Thursday, December 30, 2010



Yang membina aku, adalah sejarah lampau aku . Sehingga ke sini . . .

Sepanjang zaman untuk aku syukuri . Untuk aku teladani . Segalanya, seluruh noktah sejarah

Dan, hari ini perlu aku gagahkan . Supaya esok lusa dan ke hadapan, mampu aku syukurkan cerita-cerita di belakang

Sejarah yang mencipta aku sehingga mana yang terus aku maju

. . .

Satu dan dua . Dan tiga . Empat lima enam tujuh sampai habis angka . Habis berlari mencari infiniti . . .

Kita sentiasa dalam semangat zaman . Berjalan penuh keazaman !

. . .

Maka, beranikan lagi untuk mencabar wawasan . Kerana masih ada yang dambakan sumbangan

Kan?

at 10:51 PM
Categories: Labels:

2 comments  

Monday, December 27, 2010




Ho.. ho .. ho

Ho.. ho .. ho

Suara legend . Syair legend . Kerana hati ini sentiasa mencari kunci . Yang kukuh untuk alasan terus berdiri

Cahaya atas cahaya . Hati berkaca-kaca . Sampailah masanya berdua . Beradu bersama

Rama-rama bersyair madah ketika jatuh hati akan cahaya . Biarpun terbakar dek terpanar dengan api cahaya

Lantas perlu kita kembali mencari kunci . Yang kukuh untuk alasan terus berdiri

. . .

Beritakan kepada kawan, perihal kesejahteraan hati . Lambang cinta dengan Tuhan

Sehingga bersama Tuhan, dalam sekalian keadaan

. . .

Apa ini? Hah

at 1:39 AM
Categories:

3 comments  

Saturday, December 25, 2010



Bell Graph ?

Lakukan Google, untuk pantas . Lakukan lebih dalam, untuk lebih kemas

Aku katakan, paksi-x menempatkan kepelbagaian sifat dan karakter manusia . Ya! Iaitu manusia seperti aku . Kau

Dan seperti biasa, kiraan taburan manusia-manusia kajian (aku-kau-dia) mengambil paksi-y

. . .

Begini

Manusia bila dipandang rawak, atau mungkin sampai diteliti habis dalam, akan menepati taburan jangkaan seperti ini

Dikumpulkan beberapa karakter yang mendapat taburan aras tinggi pada skala . Yang memberi signal bahawa ia adalah adalah segolongan majoriti yang berkongsi persamaan dengan lebih ramai manusia

Dikumpulkan juga beberapa karakter yang mendapat taburan aras rendah . Yang mudah memberi rujukan bahawa mereka berkongsi persamaan dengan lampau sedikit manusia .

Juga memberi gambaran pantas, bahawa kehadiran karakter-karakter taburan aras rendah telah mewujudkan status berbeza (asing) yang sangat ketara dibandingkan dengan kelompok bertaburan tinggi

Hurm!

Jika diizinkan, pemerhatian sebegini boleh mengelaskan taburan manusia kepada 3 kategori umum . Majoriti, minoriti satu dan minoriti dua

Bentuk seakan-akan loceng menempatkan karakter-karakter bertaburan aras tinggi dan majoriti . Dan, mengingatkan kita untuk menyedari perbezaan ketara terhadap penurunan aras taburan apabila memasuki zon minoriti satu dan dua

Lakukan sekali lagi penelitian geraf . Dan, kemaskan

. . .

Manusia pelik dikira pelik, hanya kerana mereka berada di hujung Bell Graph . Dan manusia yang dikira normal dan ideal hanya kerana mereka menerima taburan beraras tinggi sekaligus majoriti

Sedangkan fitrahnya, manusia itu semua sama dan saling melengkapi dengan kepelbagaian ala-ala pelangi

Yang membezakan hanyalah taqwa dan meter rabbani

. . .

Kan?

Bermula hari ini, jangan mudah memandang gaya minoriti sebagai terlalu pasif . . . sedangkan itu hanyalah kecemerlangan bersifat pinggiran Geraf Loceng

Terakhir . Aku pastikan aku tak salah guna, salah faham . Macam kau pastikan juga tak salah guna, salah faham . Kerana itu kuncinya


Nota : Ini nota usang dan lunyai . Melainkan setelah keluar karya Demascus

at 3:34 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Thursday, December 23, 2010


Zaman sekarang . Adalah zaman publisiti dan zaman penambahbaikan imej

Sampai khidmat perubatan pun diberi nafas baru . Diperkenalkan idea Health Tourism . Agar dimanfaatkan dunia global dan perkongsian kemahiran . Di samping mempromosikan lagi lokaliti

. . .

Maka, aku akan pulang bercuti ke Malaysia !

25 Januari ini . Entah apa rasanya nafas baru itu nanti ya? Tapi, yang penting . . . semestinya penambah-baikan

Manfaatkan global, mempertaruhkan kemahiran dan membawa nama lokaliti . . . Mungkin kita boleh cuba untuk kembali perkenalkan 'Education Tourism' . Dengan pandangan yang sama seperti penambahbaikan imej yang lain


Ha Ha Ha . Jadi, betullah! Yang aku akan pulang bercuti, malah melancong lagi . Ke Malaysia

at 1:24 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Wednesday, December 22, 2010


Esok .

Aku akan keluar dengan penuh berinspirasi . Bukan untuk apa, hanya untuk membeli tiket pulang . Selepas tarikh yang aku berpuas hati, telah aku persetujui dalam hati

25 Januari 2011, aku akan pulang . Seawal jam 4 pagi akan bersafar ke Malaysia, bersinggah di Abu Dhabi

17 Jan dan 24 Jan . Aku puaskan berimtihan kedua hari itu! Cium-cium kerusi, dinding, tangga di situ . . . tak lupa pekena 'syai'

Esok, jom! Ke pejabat Ettihad Airways!

Nota : Esok juga nak buat lawatan yang lebih rasmi ke pelusuk gerbang Kota Kairo Fatimiah

at 11:46 PM
Categories: Labels:

1 comments  

Tuesday, December 21, 2010


Oh very young
What will you leave us this time
You're only dancing on this earth for a short while

And though your dreams may toss and turn you now
They will vanish away like your daddy's best jeans
Denim Blue fading up to the sky

. . .

And if you want this world to see a better day
Will you carry the words of love with you
Will you ride the great white bird into heaven

And though you want to last forever
You know you never will
You know you never will

And the goodbye makes the journey harder still






Oh very young!
What will you leave us this time

at 12:53 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Friday, December 17, 2010


Melihat negaraku roboh
Satu-satu nampak roboh
Anak watan sudah roboh
Pagar negara lagi roboh

Aku masih
Masih lagi di sini
Melihat negaraku roboh

Dan tak semestinya kala aku masih di sini
Langsung tak aku ambil peduli

Satu-satu
Masih ada harapan lagi

at 2:04 PM
Categories: Labels:

1 comments  

Monday, December 13, 2010


Apa yang perlu aku lakukan untuk lebih rapat dengan Tuhan ?

. . .

Maksud aku, betul-betul-betul rapat dengan Tuhan

Sebab optimis aku mati . Sebab yakin aku mati . Sebab semua kekuatan aku mati . Kuat tapi stamina rohani tidak sekuat itu lagi

Bila hari-hari aku, aku hilang dari Tuhan

. . .

Apa yang perlu aku lakukan . . . bila aku ingin sangat masa depan aku, tercipta seperti yang diidam ?

Sebab yang pasti, memang aku kuatkan semangat . Tinggal lagi, ada yang masih tak sempurna lagi

Mungkin ada yang masih belum aku tinggalkan lagi . . .

at 10:37 PM
Categories: Labels:

3 comments  

Thursday, December 9, 2010


Yang SPM, akan habis SPM . Yang itu, habis dan akan habis . Dan, akan terus lagi maju jaya . Ke depan, depan, ke hadapan

. . .

Infiniti, terus menaik sampai bila-bila . Orang bawah akan duduk di tempat kita . Kita naik, dan duduk di tempat orang lain . Orang lain terus naik

Tapi, kalau terus kekal di tempat sama . Akan berselisih dengan orang terkemudian . Kongsi tempat kita atau terus tinggalkan tempat kita . Kita pula yang terkemudian

Kan? Itu kalau kira macam itu . Dah tu? Zaman sekarang memanglah kena macam itu

. . .

Cuma, kalau berani mati dan gila saja yang boleh . Boleh cabar!

Islam ajar optimis . Tapi, nak kena berpada-pada lah kan?


Tapi, entah macam mana . . . aku sangat yakin . Boleh cabar!

at 11:47 PM
Categories: Labels:

1 comments  

Wednesday, December 8, 2010


Thaaqhib ! Jika awak mati malam ini . . .

. . .


Alah...acah main-main saja . Sebab sampai mati mahu main-main .

Hidup kan satu permainan . Dan yang dah bosan dengan kekalahan, cari kelainan . Lamunan mimpi, mimpi dan laungan . Raung dalam mimpi, satu pertarungan

Satu-satu, lama-lama jadi basi . Air besi pun sejuk dah basi

. . .

Pandainya dunia main kata . . .

Dan bila sedap dah rasa, naik sheikh naik lupa . Lagi pandai dunia main kata

. . .

Baru tahu tidur tak lena . Baru tahu tak tidur pun, mati boleh menjelma . Lepas sedar, mula lagi macam-macam-macam azam

Entah sampai mana sekarang?

at 11:27 PM
Categories: Labels:

1 comments  

Monday, December 6, 2010


Nak guna segala apa yang ada pada tahap optimum . Dan, kalau terpaksa gadaikan itu ini, maka, gadaikan itu ini

Tapi, banyak sangat benda . . . yang dah jadi sangat berharga . Tapi, terpaksa dipandang tepi buat sementara

Alahai

Semuanya kerana azam . Nak guna segala apa yang ada pada tahap optimum

. . .

Semoga kembali sempurna!
.
.
.
.
.
Aku pernah gembira mengejar sempurna . Aku pernah bercuti dari mengejar sempurna . Tak sedar, dalam bercuti pun, aku masih sempurna . Namun, selagi aku tak kuat, selagi itu aku tak sempurna

Aku ingin kembali sempurna . . . Nak guna segala apa yang ada pada tahap optimum

at 2:44 PM
Categories: Labels:

3 comments  

Sunday, December 5, 2010


Bila duit minyak petrol naik.. maka, segala barang runcit dan utiliti akan menggatal nak naik . Itu alasan untuk gula . Gatal!

LPG dan Diesel pula mengikut saja apungan harga minyak-minyak satu sekutu

. . .

Boleh mahu marah kerajaan sebab selalu kasi susah rakyat . Siapa sanggup kan? Hidup dengan barang asyik naik

Tapi, jom gebang gaya songsang sikit. Jom!

Mulakan begini . . .  Mula-mula asingkan . Katakanlah dunia ni tak da masalah tadbir . Tak pedulikan spekulasi dolar . Tak pedulikan penyangak petrol sedunia . Konon-kononnya tiada apa salah-tadbir di pihak global

Okeh !

Dalam pada itu duit minyak tetap wajib naik . Pasal apa?

Pasal setiap hari pasaraya mahu guna plastik . Pasal setiap hari rakyat mahu guna kereta mewah sendiri tak mahu naik bas . Pasal kita suka pasang lampu terang-benderang walau tiada orang di rumah

Pasal industri yang sedut karbon bumi makin menggila . Industri itu-ini memang gila . Dunia semput-semput, dengan warganya yang rakus

Semua mahu guna mesin . Semua mahu guna minyak . Semua mahu selesa . Semua mesti guna minyak juga

Mahu kasi besar . Mahu kasi maju . Mahu korek karbon-bumi juga lah!

. . .

Ha! Apa macam?

Kerajaan yang tadbir memang 'apa-mahu-cakap-ntah' . Tak cukup 5 purnama sembang pasal salah . Sengsara hidup bila duit minyak naik, macam sedut darah kasi kering

Tapi, tak ramai mahu gebang songsang pasal ini . Pasal kesedaran minyak dan karbon bumi

Bagi yang merasai jiwa bumi, dia akan faham cakap-cakap bumi, hari-hari . "Aku dah tak larat lagi"

at 3:14 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Thursday, December 2, 2010


Ke hadapan . . . jalan cerita kita semua akan berbeza

Dari situ, ada peluang saja, cepat-cepat ambil nafas dalam . Biar lega kembali seluruh jiwa . Biar yang dipandang itu masih lagi pada neraca yang sama

Dan hidup penuh berselisih itu wajib mengguris . Dan pada neraca yang sama, kita uzurkan mana yang terguris

Bekerjasama untuk masa depan semua kita bersama . Dengan kuatnya percaya dan saling percaya . Berusaha keras untuk percaya

Siapa tahu, di hujungnya . . . cerita kita rupanya cerita yang sama

. . .

Ke belakang . . . banyak lagi denai aku tinggalkan tidak berturap

Lepas dicantas tebas, aku biarkan semula . Seolah hanya berharga sekadar biar aku jalan lepas . Dan, tak terkemas dek aku walau kerap kali aku menoleh

Kita semua mendewasa dengan pelbagai cerita . Biarpun cerita aku lebih kusut, namun cerita kita semua dah menceriakan hari-hari yang dulu

. . .


Aku sentiasa belajar . Dan sehingga ke situ, aku belum mahir apa yang dibelajar . Kita semua pun akan terus sedang  belajar

Hari-hari nanti . . . . . .  biarlah Nil terus mengalir . Dan biarlah aku gian merindukan pasang surutnya kembali

Bila sudah jauh bersendiri . Yang sudah . . . sangat tidak lama lagi

at 3:52 PM
Categories: Labels:

0 comments  

 
>