Monday, August 30, 2010


Senang sangat kan? Nak lupa Allah.

Dan kadang-kadang, tutup sebelah mata . "Alah~ kali ni saja."

Rahmat dan keampunan itu luas. Tapi aku perlu belajar lebih lagi, pasal murka durja. Lagi, lagi, lagi. Lagi!

Alahai..senang sangatlah.. nak terlupakan Allah.

. . . Mati !

at 2:14 PM
Categories: Labels:

1 comments  

Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersamalah kita jayakan
. . .

Malaysia should not be developed only in the economic sense. It must be a nation that is fully developed along three dimensions." - Tun M
. . .

Boleh berdebat, jarah itu jarah ini. Tapi, satu yang aku pinta. Bila memandang jauh, kuatkan pancaindera, tangkap gaya jaguh.

Malaysia kian hancur. Hampir jadi sejarah. Sudahlah sejarah makin ditipu. Mahu kah nanti cucu kita lagi ditipu?

Hukum nombor satu untuk bersatu; satukan seberapa banyak persamaan.

Maksudnya, bila aku tak beradab kencing berdiri. Kau masih lagi hormat, kerana aku tahu halal-haram mencari rezeki.

Atau. Bila aku nyalakan api mencucuh cerut. Kenduri aqiqah anak pertama, aku masih kau jemput.
. . .

Malaysia kelam. Malaysia penuh kabut. Ikut sajalah Islam, tampilkan pakej yang tak berserabut. Versatile, tapi masih berjiwa ta'abbud.

Dah-dah... aku mengarut. Duduk atas kerusi...tangan atas keyboard main facebook.

at 1:45 AM
Categories: Labels:

1 comments  

Sunday, August 29, 2010


Kenapa susah sangat nak berchenta? Eh. Mana ada. Aku dah berpunyalah!

Mungkin ini dinamakan chenta. Hukum dia sama, mendalamnya rasa. Dari mata jatuh ke hati. Dari hati sampai mati.

Kan? Kan? Begitu kan?


Dah lama kan, tak bersua tak berdua. Sebab sayangkan chenta, tinggal-tinggalkan jua. Tapi, mana boleh! Kalau dah lama tak bertepuk tampar, kena juga jumpa bertepuk tampar.

Sabarlah sayang~

[TQ Asip]

at 4:09 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Saturday, August 28, 2010


"Ala guci-guci. Emmm....chak!.. Emmm..chak! Meh sini.. ala taateh.. ala taateh"

Kan? Kan? . . . Mereka sepatutnya comel. Tapi kenapa mesti macam ni?

[Okeh. Aku buang video ini. Tak sanggup lagi tengok. Biarlah yang kekal hanya pengajaran]

Parental Guidance : Ini video teknik perubatan. Dan ini juga teknik untuk kes pakai-buang di Malaysia.

at 5:56 AM
Categories: Labels:

3 comments  

Alif . Ba Ta Tsa
Jim Ha Kho
Dal Zal Ro
Zai Sin Shin
Shod Dhod . Tho Zho
'Ain Ghein Fa
Qof Kaf Lam
Mim Nun Wau
Ha! Hamzah Ya!

Dari belakang ke depan. Tengah lompat ke depan. Main teka susun. Ikut mana suka susun.

Susun. Sampai dapat nama. Ikut barangkali, juta nama boleh dicari. Dan dari nama-nama itu nanti. Aku pohon juta-juta maaf dan apologi.

Mungkin aku banyak bawa khilaf. Bawa keliru. Senyap tak berlagu. Sunyi tak berpenunggu. Nasi tak jadi nasi, tak jadi bubur.

Cuma, yang aku nak kau faham. Aku minta kali ini masa. Dan kau berilah masa. Nanti, kalau aku minta jiwa. Kau pula beri jiwa. Tapi, memang kali ini aku perlu masa.

Aku sayang kau orang, sebab itu masa dengan kau aku kurang. Sebab aku tahu, kali ini, yang terbaik adalah aku kena bersendiri.

Teruskan positif. Kerana aku juga bernafas positif. Mungkin nak kata yang aku sensitif. Ya! Itu masih bagus. Sebab senantiasa dada kembang optimis.

Bezanya, terapi kali ini adalah masa.

Dan kalau hadir prasangka, kau tahu apa yang perlu di sana. Tapi, kalau tak tahu, diam saja.

at 1:55 AM
Categories: Labels:

4 comments  

Thursday, August 26, 2010


"Hasan AlBanna yang macam mana yang aku nak jadi?"

Sebut pasal versatile. Sebut pasal akauntabiliti. Sebutlah pasal idealistik. Tapi, awalnya satu. Perlu bersihkan hatiku, yang ini.

Terbang dah ke langit. Terlupa semuanya. Dongak dah jadi bongkak. Waktu itu nasi sudah jadi bubur. Dari ada visi, sudah kabur-kabur.

Sebab itu kena selalu tanya. Hasan AlBanna yang macam mana?

Jauh berjalan, luas pemandangan. . . . . . Bismillah semula. Bismillah semula.

Itulah, hati ini. Hati-hati ya!

at 11:51 PM
Categories: Labels:

1 comments  

Behti Hawa Sa Tha Woh

behti hawa sa tha woh (tha woh…)
udti patang sa tha woh (tha woh…)
kahan gaya usae dhoondo

hum ko to raahein thi chalati
woh khud apni raah banata
girta, sambhalta, masti mein chalta tha woh

hum ko kal ki fikr sataati
woh bus aaj ka jashn manaata
har lamhe ko khul ke jeeta tha woh

kahan se aaya tha woh (tha woh…)
chhoo ke humare dil ko (tha woh…)
kahan gaya usae dhoondo

sulagti dhoop mein chhaaon ke jaisa
raegistaan mein gaaon ke jaisa
mann ke ghav pe marham jaisa tha woh

hum sahme se rehte koovein mein
woh nadiya mein gotae lagata
ulti dhara cheer ke tairta tha woh

baadal awara tha woh
yaar humara tha woh
kahan gaya usae dhoondo

. . .

Bait-bait kata yang sungguh bersih. Jalan cerita bergelumang rasa. Rasa penuh cerita. Dalam memori kita bercheritera cinta.

Well, it depends.

Cerita tentang sentuhan. Cerita tentang kawan.

. . .

he was like a fleeting wind
like a flutterting kite
where did he go? lets find him

while confined channel guided us
he would define his pathways
and loiter along them merrily

while our future haunted us
he would celebrate the present
and live every moment with reckless freedom

where did he come from?
where did he go? lets find him

he was like a shade in sweltering heat
like village in desert
he was like salve for our distress

while we cowered from challenges
he would dive in seas
and swim against the rip currents

he was a wandering cloud
he was our pal
where did he go? lets find him

at 7:16 AM
Categories: Labels:

6 comments  

Wednesday, August 25, 2010


Cubit sikit.
Aduh sakit.
Cubit sikit ya.
Sakitlah!
Cubit lagi.
Mak! Dia cubit.
Esok aku cubit lagi ya!
Mak, takut pergi sekolah.

"Kecut. Perut tegap, badan sasa, hati kecut."
. . .

Cubit sikit.
Kurang ajar, biar buku lima aku ajar!
Ops, panggil kawan mari balik aku ajar.
Aduh.

"Singkat. Muka kacak, otak singkat."
. . .

Seteru berebut beratur panjang.
Oh, abang kecik datang.
Mahu salam. Tunduk, serah tengkuk.
Ah, abang kecik pun saja.
Abang kecik, jiwa besar.

"Emas. Karat bukan karat-karat bekas"
. . .

Akhir zaman macam bangkai. Anjing datang koyak beramai-ramai. Tapi, waktu itu kau ramai.

Mungkin kau kecut. Mungkin kau singkat. Aku piala emas.


at 1:10 AM
Categories: Labels:

2 comments  

Monday, August 23, 2010


Di laut dalam, aku macam ikan api-api. Depan mata ada sungut-sungut berapi. Bawah ombak gulita, masih cerah mata lagi.

Oh, aku bukan kuat makan lobak . Tapi aku kuat mendongak . Jangan salah faham, bukan bongkak . Tapi dongak sikit . Jenguk ke sudut atas sikit.

Tapi, biasalah salah tafsir. Mana tegap, mana bongkak.

. . .

Dalam silibus buku, ya, semua mesti lulus. Hadamkan itu. Makan biar berzat, vitamin dengan susu . Silibus buku.

Tapi, kalau dalam alam luar. Alam bukan hukum alfabet. Arab, roman atau grafi. Jangan kau takut untuk tersalah itu ini.

Berani buat salah, bukan maksud aku bendul kena tangkap basah. Berani buat salah . Berani kena tegur bila salah.

Kalau tak tahu apa itu, cara itu . Hah! Tanya dan kau pasti lebih maju. Tiada di silibus buku, langkahlah dulu, baru tahu tanahnya jerlus.

. . .

Tiada siapa yang mulia. Semua beratur satu-satu belakang taqwa.

at 1:30 PM
Categories: Labels:

2 comments  

Saturday, August 21, 2010


Ini, sekian lama menanti



Ku cuba . lagi .
Ku cuba . lagi .
Ku cuba . lagi .


Tetap sebuah tahniah!

Kerana nature sebuah motivasi, adalah semula jadi. Pengalaman diri sendiri. Maka, aku cuba lagi.

Ibu ayah . Famili . Kawan . Semuanya terima kasih. Lepas cakap besar, tanam pokok. Belum tentu boleh berteduh besok.

at 2:54 PM
Categories: Labels:

10 comments  

Dunia lebih daripada pancaindera.

Pandang dan menilailah. Pandai menilai, hasilnya akan bertemu imbangan. Imbangan membawa kepada pengulangan. Konsisten dan lahir teori.

But, don't manipulate facts, to fit your theory.

. . .

"If facts don't fit the theory, change the facts" - A.E . Hah! Ops.. Macam mana?
. . .

2 saja yang paling benar. Tak boleh ubah . Yang lain ... lebih dari pancaindera.
Dan belum lupa, ilmu ambil kira.

Sejarah . Pendidikan . Tamadun . Teo . Sains . Sosial . Saiko . . . . . .  namanya ilmu.

at 2:55 AM
Categories: Labels:

2 comments  

Friday, August 20, 2010


Apa macam?

Kalau Ramadhan ni rasa macam semacam saja. Masam. Macam susu masam. Ibadah pun dah monyok, tak berperangsang.

Pujuk jiwa kena kreatif. Kadang-kadang, perlu kasi manja. Sayang-sayang. Belai lah sikit. "Ala, marilah sayang~". Jadi, aku macam kamu. Malas juga. Dan tadi, aku juga cari idea nak kasi pujuk itu jiwa.

Hah! Sudah jumpa, dan ini motivasinya. Terjumpa!

Menu : Rice and Chicken Sharkazi With Camel Eye. 


Ini adalah masakan Italy yang sangat kaya dengan lemak. Ada kekacang. Ada susu. Ada ayam. Haruman sos-sos yang begitu menusuk jiwa. Ops! Yang penting, kos rendah.

Hah! Ini adalah walnut. Atau dalam bahasa arabnya 'ein el-jamal'. Direct translation, Camel Eye. Dipecah-pecahkan, dan dimasak bersama susu segar.


Okeh! Ramadhan, adalah tempat Allah sayang kita sangat-sangat. Kena kreatif juga ya! Bersedia jiwa untuk menyambut-Nya.

Mungkin boleh cuba yang ini : http://lemonoslogos.blogspot.com/2010/08/fish-broskana-with-basterma-plus-ashir.html

at 12:32 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Thursday, August 19, 2010


Ayah dan seorang anak sedang bersembang.

. . .

"Best belajar kat sekolah hari ni?"
"Oh best! Chekgu ajar pasal peribahasa - Secupak takkan jadi segantang."

"Wau! Sangat menarik. Tahu ke maksudnya?"
"Tahu, chekgu bagi tahu. Tapi.. agak tak faham."

"Dey rombha peel pannavai! Kejap tahu..kejap tak tahu."
"Ala, maksudnya - sesuatu perkara yang takkan berubah.

"Habis tu?"
"Yang blurnya, apa kebenda 'cupak' dan 'gantang' tu?"

"La...chekgu tak bagitahu?"
"Ade chekgu cakap, tu sukatan dan ukuran yang diguna waktu zaman dulu. Tapi, ape benda nya?"

"Chekgu tu muda lagi ek? Rasanya, mesti dia pun tak tahu. Muda lagi kot"
"Dia baru je mengajar kita-orang. Entah~"

"Cupak ni..ukuran masa dulu-dulu. Zaman 70-an dulu, masa kami sekolah, kami pakai. Lepas tu..tukar lain."
"oOo"

"Lepas tu, sistem ukuran kita pakai metriks. Ala, yang meter, kilogram dan lain-lain tu."
"Ek..gitu"

"Dua kepul sama dengan satu leng. Dua leng sama dengan satu cupak. Empat cupak sama dengan satu gantang."
"Wah!"

"Cupak dan gantang ni..macam kole lah. Satu kole kecik. Satu kole besar. Kita boleh ukur beras ke gandum ke, guna ni."
"Macam yang dalam zakat tu kan. Ada jugak dengar."

"Absolutely!"

. . .

Ambil dan pusing-pusing dari surat-khabar-lama. Masa tunggu giliran nak makan laksa kawan buat jamuan.

Sampai saat ini, aku masih skeptic dengan sejauh mana sistem pendidikan negara mampu beri dinamik pada inteligen anak watan.

Ilmu adalah sesuatu yang bergerak dan menggerakkan. Tapi, dah berapa kilometer yang mampu anak watan kita pergi?

Nasib baik, ada sekolah keluarga. Itu yang sangat berharga.

at 12:08 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Tuesday, August 17, 2010


Pakej jualan : Pin + Getah pelompat + Jarum + Card Holder . LE 1



Kurma Muda masih panas! Halaman Dar Al-Ifta', Kairo.



Surat Pengesahan Pelajar . Le 50 untuk dua


Menu : Ketam Masak Lemak . Bersama jiran dan kawan.



Terbaik dari tourist UK : "When I grow up, I want to be . . . An Alim"

at 11:27 PM
Categories: Labels:

1 comments  

Monday, August 16, 2010


Betul . Panas terlampau . Lampau panas, sampai fius terbakar . Urat timbul bikin stress . Atau stress bikin urat timbul .

Betul juga . Kalau fokus tiada, Ramadhan jadi macam bulan-bulan biasa . Eh , dah sepertiga. Macam sudah isi, tapi masih tak berisi. Hah! Apa macam hari ini?

Hey. Aku lapar . Itu-itu-itu, semua yang tak perlu kau beritahu . Haish, masih lagi aku lapar .

Semoga . Kalau hangat-hangat sebegini , masih lagi aku boleh berdiri . Aku bangun! Telan udara penuhkan dada. Yakin dan terus berjalan yakin.

Ya! Itu kurang-kurang satu jaminan . Lepas satu-satu cheritera sempit, dan letih-letih menahan perit. Maka-nya . Aku boleh jadi yang terhangat . Di pasaran.

Boom!

at 11:52 PM
Categories: Labels:

0 comments  

. Satu .

Al-Quran : Kajian Kelajuan Cahaya dan Relativiti. (Darul Ma'arif - Bahasa Arab)

"Tak semestinya kena satu tambah satu bersamaan dua (1+1=2) , dalam hukum relativiti."

Lalu orang ramai pun mengetawakannya kerana sudah hilang akal. Ironinya, teori Eisntein ini telah diakui sangat berguna, di hujung-hujung hidupnya sepanjang kurun ke-20.


. Dua .

Spirited Away : Kids near death report surprisingly similar experiences. (Reader's Digest 02/06)

And it is because he is a scientist that Morse despairs of ever adequately explaining near-death experiences.

Melvin Morse takes a deep breath. At times, it seems as if the universe itself is preventing him from finding the answer he seeks.

"I tell you, there's a mind at work here," he says. "One that is perversely skewed toward keeping us from ever proving its existence."

. . .

Entah . Du Savoir a la Sagesse

at 12:18 AM
Categories: Labels:

2 comments  

Saturday, August 14, 2010


Studi dan menyambut Ramadhan di Bibliotheca de Alexandrina



Tarawikh Malam Pertama di garaj terbuka. Cleopatra, Alex.


Sahur hari ke-empat di simpang Bawabah Tiga. Menu = Eish+ful+beid


Polis berkawal sepanjang jalan-jalan yang akan dilalui Hosny Mubarak. Tengah-tengah hari buta. Kaherah Fatimiah




at 2:43 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Thursday, August 12, 2010


Bagi yang diuji ketika Ramadhan. Ini yang mampu aku sampaikan .

Ujian kesabaran . Tekanan dan haru biru kehidupan . Kenapa tidak di hari lain? Kenapa perlu dalam Ramadhan.

Ayuh!

Aku tahu kau letih dan hampir-hampir-hampir berputus asa. Tiada hari ke depan, yang boleh lagi kau percaya . Ops... tapi kuatkan ya! Kuatkan ya!

Selamat terus positif ketika sedang diuji . Sabar kita, diperhatikan wajah-wajah bulan. Ada bukti untuk dia mengadu pada Tuhan . "Ya Tuhanku, aku jadi saksi mereka yang penuh ketabahan."

Di hujung jalan cerita setiap dari kita, tak siapa tahu apa cheriteranya. Tapi, yang pasti . Aku yakin, kau akan terus bersama yang positif .

Aku sumpah! Kau boleh berubah.

at 6:00 PM
Categories: Labels:

5 comments  

Tuesday, August 10, 2010


Terus berlari ke Alexandrina . Tak berjumpa Anna Altafunnisa . Jumpanya Maktabah Alexandrina .

Baik, ini pantas . Aku . Puas menyelam, tak sedar dah berjam . Fokus pada titik lokus, seputar tiga pusingan jam . Tentang Bulan, fokus mesti dalam.

Tentang Bulan .

Begitu wajahnya sembap . Tapi, penuh rasa nikmat. Ada hikmat . Ibarat hanyut dalam solat, badan penuh luka berbirat . Hilang tenggelam dalam urat-urat .

Ilmu yang ada, akan disimpan, sendiri makan. Kalau mahu beli, beli sekali dengan jiwanya.

Cuma, ini teasernya. Muka Bulan itu, ada cerita kan?

at 3:15 PM
Categories: Labels:

1 comments  

Fakta menarik. Kata Thaaqhib.

1. Aku mampu tidur lebih lama dari yang aku rasakan aku mampu.
2. Aku mampu berada depan komputer lebih lama dari yang aku rasakan aku mampu
3. Aku mampu duduk bersembang lebih lama dari yang aku rasakan aku mampu

Kali ni, aku nak cuba yang ini. Sudah dapat fakta, aku kongsikan ya!

1. Aku mampu baca quran lebih lama dari yang aku rasakan aku mampu
2. Aku mampu berdiri dan solat lebih lama dari yang aku rasakan aku mampu

"Aku hidup dalam muzik aku. Aku mahu bawakan cahaya dalam muzik aku. Tapi, aku tahu untuk hidup, tidak cukup dengan muzik aku. Untuk hidup penuh pengertian "

- dari yang terfaham dari "On The Road To Findout"

at 12:06 AM
Categories: Labels:

2 comments  

Monday, August 9, 2010


Dulu masa kecik-kecik, fikir-fikir jugak . Dah besar pun, masih lagi.

Pasal melihat anak bulan ramadhan dan raya . Aku selalu tanya "anak bulan yang macam mana?" . Setakat ditipu anak bulan nyot-nyot puting dalam kad raya. Itu aku tak percaya .

Alah, kau macam-macam. Macam kau tahu.

Sebab yang aku percaya . Sejak era Parameswara, anak bulan waktunya malam gelap gulita . Langit mana pula yang bulannya jelas di mata?

. . .

Internet . Kau sendiri boleh mencari . Dan aku juga boleh begitu. Cuma almaklum, aku bukan puas sangat cara macam tu.

Teaser sambil makan appetizer!

Tarikh anak bulan bukan tarikh awalnya bulan Hijriah
Sebab tak mustahil ia mungkin terlewat, bahkan mungkin capai dua hari terlewat
Lain dan berbeza dengan kalendar Gong Xi Fat Chai . Itu cherita lain

Heh. Aku bukan nak bawa keliru . Ini penjelasan, tak nak jadi pak turut gitu-gitu. Hanya macam tu.
. . .

Logikkan?

Bila hari ke-29 mula masuk ke-30, bulan akan hilang dari pandangan. Dan dia akan muncul sikit-sikit mengikut masa berjalan.

Ini pula satu imej. Anak bulan yang termelecet sedikit, dari fasa mula. Fasa New Moon. Setelah lebih dari 24 jam ia menangis "aku sudah lahir".


Jadi, logiknya, adalah apabila orang zaman dahulu mencerap bulan, mereka mungkin dapat melihat dengan mata kasar, sehari atau dua hari selepas new moon. Selepas peralihan tepat fasa bulan yang terakhir.

Ini ilmu. Tapi, memang wajib puasa bila nampak bulan. Ini ilmu hanya pasal bulan.

. . .

Itu cerita bulan. Dan aku, selepas esok, mahu terus berlari mencari Alexandrina . Di situ ada lebih jawapan. Tentang Bulan.

Aku tengok bulan, kau bising. Tapi bila nabi-Nya Ibrahim tengok bulan, kau tak bising.

"Eh, siapa yang bising?! " "Erk"

Susah nak faham bahasa aku

at 1:16 AM
Categories: Labels:

2 comments  

Sunday, August 8, 2010


Bila lagi mahu tengok? Bila ada dari kita yang berjaya buat sesuatu yang luarbiasa, gambar yang diangkat tayang, adalah gambar seorang Khalifah Islam.

Sikit lagi. Usaha ya!

[selingan]

-Sapok Biki mengangkat gambar DS Dr. M (Tun) ketika berjaya dengan knockdownnya-

SUKOM 98 adalah siaran langsung sukan yang paling saya beri perhatian sangat tinggi. Sejarah, prestij dan warna-warni zaman dahulu. Padanya ada semangat dan perasaan yang dalam.

Manusia itu memang hebat. Kenapa perlu sentiasa pesimis kepada mereka? 

[habis selingan]

Sikit lagi . Tapi kena terus berusaha ya!

Bersatu hati, masa menyaksi
Di puncak jaya, kita kan bersama
Di persada puncak dunia, selamanya kita di sana

at 5:05 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Saturday, August 7, 2010


Sebut pasal pakej. Semua orang mahu pakej yang sempurna. Menyeluruh . Boleh dipasar kepada semua lapisan masyarakat. Versatile!

A'ah! Betul . Cuma, jangan sombong untuk terus belajar. Bukan, bukan! Apa-apalah. Aku hanya pesan supaya jangan sombong belajar.

Ada epal satu bakul. Satu kampung jaja epal satu bakul. Nah, kau sorang makan epal satu bakul!

"Jom sayang, layan mapley lain. Sini tak ada kailan goreng ikan masin. Apa boleh buat?"

. . .

Lancang!
Apa boleh buat?
Kalau mahu, terus belajar.

at 3:24 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Friday, August 6, 2010


Isi hati dengan masakan Itali . Hati, ya! Juga mahu dirai. Jadi, kadang-kadang ini jadi pilihan hati.

Tambahan . Sikap 'neat and tidy' tukang operasi restoran kos rendah ini, membantu menambah selera . Anda patut mencuba, bila hati perlu bersendiri mahu dirai.

After all. This's my second visit to Jannah : Italian Food Restaurant. The meal was Buri Broskana with Prawns and Basterma, (or whatever they named it~ :-p) plus Ashir Zabadi.

Credits to Mr. Waled, for the dishes. He's been working in various hotels, including Conrad, Le Meridien and  other kitchens in Sharm El-Sheikh.

Also, a bow goes to his mom, Madam Anwar, for the warm greeting.





Just in case, berminat nak melawat, restoran ini terletak di laluan utama Bawabah 2, Hayyu Asyir, Cairo. Bersebelahan kedai roti. Ya! Aku cerita tentang servis dan masakannya. Bukan rupa bentuk kedai. Jadi, tak perlu terkejut bila melawat nanti.

Kitchen hours : 3pm - 3am. Everyday, kecuali Rabu. 

at 1:50 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Thursday, August 5, 2010


Empat setengah pagi . Orang Islam perlu bergaya,

Sangat vast!
 . . .

Main Entry: vast 
Pronunciation: \ˈvast\
Function: adjective
Etymology: Latin vastus; akin to Old High German wuosti empty, desolate, Old Irish fás
Date: 1585


::: very great in size, amount, degree, intensity, or especially in extent or range ::

. . .

at 4:35 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Wednesday, August 4, 2010


Hidup berlari-lari, bawa sepanduk. Keliling-keliling, jalan pengembara.

Bercampur-campur. Tapi, there are no words, I can use. Because the meaning still leaves for you to choose. And, I couldn't stand to let them be abused, by you .

I'm being followed by a moon-shadow . Ada sinar dari wajah bulan terang. Ada tenang . Then, I won't have to work, no more.

Gila-gila . Sebab, mana ada orang hebat tapi tak gila . Hanya kerja gila saja yang gah bergaya . But, I couldn't stand to let them be abused, by you .

. . .

Semasa berlalu, zaman berubah, dia berubah, semua berubah . Tapi, kerusi itu masih di situ, untuk pengembara berhenti berehat . Merawat tenaga sekali dengan a sip of coffee.

Tak renggang. Hanya sedikit meregang . Bercampur-campur . Bicara ditutup bercampur-campur . Macam saham. Tapi, kalau mahu beli, beli sekali dengan jiwanya.

at 1:18 AM
Categories: Labels:

1 comments  

Tuesday, August 3, 2010


Hari-hari berlalu.

Kalau sakit jumpa doktor kan? Tapi, macam mana mahu jumpa, kalau tiada doktor.

Takut juga . Sebab . Ramai orang mati sebab cari tak jumpa doktor .

Dan tolonglah, kalau bukan doktor, jangan cuba-cuba . Pandai-pandai .

Hari-hari berlalu.

. . .

Oh very young
What will you leave us this time
You're only dancing on this earth for a short while
And though your dreams may toss and turn you now
They will vanish away like your daddy's best jeans

Oh very young
What will you leave us this time
You're only dancing on this earth for a short while

at 3:21 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Monday, August 2, 2010


Dua orang kawan berjumpa

"Hey, awak lahir hari apa?"
"Selasa . Awak pula?"
"Oh, saya lahir hari Jumaat!"
"Hah?!! - terkejut."
"Kenapa awak terkejut? "
"Er, saya ingat hari Jumaat, cuti."

Berjalan pergi

. . .

Dua orang kawan berjumpa

"Awak pernah tengok Sphinx?"
"Pernah, sekali dua."
"Ayah saya yang bina Sphinx tu, tahu!"
"Oh, ya? Tapi, awak pernah dengar Laut Mati?"
"Pernah. Kenapa ya?"
"Ayah saya yang bunuh dia."

Berjalan pergi

. . .

Dua orang kawan berjumpa

"Wah! lamanya tak berjumpa . Awak apa khabar?"
"Oh biasalah, hidup roller coaster. Eh, awak boleh simpan rahsia tak?"
"Mestilah, saya kan kawan awak yang paling setia"
"Saya tiada duit. Er, boleh pinjam seratus ringgit?"
"Releks dan tenang. Rahsia awak ni, akan saya simpan, seolah-olah saya tak dengar apa yang awak cakap tadi."

Berjalan pergi

. . .

Dua orang kawan berjumpa

"Berapakah jumlah 6 ekor kuda dicampur 4?"
"Oh.. erm.. erm..enam belas."
"6 + 4 = 10 lah, adui."
"Oh, saya ingat 5 + 5 , sepuluh."

Berjalan pergi.

. . .

Dua orang kawan berjumpa

"Hey, awak nak makan apa? Saya belanja"
"Mahu nasi dan kacang fasolia "

"Hah~ ini dia nasi dan kacang fasolia"
"Hey!! ada lalat dalam kacang fasolia lah. Apa ni!!"
"Habis? awak ingat ada apa? Daging? Hati?"

Berjalan pergi

. . .

Chak! Chak Chak!

Pemanis bicara dan skill tambahan . Bila pusing-pusing di tanah Mesir .

Bagi yang belum tahu, rakyat Mesir adalah rakyat mesra-lawak. Jadi kalau tension-tension, mari belajar lawak. Dari bagi jari, baik eratkan hati . Dari naik meluat, baik tarik nafas. Pegang tangan dan gelak kuat-kuat!

at 1:40 AM
Categories: Labels:

3 comments  

Sunday, August 1, 2010


Kau takkan pernah berasa nikmat . Sebab kalau semua yang kau mintak, semua kau dapat . Papa mahu itu, ayah mahu ini . Dan kau dapat .

Aku bersyukur sebab selalu aku hidup dalam tidak berada . Lebih dari selalu, aku menelan air liur . Bila kempunankan kawan ada ini itu .

Sebab tu juga, aku selalu berasa bagai menggelongsor bila rasa kurang . Huuuu. Yeeha! Kau tahu? Inspirasi itu datang dari pengalaman . Kisah hidup cernaan mata perasaan.

Kau tahu? Lagi indah bila kita betul-betul mahu, tapi memang kita tidak mampu . Dah usaha dah, sedaya mampu, dan haish~ belum sampai ke situ.

Ingat! Kalau-kalau . Kau berjaya itu ini, dengan gaya laluan senang. Itu langsung, tidak empati kepada golongan terkurang.

Nama naik tinggi menjulang, tapi, apa mukjizatnya? Tiada, sebab kau memang ada semua peluang.

Kau boleh berhenti bermain layang-layang. Dan, berlari memanggil kawan di hujung padang . "Nah, kau pula main layang-layang."

Hanya berpesan, agar usah berbangga dengan laluan mudah. Menang mudah.

at 6:48 PM
Categories: Labels:

0 comments  

 
>