Sunday, November 14, 2010


Aku pernah terlupa bayar makan di warung makan . Dan dengan selamba keluar bersahaja


Mungkin makcik kedai sangat sibuk . Tak perasan yang aku basuh tangan dan terus mencapai beg. Lalu keluar begitu sahaja

Sampai di masjid, aku cadang untuk bersolat Asar dan melepak sebentar menunggu Maghrib

. . .

Kalau tak kerana tabiat aku menyusun kepala, mengira-ngira kronologi . . . Mungkin tak kan terperasan yang aku tak bayar lagi

Bila tersedar, terus aku berlari ke kedai . Dan menghulur duit kepada makcik kedai

. . .

Suam hampir sejuk . Makcik kedai jadi pelik. . . "Apa pasal budak ni?"

. . .

Samada aku dah bayar, dan aku terlupa . Atau aku tak bayar, tapi, makcik dah lupa

Atau makcik tersentak terduduk . Sebab masih ada lagi orang baik dan jujur. . . Di tengah kota Kuala Lumpur

Ha ha ha . Padahal aku yang lurus bendul

at 2:41 PM
Categories: Labels:

 

1 comments:

Zaid said...

makan di kafe di fakulti.

seminggu aku hutang. (makan lupa bayar)

 
>