Saturday, March 19, 2011




Satu . Dua . Tiga-Empat-Lima-Sepuluh . Kali . . . berkali-kali

Rasa macam mahu lepaskan kembali dan dah tak larat lagi . Ada satu, yang aku sangat kuat . Berderet berdua-dua, yang aku seksa sangat

Dan, datang tiga-empat-seribu ancaman halangan di depan . Aku lihat aku masih lagi berdiri di situ, ya !

Genggam yakin tercampur riak bimbang . Menggigil memaksa melutut, syukur gagahkan lagi berpaut

Ke langit, dengan seribu kata sayup . . . pesan-pesan minda separa sedar, sayup

Kali . . . berkali-kali

Aku dah hilang lebih dari banyak . Memaksa aku keras meragut yang terlepas . Namun, yang pergi sekali lalu, hukumnya terus pergi berlalu

Reaksi apa mahu dipersembahkan? Alahai . . . oh tidak

Tapi, ya! Bukan lagak jiwa pejuang, bila beria-ria nak disesalkan

Siapa aku? Apa aku tahu hujung mati atau mulanya dunia baru?

Bukan aku yang pegang kertas biru larian hidup . Bukan kerja aku untuk jatuhkan kata putus ! Itu memaksa aku insaf

Yang namanya aku, hanyalah pelari . Berlari dengan niat tersendiri . Biar berpeluh melawan lumpuh, asalkan terus berlari mengejar yang hujung

Maka! Setiap kali . Lagi aku letakkan kembali . Langkah yang pertama sekali

Langkah pertama lagi, untuk setiap kali . Pasakkan semula, sumber gagahnya diri . Seimbas bayangan ke hadapan, dalam senyuman hati

Dan, setiap dari manusia ada mudahnya, walau sedahsyat kelibat ragam payah

Maka! Dari situ aku sekali lagi berlumba!

Seharum semangat dalam jiwa, seharum itu usaha aku bina ! Aku lihat keperwiraan

Seluruh kekuatan, termasuk segala doa . . .tersekali dengan kepercayaan seluruh jelata . Aku hirup itu semua dalam warna jiwa aku

InshaAllah !

at 8:40 PM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>