Tuesday, January 11, 2011



Teringat semasa membaca teks syarahan R. Feynman, bertajuk "There's plenty room at the bottom"

Menggambarkan betapa berminatnya beliau dengan kejadian alam nun jauh ke dalam dunia mikro dan seni

Juga teringat ketika membaca hasil kajian Ahmed Zuwail, yang membangkitkan pendekatan femtosecond

Femtosecond; sebuah pendekatan melihat pergerakan makhluk-makhluk mikro dan seni . Melihat betapa kompleks dan rumitnya fenomena yang berlaku dalam pecahan 'satu juta nano-saat'

. . . 

Hidup sebagai manusia, hari-hari dirasakan begitu kompleks dan rumit . Sistem saling berkaitan dan berhubungan . Dilihat hari-hari hidup itu, indah dengan kepelbagaian yang cantik

Dan mari kita cuba beralih . Beralih lalu melihat pula gaya hidup makhluk-makhluk lain

Terutamanya yang lebih kecil, yang kadang-kadang kita tak rasakan kehadiran mereka

Memerhati dan mengikuti hayat hidup makhluk sebegitu, akan lebih memberi suntikan kenikmatan . Kenikmatan merasai kepelbagaian erti dan warna kehidupan

. . . 

Aku tidaklah sampai berpeluang melihat bakteria dan paramecium berinteraksi sesama sendiri . Melihat dengan mata sendiri, memang tak pernah lah lagi

Tapi, baru tadi . Tadi dalam tandas, aku terpaku pada suatu lagak gaya yang begitu menarik hati

Seekor semut, sedang mengelap dua sesungutnya menggunakan dua kaki hadapan, di penjuru hujung tab mandi

Kaki yang kanan mula mengurut sesungut yang kanan sambil mulutnya menghisap sisa air

Kemudian, dilapnya pula sesungut yang kiri dengan gaya yang sama . Sungguh menarik ! Apatah lagi bila ia diulang berkali-kali

Aku tangguhkan niat aku dalam tandas, lalu, mencapai telefon berkamera dan cuba menangkap momen ini . Namun, malangnya semut itu tersedar dan cuba berlari . . .


Tak mengapa, asalkan aku dapat menangkap lajakan momen tersebut, sudah dikira memuaskan

Menarik! Bukan apa

Sebab, dalam kekalutan manusia keluar masuk tandas, dan laju mengejar lain-lain kepentingan dunia . Rupa-rupanya, terselit sebuah lagak gaya perlahan sebegitu yang hampir-hampir tak terperasankan

Yang rupa-rupanya, semut itu pun sedang menjalani gaya hidupnya tersendiri . Mungkin sedang berehat setelah baru terjatuh dalam putaran air di tab mandi 

Mengelap sesungutnya untuk memastikan ia berfungsi dengan baik, mencari jalan pulang bertemu keluarganya di rumah

Hurm!

. . . 

Sesungguhnya, Tuhan yang melihat semut itu adalah juga Tuhan yang melihat aku sekarang

Juga yang sama, yang ketika Nabi Sulaiman tersenyum-ketawa dengan Ratu Semut suatu masa dahulu . . .



Haha . .seronok betul tadi dalam tandas !!

at 2:18 AM
Categories: Labels:

 

3 comments:

FairuzMatori said...

sekecil2 kejadian, kalau kita guna akal berfikir. itu yg terbaik. moga anda jadi manusia hebat! amin. =)

adam said...

abstrak yg sungguh menarik,,,

ijalceritera said...

Di setiap celahan, pasti ada gaya~
konklusi akhir.,.,

 
>