Saturday, November 20, 2010



Boron . Adalah sangat banyak dan bersepah-sepah di siti-situ-sana-sini . Di udara, tanah juga air

. . .

Seperti biasa . . . semua unsur bumi perlu sekitar kuantiti secukupnya, dengan maksud cukup-cukup tak perlu lebih

Dan sememangnya, segalanya di bumi sentiasa cukup-cukup

Melainkan, hanya apabila ia dicerap menurut ukuran satu kontena kecil . Mungkin berlaku perubahan kuantiti zarah .

Adapun, kes perubahan kuantiti tersebut akan tetap sedikit mengundang masalah . . . selama mana menunggu masa pemulihan semula

Secara semulajadi ia akan tetap kembali kepada ukuran asalnya semula

. . .

Jumlah Boron yang lebih luarbiasa dari biasa, dalam pelbagai ragam . . . mampu mengubah keharmonian tubuh badan

Di udara, sudah tetap secara azali kiraannya . Tetapi ia boleh menerima pertambahan samada melalui pemecahan partikel di tanah, juga boleh melalui pengewapan partikel air

. . .

Mengambil ukuran di dalam kamar mandi .

Dengan ruang lingkup lebih kecil dan saiz lebih sempit, isu kandungan Boron dalam udara boleh diundi-menang untuk dipandang serius

Juga berkira-kira dengan kadar kandungan Boron dalam air paip, yang tetap tidak hilang sekalipun setelah dirawat

Seterusnya, melihat kepada potensi pengewapan Boron dalam air ke udara . . . yang menyumbang kepada peningkatan nombor bilangan zarah Boron di udara

Ditambah tempoh masa berkurung yang mungkin lama, bilasan air yang berlarutan juga pancuran shower yang laju berterusan

Ini sekaligus mengundang pendedahan tubuh kepada Boron, dengan terlalu banyak dan hampir tepu

. . .

Jika aku ini namanya tikus makmal, maka, aku sangat takut bersentuhan terlalu banyak dengan Boron

Kerana . . .

Sistem reproduksi aku mungkin terganggu . Plus, mungkin terus tidak berfungsi jika terus berlaku

Dan, dan, dan, dan etcetera etcetera

. . .

Itulah Boron dalam bilik air . Lagi pilihan untuk berjumpa Tuhan di mana-mana

Tapi ! Jangan berhenti di sini sahaja . Kau belum lagi mendapatkan hak akademik sebenar . Pasal lebih dalam . Pasal Boron .

Teruskan bergerak mendapatkan Tuhan, ya!

at 2:43 AM
Categories: Labels:

 

3 comments:

Anonymous said...

boron tu ap thaaqhib?

Zaid said...

boron jugak ialah elemen dalam asid borik. asid borik digunakan sebagai racun serangga, antiseptik, dan lain2.

dulu2 ada isu asid borik ada dalam mee kuning kat malaysia.


anon:
klik sini nak tau apa tu boron?

Thaaqhib Mohammed said...

terbaik lah yed!

anon : kena buat homework macam encik zaed (hidup sehat

 
>