Alhamdulillah
Cuti aku berjaya diakhirkan . Dan, boleh lah bermula kembali langkah-langkah pertama, sekali lagi
. . .
Ya! Memang aku kehilangan fokus . Bukan sekali, bukan dua . Malah, nyata yang terhingga, sampai boleh dikatakan sangat-sangat terleka
Mungkin aku punyai semangat . Juga punyai kudrat . Namun, semestinya aku seharusnya sedar 'game' yang sedang aku sasarkan
Harus aku akur kembali . Melepaskan segalanya kembali . Berkata-kata secara lisan disaksikan hati . Untuk melepaskannya pergi
Sehingga secapai mataku di depan, aku sedang merasakan energi dalam badan . Padaku, inilah suatu pembetulan . Hikmah misi bergaya hemah
Ke hadapan, akan kembali aku pertaruhkan jatuh bangun hidup aku . Untuk membaiki ketelanjuran aku dek lambungan impian dan cita-cita . Yang telah mendamparkan aku begitu longlai dan tak bermaya
Secara lebih positif, aku akui lumrah penyesalan . Bahawa setelah Yunus A.S dilontar kembali Nun . Tiada daya mahupun maya . Namun, penuh percaya sentiasa ada rahmat-Nya di mana-mana
Dan, sentiasa berita gembira yang mendorong setiap jalan cerita . Bila tukang cerita cergas menggapai-gapai redha-Nya . Dia Yang Mengetahui
. . .
Terima Kasih kepada jelata sekalian . Pada yang menjadi bidak-bidak dalam perjalanan permainan . Yang aku dah lewati tanpa aku sedari peranannya
Terima Kasih kepada yang kembali membina . Membangunkan kekuatan aku semula
Terima Kasih, kerana beri peluang kedua, tiga dan seterusnya!
. . .
Sudah lagu cheritera apakah aku ini? Gila apa mahu humbankan segalanya?
Haruskan aku kuburkan segala harta kemewahan aku . Sehingga tak tergunakan, usang dan ranap? Sehingga lesap dek kusamnya warisan?
Tidak! Kerana ia hanya sekadar didiamkan . Dengan ada berjela suratan wasiat dan keinginan . Beserta dalamnya jaminan harapan
Yang suatu hari nanti, sekalipun jalan ceritanya sudah bernada asing . . . putarannya tetap seimbang seputar gasing
Mungkin ? Siapa tahu? Atau memang lebih pasti lebih laju . . . jika yang dikendong itu tidak berciciran
0 comments:
Post a Comment