Monday, August 9, 2010


Dulu masa kecik-kecik, fikir-fikir jugak . Dah besar pun, masih lagi.

Pasal melihat anak bulan ramadhan dan raya . Aku selalu tanya "anak bulan yang macam mana?" . Setakat ditipu anak bulan nyot-nyot puting dalam kad raya. Itu aku tak percaya .

Alah, kau macam-macam. Macam kau tahu.

Sebab yang aku percaya . Sejak era Parameswara, anak bulan waktunya malam gelap gulita . Langit mana pula yang bulannya jelas di mata?

. . .

Internet . Kau sendiri boleh mencari . Dan aku juga boleh begitu. Cuma almaklum, aku bukan puas sangat cara macam tu.

Teaser sambil makan appetizer!

Tarikh anak bulan bukan tarikh awalnya bulan Hijriah
Sebab tak mustahil ia mungkin terlewat, bahkan mungkin capai dua hari terlewat
Lain dan berbeza dengan kalendar Gong Xi Fat Chai . Itu cherita lain

Heh. Aku bukan nak bawa keliru . Ini penjelasan, tak nak jadi pak turut gitu-gitu. Hanya macam tu.
. . .

Logikkan?

Bila hari ke-29 mula masuk ke-30, bulan akan hilang dari pandangan. Dan dia akan muncul sikit-sikit mengikut masa berjalan.

Ini pula satu imej. Anak bulan yang termelecet sedikit, dari fasa mula. Fasa New Moon. Setelah lebih dari 24 jam ia menangis "aku sudah lahir".


Jadi, logiknya, adalah apabila orang zaman dahulu mencerap bulan, mereka mungkin dapat melihat dengan mata kasar, sehari atau dua hari selepas new moon. Selepas peralihan tepat fasa bulan yang terakhir.

Ini ilmu. Tapi, memang wajib puasa bila nampak bulan. Ini ilmu hanya pasal bulan.

. . .

Itu cerita bulan. Dan aku, selepas esok, mahu terus berlari mencari Alexandrina . Di situ ada lebih jawapan. Tentang Bulan.

Aku tengok bulan, kau bising. Tapi bila nabi-Nya Ibrahim tengok bulan, kau tak bising.

"Eh, siapa yang bising?! " "Erk"

Susah nak faham bahasa aku

at 1:16 AM
Categories: Labels:

 

2 comments:

Anonymous said...

lihat bulan. nampak bintang. pandang manusia.

leka.

buta. padahal ayat Tuhan disekelilingnya.

ada juga manusia. gila. mencari redha hamba. padahal sudah kenal tuhannya.

lalu berkatalah sang penjerit 'kemanusiaan' : "Lihatlah mereka hamba ideologi! terkelubung jumud di dunia sendiri! rosak! hina! lihat! lihat!"

padahal si 'hamba ideologi', sibuk. mengejar ekor sendiri.

Thaaqhib Mohammed said...

baring atas padang
mata atas pandang.

malam hari, masa dinihari.

 
>