Saturday, January 8, 2011


Yang baik, jangan segan-segan nak ambil . Betul ! Kalau tidak, rugi

. . .

Pernah suatu masa dahulu, Richard Feynman bertugas di sebuah organisasi yang bertindak sebagai penjana teknologi di era Perang Dunia . Organisasi tersebut beroperasi di Los Alamos.

Suatu hari, Niels Bohr (salah seorang tokoh besar Fizik ketika zamannya) telah mengunjungi Los Alamos, bersama anaknya, Jim.

Kunjungan tersebut adalah rutin bagi membincangkan dapatan kajian beliau dan ingin berdikusi dengan jurutera-jurutera yang berkaitan.

Pada hari tersebut, Niels Bohr tidak terus melaksanakan perbincangan dengan jurutera yang terlibat.

Tetapi, bertindak mengarahkan anaknya, Jim, untuk memanggil Richard Feynman yang ketika itu hanyalah seorang pekerja pangkat rendah (junior).

Feynman dipanggil masuk ke bilik perbincangan dan bertemu dengan Niels Bohr secara peribadi, dalam keadaan beliau yang kebingungan asbab-musabab beliau dipanggil masuk bertemu tokoh besar fizik ketika itu.

Niels Bohr : Feynman, apa pandangan kau pada cadangan kiraan aku ini?

Feynman : - Berfikir - Hurm! Saya rasa tuan salah . Sepatutnya begini..begini..begini..

Niels Bohr : Bagus

Feynman : Er?

Niels Bohr : Kau tahu kenapa aku panggil kau ke sini?

Feynman : Tak tahu

Niels Bohr : Sebenarnya aku lihat kau seorang yang berani . Sangat degil . Dan sangat tegas menyatakan sesuatu yang kau rasa betul

Feynman : Oh, ya! Apa yang saya fokuskan adalah kepada permasalahan fizik itu sendiri . Saya tak perlu memandang kepada pangkat siapa yang berkata dan lebih bagus saya memfokus kepada bidang permasalahan dengan lebih dalam.

Niels Bohr : Sebab itu aku panggil kau ke sini.

Feynman : Oh yeah?!

Niels Bohr : Sebab aku perlukan orang yang boleh berbincang secara serius. Yang mampu mengatakan dapatan kajian aku adalah salah sekaligus memperbetulkan kesilapan aku .

Feynman : Hurm . . .

Niels Bohr : Aku dah penat mendengar persetujuan dari jurutera-jurutera yang biasa aku berbincang . Semuanya dianggukkan tanpa ada teguran dan kritikan . Sebab itu aku panggil kau ke sini

Feynman : Terima kasih!

Kemudian, Niels Bohr mempersilakan Feynman keluar. Dan mengarahkan anaknya untuk memanggil masuk para jurutera handalan yang terlibat untuk berbincang

. . .

Pengajaran

1) Orang besar sentiasa perlu menerima kritikan, untuk memajukan dirinya
2) Orang biasa perlu ada kekuatan untuk menyatakan hasrat hati dengan terbuka

Dan kedua-dua pihak, masing-masing dengan adab masing-masing

Ini adalah Niels Bohr (Bercoat gelap)


Dialog diolah berdasarkan kisah benar

at 1:30 AM
Categories: Labels:

 

2 comments:

Anonymous said...

Cuma, tidak ramai orang bawah yang mahu beri pandangan kepada orang atas.

Kerana:

1. Orang bawah tidak berminat kerana tahu orang atas tidak menerima pun pandangan mereka.

2. Orang atas merasakan mereka lagi betul dan hebat dalam hal itu.

3. Orang atas suka pandang sisi mata je pandangan orang bawah. Mereka lebih percaya pada orang yang kelihatan hebat bukan dikalangan saudara rapat.

(hanya pandangan atas pengalaman)
--

Afra' Azam

Zaid said...

legendary.

 
>