Monday, August 2, 2010


Dua orang kawan berjumpa

"Hey, awak lahir hari apa?"
"Selasa . Awak pula?"
"Oh, saya lahir hari Jumaat!"
"Hah?!! - terkejut."
"Kenapa awak terkejut? "
"Er, saya ingat hari Jumaat, cuti."

Berjalan pergi

. . .

Dua orang kawan berjumpa

"Awak pernah tengok Sphinx?"
"Pernah, sekali dua."
"Ayah saya yang bina Sphinx tu, tahu!"
"Oh, ya? Tapi, awak pernah dengar Laut Mati?"
"Pernah. Kenapa ya?"
"Ayah saya yang bunuh dia."

Berjalan pergi

. . .

Dua orang kawan berjumpa

"Wah! lamanya tak berjumpa . Awak apa khabar?"
"Oh biasalah, hidup roller coaster. Eh, awak boleh simpan rahsia tak?"
"Mestilah, saya kan kawan awak yang paling setia"
"Saya tiada duit. Er, boleh pinjam seratus ringgit?"
"Releks dan tenang. Rahsia awak ni, akan saya simpan, seolah-olah saya tak dengar apa yang awak cakap tadi."

Berjalan pergi

. . .

Dua orang kawan berjumpa

"Berapakah jumlah 6 ekor kuda dicampur 4?"
"Oh.. erm.. erm..enam belas."
"6 + 4 = 10 lah, adui."
"Oh, saya ingat 5 + 5 , sepuluh."

Berjalan pergi.

. . .

Dua orang kawan berjumpa

"Hey, awak nak makan apa? Saya belanja"
"Mahu nasi dan kacang fasolia "

"Hah~ ini dia nasi dan kacang fasolia"
"Hey!! ada lalat dalam kacang fasolia lah. Apa ni!!"
"Habis? awak ingat ada apa? Daging? Hati?"

Berjalan pergi

. . .

Chak! Chak Chak!

Pemanis bicara dan skill tambahan . Bila pusing-pusing di tanah Mesir .

Bagi yang belum tahu, rakyat Mesir adalah rakyat mesra-lawak. Jadi kalau tension-tension, mari belajar lawak. Dari bagi jari, baik eratkan hati . Dari naik meluat, baik tarik nafas. Pegang tangan dan gelak kuat-kuat!

at 1:40 AM
Categories: Labels:

 

3 comments:

Ibnu Roslan said...

Kelakar~~

Jackster said...

ini lawak2 reka sndiri ke ? bley tahan lawaknye =D

Thaaqhib Mohammed said...

amek buku

 
>