Cubit sikit.
Aduh sakit.
Cubit sikit ya.
Sakitlah!
Cubit lagi.
Mak! Dia cubit.
Esok aku cubit lagi ya!
Mak, takut pergi sekolah.
"Kecut. Perut tegap, badan sasa, hati kecut."
. . .
Cubit sikit.
Kurang ajar, biar buku lima aku ajar!
Ops, panggil kawan mari balik aku ajar.
Aduh.
"Singkat. Muka kacak, otak singkat."
. . .
Seteru berebut beratur panjang.
Oh, abang kecik datang.
Mahu salam. Tunduk, serah tengkuk.
Ah, abang kecik pun saja.
Abang kecik, jiwa besar.
"Emas. Karat bukan karat-karat bekas"
. . .
Akhir zaman macam bangkai. Anjing datang koyak beramai-ramai. Tapi, waktu itu kau ramai.
Mungkin kau kecut. Mungkin kau singkat. Aku piala emas.
2 comments:
'faham'.
satu justifikasi.
pusing-pusing kejar ekor, sedar-sedar pening kepala, tempat masih sama.
penat. orang lain kejar dunia, aku kejar iman, tapi palit-palit dunia terlekat.
retorika manusia. benci. banyak cakap, tapi tangan tak ikut sama. baik duduk diam. tak tambah, sakit hati cuma.
jalan sudah terang, cara sudah tahu, orang sudah tunjuk, tapi semua tak ambil tahu.
jalan kena lurus, tapi tak mudah macam itu. ramai tukang tipu, satu hari semua lari, buat tak tahu.
muda. sekali. patutnya tonggak bangsa, tapi sibuk dengan ekor sendiri.
Dinukil oleh:
A Samad Said? bukan. aku bukan dia.
idea kat atas, sangat vast!
walau susun katanya kaku. macam keras.
Tapi ingat! nombor dan perkataan hanya di permukaan. Jujur itu dalam hati. Tanya hati.
Angguk tanda setuju
Post a Comment