Sunday, January 2, 2011



Semua akan tua . Dan mungkin mati muda

. . .

Nak ikut jemaah dakwah yang macam mana? Yang di akher hidup akan menjamin syurga, maksudnya . . . itu maksud saya

Nak bangunkan potensi yang macam mana? Yang bernilai untuk ditawarkan syurga, maksudnya . . . itu maksud saya

Nak jadi versatile yang macam mana? Yang sangat mampu dijanakan untung hingga ke syurga, maksudnya . . . itu maksud saya

Nak sehebat mana menghayati kesemulajadian? Yang memupuk kesucian sampai ke syurga

. . .

"Ke mana? Ke mana aku menyeru manusia?"

Sampai aku berjaya mengumpul juta-jutaan pengikut pun, aku masih lagi belum tentu layak diterima puak syurga .

. . .

Di depan terbentang seribu macam kekeliruan, jika aku memilih untuk keliru . Di depan terhampar sejuta peluang, jika aku positif gaya pandang

Di depan hanya ada satu pilihan, untuk aku pilih dengan penuh perasaan

. . .

"Ke mana akan aku seru manusia?"

Dah terlambat untuk aku memupuk pesimis . Sedangkan, belum cukup terlewat untuk menapak dengan nafas yang dalam

Kerana untuk akher hidup lah, aku hidup . Dan, sememangnya ia perlukan jalan cerita yang betul-betul berjiwa aku

Demi akher hidup kita, yang rohaninya sudah kejap dan takkan bercabang simpang

. . .

Rupanya, soalan seharusnya berbunyi 'bagaimana' . Bagaimanakah jalannya mencipta akher hidup?

Dan apabila soalan berbunyi ikhlas, seharusnya jawapan diterima dengan ikhlas . Tanpa gangguan egois atau persepsi picisan


(gambar random yang macam best : sambosat@swissry)

at 1:17 AM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>