Saturday, December 25, 2010
Bell Graph ?
Lakukan Google, untuk pantas . Lakukan lebih dalam, untuk lebih kemas
Aku katakan, paksi-x menempatkan kepelbagaian sifat dan karakter manusia . Ya! Iaitu manusia seperti aku . Kau
Dan seperti biasa, kiraan taburan manusia-manusia kajian (aku-kau-dia) mengambil paksi-y
. . .
Begini
Manusia bila dipandang rawak, atau mungkin sampai diteliti habis dalam, akan menepati taburan jangkaan seperti ini
Dikumpulkan beberapa karakter yang mendapat taburan aras tinggi pada skala . Yang memberi signal bahawa ia adalah adalah segolongan majoriti yang berkongsi persamaan dengan lebih ramai manusia
Dikumpulkan juga beberapa karakter yang mendapat taburan aras rendah . Yang mudah memberi rujukan bahawa mereka berkongsi persamaan dengan lampau sedikit manusia .
Juga memberi gambaran pantas, bahawa kehadiran karakter-karakter taburan aras rendah telah mewujudkan status berbeza (asing) yang sangat ketara dibandingkan dengan kelompok bertaburan tinggi
Hurm!
Jika diizinkan, pemerhatian sebegini boleh mengelaskan taburan manusia kepada 3 kategori umum . Majoriti, minoriti satu dan minoriti dua
Bentuk seakan-akan loceng menempatkan karakter-karakter bertaburan aras tinggi dan majoriti . Dan, mengingatkan kita untuk menyedari perbezaan ketara terhadap penurunan aras taburan apabila memasuki zon minoriti satu dan dua
Lakukan sekali lagi penelitian geraf . Dan, kemaskan
. . .
Manusia pelik dikira pelik, hanya kerana mereka berada di hujung Bell Graph . Dan manusia yang dikira normal dan ideal hanya kerana mereka menerima taburan beraras tinggi sekaligus majoriti
Sedangkan fitrahnya, manusia itu semua sama dan saling melengkapi dengan kepelbagaian ala-ala pelangi
Yang membezakan hanyalah taqwa dan meter rabbani
. . .
Kan?
Bermula hari ini, jangan mudah memandang gaya minoriti sebagai terlalu pasif . . . sedangkan itu hanyalah kecemerlangan bersifat pinggiran Geraf Loceng
Terakhir . Aku pastikan aku tak salah guna, salah faham . Macam kau pastikan juga tak salah guna, salah faham . Kerana itu kuncinya
Nota : Ini nota usang dan lunyai . Melainkan setelah keluar karya Demascus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment