Wednesday, March 30, 2011


Kita ; selagi mana kita bersemangat, hanya kita sahaja yang tahu ertinya semangat

Terpulang kepada sejuta akal untuk terjemahkan rasa sebegitu, sampailah mati akal untuk menamakan erti . Sampai bersetuju mengakui maknanya yang maknawi


Dan, setelah kita terhilangkan saat-saat itu, yang membuatkan lemah dan terjatuh . . . yakinkan lalu tunggukan datangnya pula sekali lagi langkah-langkah yang baru

Ada yang namakannya azam . Ada yang katakannya kekuatan . Lagi kesungguhan, determination, fokus, dorongan dan lain-lain . . . sampailah akal sudah kering bahasa menterjemahkannya

Mendapat roh yang itu . Aku tahu, semua orang akan mengalami sebegitu . Berasa sepenuh nafas di dada . Terasa membesar dan menapak kukuh

Ikatan otot dirasakan ketat bertenaga . Seperti benar-benar bersedia menerkam dunia luar biasa di hadapan sana

Dan, itu adalah biasa . Kurniaan Allah untuk memandu dinamik dan aggresifnya manusia . Memberi lebih jalan-jalan kepada hamba-Nya

Lalu, dalam emosi kepelbagaian campuran, yang penuh energi merangsang keinginan . Maka, usah dilepaskan begitu sahaja lonjakan itu

Lebih dari perlu, mainkanlah kembali muzik bertenaga dengan alunan gelombang yang penuh pengharapan

Sehingga dunia di hadapan yang menakutkan, kelihatan berwarna-warni, sekilas seperti cerminan diversiti umatnya

Sehingga kelihatan jelas segala peluang untuk dikecapi, dan setiap halangan untuk ditempuhi mesra . Sehingga ia kembali digaul-mesra

. . .

Setelah hampir ke situ, aku segar berdiri di sini

Membaiki dan terus yakin membaiki . Selagi aku masih di sini, selagi itu hidup sedang diisi . Biar penuh melimpah, kerana ia teralir kemas, tidak bersepah

Dan sesungguhnya, aku tidak akan terus mampu mendaki setinggi langit, tanpa lebih dari berkali-kali tergelincir di kaki langit

Lumrah itu aku resapkan dalam diri, dan aku magiskan dengan inkantasi !

at 10:02 AM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>