun jauh dalam minda!

Tak faham? Opss.. terseronok sendirian. Maaf

at 6:57 PM
Categories: Labels:

1 comments  

Monday, March 14, 2011


Sekadar mencatit . Sebab dalam dunia, sememangnya ilham itu tak kisah dalam rakit mana sedang kita berakit

Dato' Haji Ramli MS


- Kalau kenal Aubrey Suwito dan kagum dengan muziknya, maka, untuk Dato' adalah lagi-lagi tinggi
- Dari beliau aku belajar tentang peri penting menggenggam MELODI lagu, selain menumpukan pembinaan vokal yang kemas
- Baru aku faham, tak semua susunan muzik sesuai dengan pencapaian setiap penyanyi

NLP (Neuro Linguistic Programming)


- Salah satu kaedah untuk kembali melihat ke dalam diri
- Yang aku tahu, tak semua akan faham . . . melainkan kalau dah aku pum-pang-pum-pangkan kepadanya
- Cuma, macam-macam mana pun ia, telah lahir ramai daya baru daripadanya

Doctor In The House


- Tun M punya buku kisah hidup dari pandangan beliau sendiri
- Masih berkira-kira untuk membeli atau tidak . . .
- Cuma, semangatnya sudah tepu disedut, kalau-kalau tak dapat beli

. . .

Kuca Kuca Kuca . . . KUCI!



Boleh kah muzik mendidik kanak-kanak? (10 markah)

Boleh dan sangat-sangat berkesan!______________

at 7:08 PM
Categories: Labels:

1 comments  

Friday, March 11, 2011



Berapa banyakkah anak benih yang mati, sepanjang minda terbazirkan ? 

Mati hilang janakuasa . Mati dek kuasa lama berpuasa . Anak neuron demam atrophy 

.
.
.
.
.

Sedang panca indera tak jemu-jemu mencerap, dalam sendirian . Yang aku pun, tidak mendengar jeritan  kesungguhan keringat

Walhal, dunia terus berlari mencambahkan ideologi . Tangkas dan bagaikan kilat . Menjeling separuh mata, mengerling . Membiarkan setinggan kota ahli fikir

Dan, aku tak pernah tahu hari esok . Dan, modal aku hanya ingatan harapan . Setelah hari ini beruban sejarah

Ayuh!

at 7:02 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Wednesday, March 9, 2011



Patik bersukaria dengan senyuman
Di hujung kiblat

Tertemukan gerbang berceloreng
Gelombang pantas paksakan amaran
'Terowong laluan tak berhaluan'

Jari sesentuh
Mata bergemuruh
Menjiwa hati ampuh

Di hujung kiblat
Patik bersukaria dengan senyuman

Pelangi seusai hujan
Alam berwarna berlapisan
Lukisan khayal terukirkan impian

Dunia hidup tanpa sempadan
Membentang saujana landasan
Bukan lagi celoreng contengan

Di hujung kiblat
Patik bersukaria dengan harapan

at 6:32 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Saturday, March 5, 2011




Oh, the trees grow higher than the mountain
In the land of free love and goodbye
The rivers ever growin' the fish is flowin'
And the love lives in the sky

In the night flies a team of white horses
And they glimmer clean in your eye
The bird of dawn is bringin' the simpleness of singin'
And the song lives in the sky

. . .

Dia macam tak tahu macam mana maksudnya . Tapi, memang membawa khayal . Jauh kita menerawang

"And the love lives in the sky"

la la la la la . . .

at 6:38 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Friday, March 4, 2011



Benarkah manusia itu berasal dari monyet, gibbon, beruk maknyeh?

Hurm!

Kalau yang datangkan idea itu, mampu menghadirkan teori beserta sokongan . Maka, yang mahu datangkan idea lain juga seharusnya begitu

Kita letak tepi dulu benar atau salah . Kita lihat siapa yang lebih dulu kalah bertanding! Mungkin, aku yang mula-mula angkat langkah

Selepas itu, baru kita angkat tangan mohon-mohonkan doa supaya hidayah itu diperkenankan saat itu

Dan begitu, dakwalah mana yang betul sebagai betul !

Sebab, kalau Allah taknak apa-apa kebaikan untuk kita, lebih hina dari babun boleh Dia ciptakan kita

Atau terus pupuskan spesis kita, macam mana spesis Orang Utan dah nak pupus

. . .

Hurm!

Semua manusia itu lalai dalam dunianya . Tapi, sangat-sangat besar ego tak mengaku lalai

Dan, dengan hanya hati yang ikhlas saja . . . boleh mampu membuka mata hati kembali

Yang lalai itulah punca, kita hilang punca . Sampai hujung hidup sudah lain ceritanya

Hidup mungkin beragama . Atau semata-mata hidup mengguna nama agama . Atau budaya yang semata-mata, membantu untuk terus hidup

Atau sebenarnya sudah mati?

.
.
.

Alhamdulillah, berdiri di depan mata, suatu yang kita namakan cahaya . Di atasnya berlapis cahaya . Terang benderang, tapi tak silau!

Dan hidup itu sebenarnya suatu cahaya

Pengembaraan masa dan cahaya!

Untuk hidup lebih sempurna . Terus sempurna . Sampai syurga

at 9:36 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Thursday, March 3, 2011




Artik

Matahari berlari-lari cuba bersembunyi
Dah bukan lagi hasratnya hati
Berpencak panglima menibas angin
Ya! Bukan di sini

Apakan daya
Ke pelusuk dunia tetap tak berjumpa
Belum bersua hujung cerita
Masih lagi ada kesah di tempat sama

Hari masih siang
Apakah sepanjang siang?
Malah sepanjang malam

Takut datang musimnya
Kau berubah jadi kelam
Sepanjang siang sepanjang juga malam

Tiada sudahnya?
Sehinggalah matahari memandang ia bukan sekadar menibas angin

Buat ini
Simpan dulu matahari Artik dalam attic

Sehinggalah matahari memandang ia bukan sekadar menibas angin

at 6:52 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Wednesday, March 2, 2011


Apa yang akan bazirkan masa?


.
.
.
.
.

: Biarkan masa berlalu tanpa ada usaha

~

Untuk melihat diri maju . Untuk melihat keibadahan maju . Untuk melihat hidup ini maju . Untuk nikmati hidup dalam maknanya maknawi

Perlukan usaha!

Dan penelitian ke lubuk hati

Dan laburkan seberapa besar gunung emas selagi boleh dilebur . Kerana tak selamanya hidup untuk libur-libur di sini

at 3:06 AM
Categories: Labels:

0 comments  

 
>