Monday, August 30, 2010


Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersamalah kita jayakan
. . .

Malaysia should not be developed only in the economic sense. It must be a nation that is fully developed along three dimensions." - Tun M
. . .

Boleh berdebat, jarah itu jarah ini. Tapi, satu yang aku pinta. Bila memandang jauh, kuatkan pancaindera, tangkap gaya jaguh.

Malaysia kian hancur. Hampir jadi sejarah. Sudahlah sejarah makin ditipu. Mahu kah nanti cucu kita lagi ditipu?

Hukum nombor satu untuk bersatu; satukan seberapa banyak persamaan.

Maksudnya, bila aku tak beradab kencing berdiri. Kau masih lagi hormat, kerana aku tahu halal-haram mencari rezeki.

Atau. Bila aku nyalakan api mencucuh cerut. Kenduri aqiqah anak pertama, aku masih kau jemput.
. . .

Malaysia kelam. Malaysia penuh kabut. Ikut sajalah Islam, tampilkan pakej yang tak berserabut. Versatile, tapi masih berjiwa ta'abbud.

Dah-dah... aku mengarut. Duduk atas kerusi...tangan atas keyboard main facebook.

at 1:45 AM
Categories: Labels:

 

1 comments:

Anonymous said...

selagi minda x berubah..
selagi itu kita tak bebas..

 
>