Khas untuk sesiapa-sesiapa yang sudah beranak . Mahupun yang sudah beranak sakan
Untuk baby lah terutamanya . Umur 6 bulan ke . Tujuh bulan ke . Setahun ke . Dua tiga tahun..ikut suka
Dan ini sebenarnya berdasarkan amalan dan pemerhatian peribadi . Taklah sangat berdasarkan kajian mendalam . Tapi, cuba dulu dan kita tengok selepas itu
. . .
Baby kalau dipelbagaikan warna yang dibiasakan, dia akan cepat memilih warna kegemaran . Kuning, merah, hijau, biru, oren . Lagi apa? Bukan warna pudar ya! Macam pink
Dan bukan coklat serta hitam . Juga bukan kelabu . Sebab rasanya, itu semua warna yang sama di mata mereka
Wujudkan juga pinggan-minggan serta sudu-sedan yang pelbagai warna . Lebih menarik jika ia digunakan betul-betul untuk waktu makan
Makanan pula, pelbagaikan warna-warna . Karot kan warna oren, tomato merah, kombinasi oren hijau pun ok. Kalau tak dapat nak pelbagaikan warna, guna pinggan-minggan pun dah kira okeh
Jangan biasakan hanya satu warna sahaja di peringkat kecil, walaupun kelihatan memang dia sukakan warna itu . Cuba perkenalkan kepada warna lain
Zaman kecil bukanlah zaman penentuan karakter . Tapi, zaman penerimaan input yang pelbagai . Perlu dibantu dalam pembentangan warna
Mulakan dengan hanya sedikit warna . Dan tambahkan sedikit demi sedikit mengikut bulan, mungkin
Amalkan menyusun beberapa objek berwarna di hadapannya, dan lihat bagaimana dia memilih . Kemudian, tukar objek tetapi dengan warna yang sama juga
Kumpulkan objek-objek sama warna dan kelaskan . Kemudian, pamerkan kelompok-kelompok lain bersama
. . .
Okeh . Sebenarnya, tak ada apa pun yang menarik dalam didikan cara ini
Cuma, akan seronok tengok budak-budak dapat guna potensi dia dalam pembezaan warna dengan baik .
Juga seronok tengok dia dapat mengoperasikan otak sejak dari kecil, semuda mungkin
. . .
Entah . Malas nak tulis panjang-panjang . Sedap cuba dan try . Perhatikan dan gelak sorang-sorang . Cuba lagi . Ha.!
Kan? Seronok men'rosak'kan anak orang
Friday, January 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment