Monday, January 17, 2011


Jom !

Bercerita sampai mabuk khayal

. . .

Kali ni, cuba tengok masa Allah hukum Kaum Nabi Luth . Eja macam mana? Lut atau Luth ? Entah . Lam Wau Tho

Diorang tempa sejarah, bila mula-mula jadi kaum yang Gay . Ha! Sejarah dunia, boleh kalah kaum Greek . . .

Walaupun ada saja dalam Kaum Greek yang membiasakan Gay dalam kehidupan, suatu masa dulu . Eh? Atau sebenarnya, Kaum Nabi Luth lebih lama adanya berbanding Greek

Pendek cerita, Allah murka . Murka sebab diorang tak berubah walaupun Nabinya dah berhempas pulas mendakwah

Jadi, dijadikannya takdir mereka . Takdir nak kena azab . Maka, Malaikat pembawa utusan azab dari langit itu pun datang

Datang dan melebarkan sayapnya . . . ke seluruh capaian kampung . Eh? Atau bandar sebenarnya . Atau negara mungkin?

Setelah itu, dikautnya sekalian ekar tanah maksiat, dibawa tinggi melambung ke langit . Sehingga tinggi . Tinggi yang sampai herot-herot suara keldai pun didengari penduduk langit

Cukup tinggi, cukup gayat . Lalu, diterbalikkan keping-keping tanah tersebut, seraya dihumban terus ke muka asalnya

Boom! Bergegar

Kemudian datang lagi hujan-hujan batu berapi dari Neraka Sijjil . Panas dan keras . Dan .."argh!!! Tolong, tolong!" . Dah tertutup dah pintu taubah

Bingit . Sekejap, menjemput sunyi . Sunyi terus bandaraya yang dulunya hidup, yang bernafas maksiat

. . . 

Cuma, bukan apa, terbayang saja . Kalau lah aku berada di situ ketika itu . Betapa takjubnya melihat azab sedemikian rupa

Macam mana malaikat kaut , angkat dan humban perkampungan tersebut . Fuh! Hujan-hujan batu berapi . Hurm!

Macam dalam movie . Tapi, mesti lagi hebat dari movie . Ini bukan movie . Ini azab! Lagi lebih real dari Hollywood . Lagi azab

Sekali lagi, dalam sejarah manusia . Hukum Fizik telah diingkari . 

Bermakna tak mustahil kan?

. . .

Dan Allahuakbar . Seperti yang aku baca dari bait-bait Quran

at 11:22 PM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>