Sunday, December 5, 2010


Bila duit minyak petrol naik.. maka, segala barang runcit dan utiliti akan menggatal nak naik . Itu alasan untuk gula . Gatal!

LPG dan Diesel pula mengikut saja apungan harga minyak-minyak satu sekutu

. . .

Boleh mahu marah kerajaan sebab selalu kasi susah rakyat . Siapa sanggup kan? Hidup dengan barang asyik naik

Tapi, jom gebang gaya songsang sikit. Jom!

Mulakan begini . . .  Mula-mula asingkan . Katakanlah dunia ni tak da masalah tadbir . Tak pedulikan spekulasi dolar . Tak pedulikan penyangak petrol sedunia . Konon-kononnya tiada apa salah-tadbir di pihak global

Okeh !

Dalam pada itu duit minyak tetap wajib naik . Pasal apa?

Pasal setiap hari pasaraya mahu guna plastik . Pasal setiap hari rakyat mahu guna kereta mewah sendiri tak mahu naik bas . Pasal kita suka pasang lampu terang-benderang walau tiada orang di rumah

Pasal industri yang sedut karbon bumi makin menggila . Industri itu-ini memang gila . Dunia semput-semput, dengan warganya yang rakus

Semua mahu guna mesin . Semua mahu guna minyak . Semua mahu selesa . Semua mesti guna minyak juga

Mahu kasi besar . Mahu kasi maju . Mahu korek karbon-bumi juga lah!

. . .

Ha! Apa macam?

Kerajaan yang tadbir memang 'apa-mahu-cakap-ntah' . Tak cukup 5 purnama sembang pasal salah . Sengsara hidup bila duit minyak naik, macam sedut darah kasi kering

Tapi, tak ramai mahu gebang songsang pasal ini . Pasal kesedaran minyak dan karbon bumi

Bagi yang merasai jiwa bumi, dia akan faham cakap-cakap bumi, hari-hari . "Aku dah tak larat lagi"

at 3:14 AM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>