Monday, November 29, 2010




Wind East and West (A dedication to Prophet Muhammad PBUH)


i follow the wind.. east and west
i know i'll.. never never rest
'til i have found that.. happiness
in your good company

i've wished.. a thousand nights
to be in your.. heavenly light
that day i'll.. find my sight
in your good company

i follow the wind.. east and wind
i know i'll.. never never rest
'til i have found that.. happiness
in your good company

the lake of kawthar.. waits for you
and all beloved.. people who
God has blessed.. and chosen to
be in your good company

Salli ala seyyidina en-nabiyy
Salli ala seyyidina el-habeeb
Salli ala seyyidina wa sallam
(repeat)

Salla Allahu.. alaihi
wa ala.. aalihi
ridwan ala.. as-habihi
All good company
(repeat)

Salla Allahu.. ala 'l-anbiyaa
wa 'ssaliheen.. wa 'shuhadaa
wa 'ssiddiqeen.. fil Janna
All good company

Salli ala seyyidina en-nabiyy
Salli ala seyyidina el-habeeb
Salli ala seyyidina wa sallam
(repeat)

Salla Allahu.. alaihi
wa ala.. alihi
ridwan ala.. ashabihi
All good company

Salla Allahu.. ala 'l-anbiyaa
wa 'ssaliheen.. wa 'shuhadaa
wa 'ssiddiqeen.. fil Janna
All good company

at 8:29 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Sunday, November 28, 2010


Okeh . Aku mula mencuplik kalimah 'Nokotta' setelah menonton muvi Sumolah, ke belakang tahun 2006 . Dari situ aku banyak belajar roh 'Nokotta'

Suatu semangat yang memaksa ukuran kesungguhan pada diri sendiri, dan tidak terjejas dengan tekanan lawan sekeliling . Semangat mencari kekuatan dalam diri, dan bukannya ingin menewaskan orang lain

Ya! Nokotta!

Dan sekali lagi, aku berjaya memupuk semangatnya . . . sepanjang 12 jam jatuh bangun di 10th 100km Pharaonic Run


" Aku kalah kerana ingin terlalu mengalahkan lawan, walhal kunci menang itu pada diri sendiri " -2006
















Lagi piktar-piktar-piktar di sini, sini dan sini .

at 1:03 AM
Categories: Labels:

1 comments  

Saturday, November 27, 2010



Cerita penuhnya sangat berdrama . Sangat inspirational . Dan berharga momen-momennya

Terima kasih kepada  co-pilot yang bekerjasama . Kita akan mencari seberapa banyak yang boleh dari momen kita bersama . Kan?

. . .

Aku tak berjaya selesaikan jumlah keseluruhan angka yang dicabar . Tapi, sekurang-kurangnya aku bangga melepasi potensi 20 kilometer yang pertama dengan selesa , stabil dan berdaya saing

Secara deduktif, aku boleh meneruskannya ke hadapan mungkin sekali ganda

Cuma, mungkin memang aku sangat lemah dalam serangan psaiko situasi . Itu jadi asbab utama aku terduduk dan terjelopok sebaik sahaja meningkat kilometer-kilometer yang baru

Dan, tak pernah lagi aku berpengalaman dengan situasi sebegitu . Jalan panjang tak berpenghujung di tengah kota sahara, ditambah kabus-kabus yang memberi tekanan kepada kawalan psaiko

Ya! Nokotta!

Nokotta itulah yang aku pesankan kepada diri sendiri dari awal berlari dan berkali-kali . Dan kerap kali aku rakus dengan kemajuan aku, hingga lupa untuk benar-benar memahami roh Nokotta

Campur berhenti . Campur melompat jarak . Campur itu vampur ini . Aku hanya berjaya menyelesaikan jarak 52 kilometer sahaja . Argh!!! Sangat bukan Thaaqhib

Ya! Masih lagi berjaya dengan standard marathon penuh . Tapi, sangat kecewa dan menyesal dengan kelemahan psaiko aku

. . .

Tapi, sebenarnya . . lebih dari itu yang aku dah pelajari, sepanjang 12 jam berhempas pulas tadi

//sehingga co-pilot aku berpeluang menghulurkan gambar-gambar inspirational

at 12:17 AM
Categories: Labels:

2 comments  

Monday, November 22, 2010




Aku bukan kipas-susah-mati dan takkan sampai bermati-mati melayan lagu ini

Cuma, lagu-nya berjaya dibawa dengan baik . Dengan susunan muzikal yang kemas . Tak lah sangat kreatif, tapi, mampu beri lonjakan kepada lagu genre pop sebegini

Aku mula berminat apabila sangat tertarik dengan petik-petik gitar bass yang sangat 'semart!' dan diperjelaskan

Plus, kalimat-kalimat yang dipersembahkan begitu puitis dan mewakilkan skrip ceritera . Apatah, dalam masa yang sama, masih relevan dipandu muzik pop

"Mungkinkah ada esok tu ku ukirkan kalimah, menjadi arca pembuktian pengabdian cinta"

at 2:42 PM
Categories: Labels:

2 comments  

Saturday, November 20, 2010



Boron . Adalah sangat banyak dan bersepah-sepah di siti-situ-sana-sini . Di udara, tanah juga air

. . .

Seperti biasa . . . semua unsur bumi perlu sekitar kuantiti secukupnya, dengan maksud cukup-cukup tak perlu lebih

Dan sememangnya, segalanya di bumi sentiasa cukup-cukup

Melainkan, hanya apabila ia dicerap menurut ukuran satu kontena kecil . Mungkin berlaku perubahan kuantiti zarah .

Adapun, kes perubahan kuantiti tersebut akan tetap sedikit mengundang masalah . . . selama mana menunggu masa pemulihan semula

Secara semulajadi ia akan tetap kembali kepada ukuran asalnya semula

. . .

Jumlah Boron yang lebih luarbiasa dari biasa, dalam pelbagai ragam . . . mampu mengubah keharmonian tubuh badan

Di udara, sudah tetap secara azali kiraannya . Tetapi ia boleh menerima pertambahan samada melalui pemecahan partikel di tanah, juga boleh melalui pengewapan partikel air

. . .

Mengambil ukuran di dalam kamar mandi .

Dengan ruang lingkup lebih kecil dan saiz lebih sempit, isu kandungan Boron dalam udara boleh diundi-menang untuk dipandang serius

Juga berkira-kira dengan kadar kandungan Boron dalam air paip, yang tetap tidak hilang sekalipun setelah dirawat

Seterusnya, melihat kepada potensi pengewapan Boron dalam air ke udara . . . yang menyumbang kepada peningkatan nombor bilangan zarah Boron di udara

Ditambah tempoh masa berkurung yang mungkin lama, bilasan air yang berlarutan juga pancuran shower yang laju berterusan

Ini sekaligus mengundang pendedahan tubuh kepada Boron, dengan terlalu banyak dan hampir tepu

. . .

Jika aku ini namanya tikus makmal, maka, aku sangat takut bersentuhan terlalu banyak dengan Boron

Kerana . . .

Sistem reproduksi aku mungkin terganggu . Plus, mungkin terus tidak berfungsi jika terus berlaku

Dan, dan, dan, dan etcetera etcetera

. . .

Itulah Boron dalam bilik air . Lagi pilihan untuk berjumpa Tuhan di mana-mana

Tapi ! Jangan berhenti di sini sahaja . Kau belum lagi mendapatkan hak akademik sebenar . Pasal lebih dalam . Pasal Boron .

Teruskan bergerak mendapatkan Tuhan, ya!

at 2:43 AM
Categories: Labels:

3 comments  

Thursday, November 18, 2010


Masih tak cukup rupanya . Bermakna aku perlu berusaha lagi

Bukan setakat mempositifkan hati . Itu tak cukup, sebab aku perlu sikit lagi . Sikit lagi usaha ke depan 

Memastikan hati aku layak laku di pasaran . Walau tak lah terhangat sangat di pasaran

Sekurang-kurangnya rakyat jelata maklum pakejnya baik . Dan saling mesra sama-sama bina dinamik

. . .

Masih tak cukup rupanya . Bermakna aku perlu berusaha lagi

Menjadi lebih manusia . Membaca lebih jiwa

Walaupun aku sangat-sangat selesa . . . . rupanya masih tak cukup lagi usaha

. . .

Tapi, mahu mula dari mana?

Hurm! Okeh

Pada bila-bila masa, mana-mana tempat, apa-apa cara . . . Kau boleh menegur kelajuan dan kegilaan aku 'memandu' . Walau sejak dahulu dah ditawarkan, tapi, sekali lagi aku war-warkan

Terima Kaseh

at 3:59 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Tuesday, November 16, 2010


Hari Raya Korban . Ayuh !



Lebih original di Facebook John Peng

"Melakar sejarah di masa hadapan"
.

at 9:38 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Sunday, November 14, 2010


Aku pernah terlupa bayar makan di warung makan . Dan dengan selamba keluar bersahaja


Mungkin makcik kedai sangat sibuk . Tak perasan yang aku basuh tangan dan terus mencapai beg. Lalu keluar begitu sahaja

Sampai di masjid, aku cadang untuk bersolat Asar dan melepak sebentar menunggu Maghrib

. . .

Kalau tak kerana tabiat aku menyusun kepala, mengira-ngira kronologi . . . Mungkin tak kan terperasan yang aku tak bayar lagi

Bila tersedar, terus aku berlari ke kedai . Dan menghulur duit kepada makcik kedai

. . .

Suam hampir sejuk . Makcik kedai jadi pelik. . . "Apa pasal budak ni?"

. . .

Samada aku dah bayar, dan aku terlupa . Atau aku tak bayar, tapi, makcik dah lupa

Atau makcik tersentak terduduk . Sebab masih ada lagi orang baik dan jujur. . . Di tengah kota Kuala Lumpur

Ha ha ha . Padahal aku yang lurus bendul

at 2:41 PM
Categories: Labels:

1 comments  

Friday, November 12, 2010


Siti suka layan loya buruk . Mengarut macam mana pun, Siti akan layankan saja . Cucu kan? Dapat cucu, dapat yang gila-gila

Siti ajar buat kuih loyang, mengujakan tekniknya . Siti ajar hidup susah . . . Nah, ambik! Goreng nugget guna minyak kelapa lama

Siti sangat bersejarah bila diceritakan tentang kisah roti canai dan sambusatnya . Kisah hajjah-nya . Cerita lama

Siti sudah banyak yang dilupa . Tapi Yasin Sajjadah tak pernah lupa . Zikir, munajat, syair masih lekat di kepala

Siti sakit dan Siti dah tua

. . .

Opah garang . Opah juga sangat baik, sebab Opah tak garang dengan semua orang

Opah ada rahsia tangan, bila masak daging masak kicap . Ini bukan yang biasa-biasa, tapi memang berhantu ada rahsia . Tak mampu nak wariskan ini harta

Opah sangat pemalu, malu untuk tidur . Kalau kantoi tertidur, terus bangun ke dapur . Cover . . .

Opah bertenaga aktif dan sangat produktif . Sampai kalah orang muda, punya aktif

Opah pun dah sakit, Opah dah tua

. . .

Itulah kitaran hidup . Mula-mula muda, akhirnya tua . Kuat macam manapun, kita tetap ada had tua

Rugi orang muda, bila kalah dengan orang tua

Nanti . . . ibu ayah pun akan tua . Aku pun meningkat dewasa . Dan ikut sama jadi tua .

Waktu itu baru nak sedar yang kita sudah jauh berbeza . . . standard tua kita mungkin dah berbeza

. . .

Kalau muda tidur, maka, tidur sampai tua

at 11:32 AM
Categories: Labels:

1 comments  

Tuesday, November 9, 2010




Kan?

Banyak pahala dia kan? Peluh masin dicampur passion . . . cair fantabulous!

. . .

Sentuhan magis, akan buat aku khayal dan tambah bersemangat . Apa aku begitu rapuh, sampai perlu pemangkin serapuh ini?

Tapi, kau pun tahu kan? Betapa magisnya sentuhan itu . . .

Tahukan? Mungkin akal mudah ditipu dengan sentuhan manisan . Dan, mungkin akal perlu ditipu kadangkala dengan manisan

. . .

Ini bukan semata-mata jalan semangat . Ada semangat lain yang perlu dicari mata

Haish . Mengeluh, selepas manusia kerap kali hilang . . . dan mula mencari selain Tuhan untuk sedikit rasa bangkit

at 11:01 AM
Categories: Labels:

1 comments  

Sunday, November 7, 2010


Jom, mari berchenta!

KRU ada sebuah lagu . Lagu dedikasi untuk Norman yang masih belum kahwin ketika itu . Lagu 4 syarat, kalau-kalau mahu jadi isterinya .

Alah~lagu lagha saja . Untuk buat sembang-gelak dan iyakan saja ...

Mulutnya mesti ringan seramah Anita
Senyumannya harus menggoda semanja Ella
Suaranya merdu.selembut oh Shiela
Berhemah ala Siti.berbudi bahasa... itu saja

Ha ha ha . Berchenta ya?

Ha ha ha . Tanya aku? Aku tak main lah yang gaya ini . Kan? Sebab kalau aku, yang sampai syurga yang aku cari! . . .Ya

Kalau aku-lah . Aku cari yang punyai setinggi ketabahan yang tinggi . Tabah untuk menyokong dan membantu aku bina industri

Nanti bila mati, tiada apa yang istimewanya yang tinggal lagi . Semuanya habis untuk industri, yang sama-sama dibinakan potensi serta kepercayaan magik! . . .

Jangan harap mahu senang, bila memilih aku . Itu lebih dari pasti

Dan, bila aku sampai di perenggan-perenggan yang aku baca hari itu . . . aku tertanya-tanya . Apa adakah lagi wanita seperti yang dalam perenggan ini, untuk aku kenali ?

.....Feynman refused to accept Challenger investigation commissioners invitation, at first. But later, he went for opinions of the others.....

I called various friends like Al Hibbs and Dick Davies, but they explained to me that investigating the Challenger accident was very important for the nation, and that I should do it.

My last chance was to convince my wife. "Look," I said. "Anybody could do it. They can get somebody else."

"No," said Gweneth. "If you don't do it, there will be twelve people, all in a group, going around from place to place together. But if you join the commission, there will be eleven people—all in a group, going around from place to place together—while the twelfth one runs around all over the place, checking all kinds of unusual things. There probably won't be anything, but if there is, you'll find it."

She said, "There isn't anyone else who can do that like you can." Being very immodest, I believed her.

(What Do You Care What Other People Think - Feynman Investigation on Challenger accident)

Kan? Kan?

Hanya orang gila yang mahu berchenta dengan orang gila . Ha ha ha

at 1:18 AM
Categories: Labels:

1 comments  

Friday, November 5, 2010


Nak marah macam-macam mana pun, memang takkan dapat ubah

. . .

Mungkin hari dimulakan dengan sangat tidak baik . Maka, hari jadi tidak baik . Atau mungkin rezeki Tuhan bagi nak suruh jadi baik sikit

Selama ni . . aku selalu saja dengar rintihan kawan-kawan yang pernah terkena. Malah, angka amaun lebih berganda-ganda marvelesnya

Tapi, mungkin sebab tak kena batang hidung, kaki tak tersadung . . . itu yang tak rasa apa-apa rugi-untung

Sekali kena sebiji, duit kena telan mesin . . . Ha! Baru nak tahu seksanya. Baru nak tahu, tuhan yang mana yang patut disembah ketika senang dan susah

Baik! Ini nasihat . Bila nak withdraw duit dari ATM di Mesir, janganlah terlalu gembira. Kerana aku sendiri tak berani nak jamin . . . adakah kali itu bukan giliran aku yang kena

Kau pun tahu kan? Mesin di sini semuanya datang bulan setiap bulan . . . Dibuatnya meragam, kita lah yang jadi mangsanya meragam

Dan bila dah terpeleot, boleh saja cari jalan penyelesaian . Tapi, macam biasa lah . Ini Mesir mah!

Alahai, harap-harap ini kaffarah dosa . Harap-harap ini untuk kasi sikit lagi booster. Zulhijjah kan?

. . .

Okeh. Dari dari dari dari dari layan tension . . . baik layan kopi. Jom kopi!




Tapi... "memang thambi lah!" thambi thambi thambi thambi thambi thambi thambi thambi thambi thambi thambi thambi thambi thambi!

at 10:36 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Tuesday, November 2, 2010


Super-pancit! Mana pergi stamina?

. . .

Macam mana ya? Kalau kita mahu mendaki dan kita rasa sangat susah nak mendaki. Eh, kita tahu, yang kita mampu mendaki. Cuma, kita bila mendaki kita asyik terhenti.

Kan? Sebab itulah.

Sebab itulah kena tahu . Hidup ini perlu sangat bergantung kepada Tuhan.

Macam-macam-macam-macam mana pun kuatnya kita, aku akan tetap lemah bila tanpa Dia.

Dan, tak mustahilkan? Kalau aku lepaskan segala-galanya, dan hanya berlenggang saja untuk sampai ke puncak . Sampai ke puncak bersama Dia!

. . .

Dan aku penat . Ultra-pancit! Mana pergi nafsu?

at 10:12 AM
Categories: Labels:

2 comments  

 
>