Saturday, August 28, 2010


Alif . Ba Ta Tsa
Jim Ha Kho
Dal Zal Ro
Zai Sin Shin
Shod Dhod . Tho Zho
'Ain Ghein Fa
Qof Kaf Lam
Mim Nun Wau
Ha! Hamzah Ya!

Dari belakang ke depan. Tengah lompat ke depan. Main teka susun. Ikut mana suka susun.

Susun. Sampai dapat nama. Ikut barangkali, juta nama boleh dicari. Dan dari nama-nama itu nanti. Aku pohon juta-juta maaf dan apologi.

Mungkin aku banyak bawa khilaf. Bawa keliru. Senyap tak berlagu. Sunyi tak berpenunggu. Nasi tak jadi nasi, tak jadi bubur.

Cuma, yang aku nak kau faham. Aku minta kali ini masa. Dan kau berilah masa. Nanti, kalau aku minta jiwa. Kau pula beri jiwa. Tapi, memang kali ini aku perlu masa.

Aku sayang kau orang, sebab itu masa dengan kau aku kurang. Sebab aku tahu, kali ini, yang terbaik adalah aku kena bersendiri.

Teruskan positif. Kerana aku juga bernafas positif. Mungkin nak kata yang aku sensitif. Ya! Itu masih bagus. Sebab senantiasa dada kembang optimis.

Bezanya, terapi kali ini adalah masa.

Dan kalau hadir prasangka, kau tahu apa yang perlu di sana. Tapi, kalau tak tahu, diam saja.

at 1:55 AM
Categories: Labels:

 

4 comments:

Zaid said...

kat aku, kau tak payah minta maaf pun.
cukup kau mengaku aku hensem.

Thaaqhib Mohammed said...

. . .

maaf bukan no1. aku nak masa

Unknown said...

Masa sebahagian daripada rawatan.

Rawatlah cukup-cukup. Kemudian berlari lagi, ya?

Anonymous said...

thaaqhib, masa untuk apa?

 
>