http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com
Doa Doa Doa
Monday, January 31, 2011
at
3:30 AM
Categories:
0
comments
Saturday, January 29, 2011
Tonton VC dan The Making nya di www.tonton.com.my . Channel KRU TV
Bagus dan berprestij . Ini bukan soal duit berbajet besar atau apa . Ini soal kreativiti dan kesungguhan
Karangan lagu dan komposisi video yang bermaksud mendalam . Cinta mendalam diperjuangkan sehingga selamanya, bahkan hingga sedetik lebih selepas selamanya
. . .
Tiada kaitan . Tapi, masih satu penghayatan
Ni nanti . Bila pula giliran kita sendiri untuk bersungguh pada diri?
Sesungguhnya, kita takkan dapat merasai, walau sedetik lebih selepas selamanya . Semenjak Tuhan menciptakan dunia hanya berusia dunia . Dan selamanya kita di akhirat sana
Semoga terus berstamina dan bersungguh untuk ke sana
at
6:17 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Wednesday, January 26, 2011
Okeh!
Dah sampai Malaysia dah . Jadi, apa langkah seterusnya ?
. . .
Bila kita memanggil sejuta mata ke arah kita, ketika itu setiap denyut jadi bersejarah
Atau, kita sebenarnya tak pernah pun menjaja nama
Tapi, apa pun . . . masa terus berjalan macam biasa
at
7:04 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
1 comments
Tuesday, January 25, 2011
Sebab lepas ini, memang aku akan terus terbiasa guna bahasa optimis sahaja
Entah . Tapi
Tahniah kepada muslimin Mekah, yang berbahasa optimis . Juga ketika mereka terngiang kalam optimis Tuhan mereka
Ada baaaaaaaaaanyak saat daalam hidup, yang kita sentiasa mencari alasan untuk bangkit
. . .
Dan itulah motivasi, bagi mereka yang tak pernah rasa selesa di persinggahan dunia . Dan lagi-lagi lah bukan sebab tidak berjiwa berperasaan . Karakter kita kan sebenarnya tak pernah pun mandatori
Sebab nanti . Masing-masing ke Qiamat dengan penghayatan tersendiri
Kesekian kalinya, sekian . Terima kasih . Amin
. . .
Di transit Abu Dhabi, kita ada pilihan nyata .Mahu berbelanja? Mahu bernyanyi? Mahu tidur?
Atau mahu bersama dengan Kalam Tuhan
at
10:38 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Saturday, January 22, 2011
Semoga Allah tetapkan ia dalam hati
Terus ke hadapan!
. . .
Every night in my dreams
I see you. I feel you.
That is how I know you go on.
Far across the distance
And spaces between us
You have come to show you go on.
Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more you open the door
And you're here in my heart
And my heart will go on and on
Love can touch us one time
And last for a lifetime
And never go till we're one
Love was when I loved you
One true time I hold to
In my life we'll always go on
Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more you open the door
And you're here in my heart
And my heart will go on and on
There is some love that will not
go away
You're here, there's nothing I fear,
And I know that my heart will go on
We'll stay forever this way
You are safe in my heart
And my heart will go on and on
. . .
Untuk Mesir
at
9:51 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
2
comments
Wednesday, January 19, 2011
...susah itu mendamaikan"
. . .
Kalau papa kedana pun, hidup kita masih sama
Kalau tertimbun sejuta beban pun, hidup kita masih sama
Kalau tersadung itu ini pun, hidup kita masih sama
Kalau macam-macam manapun, hidup kita masih sama
Waktu susah, miskin, lemah . . . tetap dilandaskan atas landasan yang sama
Walaupun, kadang terdakwa yang waktu senang lebih mudah untuk tenang . Tapi, aku masih berpegang dengan keyakinan .
Yang mana susah atau senang . . . kita masih lagi di tangga optimum . Masih beraksi gaya tersendiri
Tapi, aku lebih suka susah . . . sebab dari situ lebih jadikan aku lebih bersyukur
. . .
Suatu hari nanti, memang Allah janjikan tenang dan senang . Ha! Waktu itu hadaplah segala nafsu tenang dan senang
Baik asyik susah, dari asyik senang . Sebab orang susah saja yang tahu erti menang . Pertandingan saiko
Pasal jatuh bangun, menaikkan diri sendiri
. . .
"Ya Allah,kurniakan kami rezeki yang lebih buat kami bersyukur!"
at
3:13 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Monday, January 17, 2011
Jom !
Walaupun ada saja dalam Kaum Greek yang membiasakan Gay dalam kehidupan, suatu masa dulu . Eh? Atau sebenarnya, Kaum Nabi Luth lebih lama adanya berbanding Greek
at
11:22 PM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments
Saturday, January 15, 2011
Rehat selepas . . . atau sambil berkhayal
Diceritakan dari siapa entah siapa . Bahawasanya, ada sebuah cerita, tak terlalu lama . Tapi, di zaman dahulu kala
Ada disebut-sebut akan seorang ulama' wibawa . Mashyur namanya harum melekat di tiang-tiang sandaran Azhar
Lalu, terjadilah peristiwa bila sedang hangat bermadah ilmiah . Kakinya dilunjur ke depan dek kebas lamanya bertapa-sila
Jadi cerita, bila mula cerita . Seorang pembesar diraja masuk menyinggah . Dengan seiring gah, melewati tikar madrasah
Belum sampai ajalnya lagi sang ulama' untuk menghinakan diri
Kakinya kejap sepertinya tadi, tak dikalih walau seinci . Walau datanglah seribu kekuasaan Romawi, takkan setimpal maksud mengkalih kaki
Hairanlah sang pembesar diraja . Musykil hatinya, mengangka-angka darjah durhaka sang ulama' wibawa
Maka, dijelaskanlah mahiah latar kejadian . Pasal prinsip keagungan yang ditegakan, terpakai dari dulu hinggalah ke mana usia zaman
"Bukan sultan kuasa yang diagung . Lebih layak sultan ilmu yang disanjung . Sudah itu, tak perlu dikalih kaki alang bendul"
Gegak gempita rohani sang pembesar . Menangis meraung sekuatnya dalam kalbu raga . Diperintahnya sehabis ada segala harta, sebagai hadiah buat persembahan sang wibawa
Sesampainya rombongan persembahan, disambut pula tidak dengan kesyukuran
Kerana . Bukan intan permata yang dicari . Bukan penghargaan sebegitu yang ditagihi
"Yang kakinya dilunjur, selamanya tadah takkan pernah dihulur"
. . . .
Dah lama tak membaca buku arab sambil berkhayal . Satu-satu dibaca . Satu-satu lagi khayal
at
3:48 AM
Categories:
Labels:
Kongsi dan Kunci
2
comments
Friday, January 14, 2011
Khas untuk sesiapa-sesiapa yang sudah beranak . Mahupun yang sudah beranak sakan
Untuk baby lah terutamanya . Umur 6 bulan ke . Tujuh bulan ke . Setahun ke . Dua tiga tahun..ikut suka
Dan ini sebenarnya berdasarkan amalan dan pemerhatian peribadi . Taklah sangat berdasarkan kajian mendalam . Tapi, cuba dulu dan kita tengok selepas itu
. . .
Baby kalau dipelbagaikan warna yang dibiasakan, dia akan cepat memilih warna kegemaran . Kuning, merah, hijau, biru, oren . Lagi apa? Bukan warna pudar ya! Macam pink
Dan bukan coklat serta hitam . Juga bukan kelabu . Sebab rasanya, itu semua warna yang sama di mata mereka
Wujudkan juga pinggan-minggan serta sudu-sedan yang pelbagai warna . Lebih menarik jika ia digunakan betul-betul untuk waktu makan
Makanan pula, pelbagaikan warna-warna . Karot kan warna oren, tomato merah, kombinasi oren hijau pun ok. Kalau tak dapat nak pelbagaikan warna, guna pinggan-minggan pun dah kira okeh
Jangan biasakan hanya satu warna sahaja di peringkat kecil, walaupun kelihatan memang dia sukakan warna itu . Cuba perkenalkan kepada warna lain
Zaman kecil bukanlah zaman penentuan karakter . Tapi, zaman penerimaan input yang pelbagai . Perlu dibantu dalam pembentangan warna
Mulakan dengan hanya sedikit warna . Dan tambahkan sedikit demi sedikit mengikut bulan, mungkin
Amalkan menyusun beberapa objek berwarna di hadapannya, dan lihat bagaimana dia memilih . Kemudian, tukar objek tetapi dengan warna yang sama juga
Kumpulkan objek-objek sama warna dan kelaskan . Kemudian, pamerkan kelompok-kelompok lain bersama
. . .
Okeh . Sebenarnya, tak ada apa pun yang menarik dalam didikan cara ini
Cuma, akan seronok tengok budak-budak dapat guna potensi dia dalam pembezaan warna dengan baik .
Juga seronok tengok dia dapat mengoperasikan otak sejak dari kecil, semuda mungkin
. . .
Entah . Malas nak tulis panjang-panjang . Sedap cuba dan try . Perhatikan dan gelak sorang-sorang . Cuba lagi . Ha.!
Kan? Seronok men'rosak'kan anak orang
at
3:56 PM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments
Thursday, January 13, 2011
Nice! Dulu dapat tengok pun sebab ada terselit-selit di TV1 yang tak popular . Seingatnya
Dan aku langsung tiada memosri kuat pasal ini . Tapi, ini memang ada style
Supercalifragilisticexpialidocious!
Of Mary Poppins
at
8:31 PM
Categories:
Labels:
Kongsi dan Kunci
0
comments
Tuesday, January 11, 2011
Teringat semasa membaca teks syarahan R. Feynman, bertajuk "There's plenty room at the bottom"
Menggambarkan betapa berminatnya beliau dengan kejadian alam nun jauh ke dalam dunia mikro dan seni
Terutamanya yang lebih kecil, yang kadang-kadang kita tak rasakan kehadiran mereka
Aku tidaklah sampai berpeluang melihat bakteria dan paramecium berinteraksi sesama sendiri . Melihat dengan mata sendiri, memang tak pernah lah lagi
Kaki yang kanan mula mengurut sesungut yang kanan sambil mulutnya menghisap sisa air
Sebab, dalam kekalutan manusia keluar masuk tandas, dan laju mengejar lain-lain kepentingan dunia . Rupa-rupanya, terselit sebuah lagak gaya perlahan sebegitu yang hampir-hampir tak terperasankan
at
2:18 AM
Categories:
Labels:
Kongsi dan Kunci
3
comments
Saturday, January 8, 2011
Yang baik, jangan segan-segan nak ambil . Betul ! Kalau tidak, rugi
Pernah suatu masa dahulu, Richard Feynman bertugas di sebuah organisasi yang bertindak sebagai penjana teknologi di era Perang Dunia . Organisasi tersebut beroperasi di Los Alamos.
Suatu hari, Niels Bohr (salah seorang tokoh besar Fizik ketika zamannya) telah mengunjungi Los Alamos, bersama anaknya, Jim.
Kunjungan tersebut adalah rutin bagi membincangkan dapatan kajian beliau dan ingin berdikusi dengan jurutera-jurutera yang berkaitan.
Pada hari tersebut, Niels Bohr tidak terus melaksanakan perbincangan dengan jurutera yang terlibat.
Tetapi, bertindak mengarahkan anaknya, Jim, untuk memanggil Richard Feynman yang ketika itu hanyalah seorang pekerja pangkat rendah (junior).
Feynman dipanggil masuk ke bilik perbincangan dan bertemu dengan Niels Bohr secara peribadi, dalam keadaan beliau yang kebingungan asbab-musabab beliau dipanggil masuk bertemu tokoh besar fizik ketika itu.
Niels Bohr : Feynman, apa pandangan kau pada cadangan kiraan aku ini?
Feynman : - Berfikir - Hurm! Saya rasa tuan salah . Sepatutnya begini..begini..begini..
Niels Bohr : Bagus
Feynman : Er?
Niels Bohr : Kau tahu kenapa aku panggil kau ke sini?
Feynman : Tak tahu
Niels Bohr : Sebenarnya aku lihat kau seorang yang berani . Sangat degil . Dan sangat tegas menyatakan sesuatu yang kau rasa betul
Feynman : Oh, ya! Apa yang saya fokuskan adalah kepada permasalahan fizik itu sendiri . Saya tak perlu memandang kepada pangkat siapa yang berkata dan lebih bagus saya memfokus kepada bidang permasalahan dengan lebih dalam.
Niels Bohr : Sebab itu aku panggil kau ke sini.
Feynman : Oh yeah?!
Niels Bohr : Sebab aku perlukan orang yang boleh berbincang secara serius. Yang mampu mengatakan dapatan kajian aku adalah salah sekaligus memperbetulkan kesilapan aku .
Feynman : Hurm . . .
Niels Bohr : Aku dah penat mendengar persetujuan dari jurutera-jurutera yang biasa aku berbincang . Semuanya dianggukkan tanpa ada teguran dan kritikan . Sebab itu aku panggil kau ke sini
Feynman : Terima kasih!
Kemudian, Niels Bohr mempersilakan Feynman keluar. Dan mengarahkan anaknya untuk memanggil masuk para jurutera handalan yang terlibat untuk berbincang
. . .
Pengajaran
1) Orang besar sentiasa perlu menerima kritikan, untuk memajukan dirinya
2) Orang biasa perlu ada kekuatan untuk menyatakan hasrat hati dengan terbuka
Dan kedua-dua pihak, masing-masing dengan adab masing-masing
Dialog diolah berdasarkan kisah benar
at
1:30 AM
Categories:
Labels:
Ide
2
comments
Sunday, January 2, 2011
Semua akan tua . Dan mungkin mati muda
. . .
Nak ikut jemaah dakwah yang macam mana? Yang di akher hidup akan menjamin syurga, maksudnya . . . itu maksud saya
Nak bangunkan potensi yang macam mana? Yang bernilai untuk ditawarkan syurga, maksudnya . . . itu maksud saya
Nak jadi versatile yang macam mana? Yang sangat mampu dijanakan untung hingga ke syurga, maksudnya . . . itu maksud saya
Nak sehebat mana menghayati kesemulajadian? Yang memupuk kesucian sampai ke syurga
. . .
"Ke mana? Ke mana aku menyeru manusia?"
Sampai aku berjaya mengumpul juta-jutaan pengikut pun, aku masih lagi belum tentu layak diterima puak syurga .
. . .
Di depan terbentang seribu macam kekeliruan, jika aku memilih untuk keliru . Di depan terhampar sejuta peluang, jika aku positif gaya pandang
Di depan hanya ada satu pilihan, untuk aku pilih dengan penuh perasaan
. . .
"Ke mana akan aku seru manusia?"
Dah terlambat untuk aku memupuk pesimis . Sedangkan, belum cukup terlewat untuk menapak dengan nafas yang dalam
Kerana untuk akher hidup lah, aku hidup . Dan, sememangnya ia perlukan jalan cerita yang betul-betul berjiwa aku
Demi akher hidup kita, yang rohaninya sudah kejap dan takkan bercabang simpang
. . .
Rupanya, soalan seharusnya berbunyi 'bagaimana' . Bagaimanakah jalannya mencipta akher hidup?
Dan apabila soalan berbunyi ikhlas, seharusnya jawapan diterima dengan ikhlas . Tanpa gangguan egois atau persepsi picisan
at
1:17 AM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments