Dipaksa teringat kisah telur. Terlupa ke belakang 15 tahun ke belakang . Atau lebih bertahun-tahun ke belakang.
. . .
Aku ketika itu masih lagi anak jagung
Yang sedang bermain-main di tepi rumah kayu . Di depannya ada pokok tua limau bali . Di serambinya sibuk orang minum kopi
Aku bermain kejar-kejar ayam . Anak ayam aku kejar dan pusing-pusing . Sampai lah aku mula berfikir . Kenapa anaknya sahaja yang berlari tanpa terlihat si ibu di sisi
Bertindak spontan . Tubuh aku yang kecil mudah sahaja muat dengan reban ayam yang sempit . Aku masuk dan aku selongkar selidik . Spontan
Mudah saja ditemukan si ibu yang sedang berehat mengeram si anak yang belum menetas . Disergah sekali, ibunya terkejut bingkas lari . Tinggallah telur-telurnya yang beberapa biji
Budak kecil, otak yang ligat mempelajari sesuatu dan penuh gaya spontan . Apalah agaknya yang dapat dijangka bila dah bertemu, telur-telur kecil yang kecil dari biasa .
Telur ayam kampung . Yang dilihat bukan di pasaraya, tapi di kampung ketika hari raya. Alah, budak bandar . Itu mestilah kena jakun! Siapa yang tak jakun kan?
Hehe, walaupun sebenarnya orang lain cool biasa-biasa saja.
Dalam diam . Aku ambil telur satu biji . Kecil-kecil, aku ambil atau aku curi, itu tiada beza. Alah, budak kecil
Kecoh aku bising . Pergi belakang kecoh cari plastik . Isi pasir biar penuh . Kemudian letakkan telur biar selesa, dan kambus sedikit-sedikit
Gelak ketawa di sekitar rumah . Gelakkan aksi spontan dan lucu si budak mentah . Budak bandar di hari raya, dengan plastik berisi telur dengannya.
Aku tak pasti waktu itu, itu ketawa redha atau ketawa "hayya, ini budak!"
Dari Baling hingga ke Ipoh . Yang aku paling kesah, bukannya perjalanan direntas. Tapi, "adakah telurku sudah menetas"
Tiba di Ipoh. Aku keluarkan bahan kajian dan letakkan di reban atok di belakang dapur. Aku persaudarakan telur itu dengan sekawan telur tuan rumah.
Dan cerita berlalu, dengan harapan aku . Melihat anak ayam yang dari telur yang aku ambil hari itu.
Selepas setahun, aku kembali . Dan, telur itu sebenarnya tidak menjadi . Di situ, cerita mendadak turun berakhir
. . .
Jadi cerita. Aku sudah menempa nama yang masyhur di kampung . Kampung Sungai Limau, Baling, Kedah . Tak cukup popular, tapi sedikit masyhur lah!
"Oh~ yang curi telur tu ya! Dulu-dulu, curi telur ayam tu"
. . .
Terbaru . Suami kepada sepupu kepada ayah (Mak Teh), baru sahaja meninggal dunia. Dan telur yang dicuri dulu, adalah dari reban ayam suami Mak Teh
Innalillah. Semoga semua urusan dipermudahkan dan sempurna . Kita jumpa di syurga . Sampai syurga cerita telur kita bawa
Thursday, September 30, 2010
at
1:11 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
1 comments
Sunday, September 26, 2010
Isi semasa tazkirah selepas Isyak . Dari hari-hari di Masjid Salam.
. . .
Yang menyebut la ilaha illallah sehingga dia berangkat keluar dari dunia . Yang itulah dijamin syurga . Kerana di tangan sudah tergenggam anak kunci, mata pembuka gerbang syurga.
Cuma, tiap anak kunci perlu bergigi. Tiada fungsi kalau kunci tak bergigi. Masuk, pusing gerak-gerak. Pintu tetap kejap tak berganjak.
Wajib ada gigi kunci. Wajib ada syarat sebelum la ilaha illallah jadi saksi mati
Tujuh yang diekstrak dari hadis nabi. Tujuh yang dibaca sebagai pra-syarat mandatori
Satu ... la ilaha illallah perlu dengan ilmu
Dua ... la ilaha illallah perlu dengan yakin
Tiga ... la ilaha illallah perlu ada tanda amalan terkabul
Empat ... la ilaha illallah menyusul dengan ikrar membenarkan
Lima ... la ilaha illallah (?)
Enam ... la ilaha illallah dialaskan keikhlasan redha-Nya
Tujuh ... la ilaha illallah disulami chenta dan penghambaan hina
. . .
Bahasa Arab
Kafir; datang dari kata kerja kafara . Juga bermaksud ghotho. Bermaksud menutup. Kekufuran yang disebabkan jiwa ditutup dari cahaya hidayah.
Ilmu; datang dari kata nama ilmun. Datang membawa maksud lebih luas dari arif. Jika berilmu, bermakna menguasai setiap tangga dalam ilmu.
Jika arif; arif dalam kepelbagaian pengetahuan, tetapi tidak sempat menuruni tiap tangga. Kan yang bertaqwa itu yang ulama' berilmu? Tidak sekadar arif.
. . .
Ini sembang-sembang agama biasa. Boleh meniti di mana-mana bibir manusia.
Tapi bila kau sudah khayal, kau mampu terbang melepas lebih jauh. Bermula hanya sekadar bual-bual. Dan kau hilang dalam lipatan khayal.
Sebab itu, baru rasa nikmat, bila khayal.
at
10:45 PM
Categories:
Labels:
Kongsi dan Kunci
2
comments
Saturday, September 25, 2010
Aku akan mula menulis
Judulnya diberitahu nanti
Gayanya kau jangan terkejut
Sebab masih belum aku distribute
Tapi pasti terhangat di pasaran
Gaya genre sulung di pasaran
Nanti kalau sudah diedar
Cepat-cepat beli yang ori
Usaha sampai kau dapat yang ori
Sebab aku sebenarnya menulis dalam hati
Pasaran terhad dalam hati
Terjumpa di luar? Itu bukan ori
at
11:37 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
1 comments
Friday, September 24, 2010
Kenal si tua ini?
Siapa yang rajin turun naik Puduraya. Yang singgah-menyinggah Pasar Budaya. Juga siapa yang rajin melintas kaki lima Masjid Jamik di Kotaraya. Itu pasti sudah maklum di sisi mereka.
Si tua yang sekilas gila. Dua kilas bijaksana. Tiga kilas... memang gila.
Merantau dari asalnya ke sini-sana. Cuba membawa manusia ke dalam dunia magika. Kata orang, dia khayal tak sudah. Majnun gila.
.. .
Aku ada sebuah takdir. Kebetulan, bukan hanya terserempak buta. Tetapi, sempat beramah mesra lagi mengatur janji kedua.
Bukan sekadar berjumpa, tapi habis satu jam bersua bicara. Tak sekadar berbicara, berpeluang bertukar buku bahan dibaca.
Bukan sekadar kebetulan. Itu takdir. Dah memang ini jiwa aku.
Tak pantas lalat aku tepis, selagi belum aku nikmati mata romantis.
. . .
Ingat! Orang gila yang kau pandang gila, tak pernah segila yang kau fikirkan. Selamanya zamrud akan terus menjadi pasir sahara, jika lah satu dunia memandang pasir tiada guna.
Dan, kalau tak ada yang sudi. Biar aku saja yang beli. Nanti aku jadikan azimat kendiri.
. . .
Ini pakcik Halim. Dan aku memahami dia. Kau mungkin tak faham kenapa aku beria-ia. Sebab ini cerita setahun yang dah lepas.
Aku tertarik, ketika keluar surau di hentian bas Gopeng. Ketika itu, beliau sedang duduk berehat menunggu bas ke Kuala Lumpur.
"Saya jurucakap kerajaan Malaysia"
Orang kata, orang gila jangan ditegur. Aku degil, dan aku tegur. Dari situ . . . dia bawa aku sekali ke dunia majnun. Dan aku majnun.
Malam itu, destinasi setuju dibatalkan. Untuk aku hadir pekena kopi secawan.
Angin kau nyanyikan lagu. Biar berirama terus malam ini. Biar sejuk air kopi terbiar, membiarkan ombak deras berbicara.
at
2:13 AM
Categories:
Labels:
Kongsi dan Kunci
2
comments
Wednesday, September 22, 2010
"Laulal majnun, la ya'kulul aqil balah."
(Kalau tak kerana 'orang gila' , manusia tak tahu kemanisan tamar.)
Rasanya. Rasa-rasanyalah. Apa yang kau nikmati dari patah-patah Arab ini?
. . .
Sejarah dunia dari dahulu sampai sekarang. Tak pernah penat mempersembahkan jasa orang-orang gila kepada manusia sejagat.
Manusia gila yang gila-gila. Dipandang gila. Kerja gila. Dan di akhirnya, hanya jasa yang kekal . . . tanpa kekal nama.
. . .
Ahmad : Sedap tak kurma? Kurma Iran, kurma Nabi, kurma Siwa.
Ali : Sedap! Lain-lain rasanya. Eksotik juga!
Ahmad : Jom panjat pokok kurma yang tinggi tu. Kita kait dan bawa turun seguni!
Ali : Gila! Kau gila buat kerja gila?
at
3:34 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
2
comments
Tuesday, September 21, 2010
Cukup baik sebagai permulaan . Banyak lagi bumi Tuhan untuk ditinggalkan kesan . Ke hadapan!
Untuk Tour de Upper Egypt yang lepas, ini bingkisannya. Dipersilakan
Yang paling pertama yang mendorong aku keluar bersendirian, adalah kerana aku mahu masa maksima mempelajari alam.
Kalau ada teman, itu sangat bagus. Tapi, biar teman yang sama bagus.
Aku mahu belajar perjuangan kehidupan rakyat kehidupan. Mereka yang mencipta kehidupan, agar kehidupan lebih dari sekadar hanya keseronokan.
Oleh sebab itu, kali ini perlu hanya sekadar kos rendah dan melepaskan nasib kepada tawakal. Melihat bagaimana kehidupan itu diolah dengan indah.
Dan, semestinya bila niat sudah diikat...layang-layang akan menari penuh memikat.
at
12:05 AM
Categories:
Labels:
Kongsi dan Kunci
0
comments
Sunday, September 19, 2010
Bercampur-campur. Aku khayal . Senyum sampai khayal
Macam mabuk ganja kita khayal, berani mati bila khayal
Dan kita mula muka baru, energi bernafsu baru
Selamat datang ya! Dunia baru
. . .
Warna-warni badailicious
at
6:13 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
3
comments
Friday, September 17, 2010
Bismihi
Tak perlu sangat-sangat bingit
pergi duduk senyap niat dalam bilik
Aku nak sangat yang itu
nak sangat dapat yang macam itu
Gulungan yang rasa terbungkam
lepaskan saja dan lihat kan terurai
Dan kalau lekas terlebih carik
Lagi kan rumit, lagi kan sulit
Hey! Menarilah dalam tarian
Rentak spontan Tuhan
. . .
Isnin; akan pasti ada di Cairo. InshaAllah.
at
10:35 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Sunday, September 12, 2010
Pantas . Ini masuk hari ke-enam . Ekspedisi turun ke kawasan Selatan Mesir (Upper Egypt) .
Tak dapat nak jawab sms atau balas panggilan dek kerana penjimatan Wang Junaih. Ini sudah tahap tersempit dan sepit.
Selesai membuka peta Bani Suwef ; bandar utamanya, kawasan Piramid Maidum dan juga kawasan perkampungan Bani Harun. 4 hari berada di sana, kurang lebih . Pengalaman? Tak perlu cerita.
Sedang menyelesaikan peta Elmenya ; bandar utama, perkampungan Bani Mazar, kawasan bersejarah Bani Hasan dan kawasan bersejarah Tuna Jabal . Pengalaman bertambah rumit dan detail.
Ke hadapan . Akan berada di Asyut, Luxor dan Aswan. Jika berbaki cukup perbelanjaan, akan ke Ghardaqah dan terus ke Kaherah.
Cabaran tak dapat dijangka lagi, tapi tetap terus berdoa agar dipermudahkan urusan. Maklumlah, jadi traveller solo kos rendah ni sangat menduga jiwa.
Dijangka perlukan sehabis lama lagi masa, 7 hari dari sekarang. Terima kasih kepada sponsor utama; Ibu Ayah. Sponsor beg; Khairul. Sponsor telefon murahan berkamera; Abdullah. Serta rakyat Mesir yang bagus-bagus.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin
at
6:17 PM
Categories:
Labels:
Kongsi dan Kunci
2
comments
Friday, September 10, 2010
Dengar lah lagu apa pun pasal kembara dan alam.
Selagi tak rasakan sendiri. Selagi itu hanya tahu menyanyi. Dan, selagi itu hanya sentiasa merasakan sudah hebat terbang tinggi.
Padahal, keluar lembah pun tak mampu lagi. Cuma, berkeliaran ke situ sini, itu sahaja.
Raya ini, aku merayakannya agak berbeza. Bukan saja nak timbulkan perbezaan. Cuma mata hati minta mata cari pengalaman.
Bani Suwef - Almeinia - Asyut - Luxor - Aswan . Aku tinggalkan bandaraya sebentar untuk sebilangan hari. Di hari-hari raya.
Di mana yang ada kemudahan, di situ kau akan nampak aku online.
at
2:11 AM
Categories:
Labels:
Kongsi dan Kunci
1 comments
Sunday, September 5, 2010
Aku tak tahu macam mana. Tapi, ini memang aku mengidam mahu berkongsi
Susah tahu! Bila mahu cipta tarian sastera ala sains semesta. Jadi aku cuba . Tapi, kalau tak berjaya, aku harap tak ada yang terlepas mana satu idea.
Begini . Ah~ Blup. Aku mati akal. Jarang aku konstruk sebegini lama. Biasanya, tap tap tap, sudah.
. . .
Blup. Blup. Haish
Aku nak cerita yang dulunya VVS1 tu, hanyalah sekadar karbon mentah. Alah, benda alah yang jadi asal kepada grafit dan arang.
Kan? Bila dah bersila bertapa di bawah. Penuh sabar. Akhirnya jadi bukan saja berharga, tapi sangat tinggi harga.
Oh! Tak tahu apa itu VVS1? Yang itu, yang Siti Nurhaliza pakai bila ambil anugerah Juara Lagu
. . .
Sama kes. Mungkin lain sikit.
Kuarza. Batu kuarza. Ini, asal dari pasir silika yang boleh jumpa di mana-mana. Boom! Tahu-tahu, jadi kristal boleh, jadi kuarza pun juga.
Pernah dengar jam kuarza? Alah, yang waktu kecil, bergaduh dengan kawan jam siapa lagi mahal. Aku ada Quartz, kau tiada. Ha ha ha, padahal dua-dua made in China.
Kuarza adalah batu luarbiasa. Ya! Setiap atom kan bergetar. Dan kuarza juga bergetar. Cuma, kuarza punya skil rentak yang sangat konsisten.
Suruh menari tango 1000 minit, step satu dua tiga tetap sama, tak berlari apatah terkelepet.
Guna letak dalam apa jua mesin yang perlu rentak. Rentak tik-tok-tik-tok, stabil dan sangat tepat.
Maksud aku, kalau kau lari pergi balik dua titik. Kiraan detik setiap kali kau cecah titik, tetap sama walau seribu kali kau ulang alik.
Kan sistem jam begitu. Perlukan frekuensi tetap, agar setiap saat tidak terlajak. Agar setiap minit dikira cukup-cukup . Jarum berdetik, berkembar dengan seluruh jam adik-beradik.
Hah! Kalau tak sama, kau tak namakan jam. Kau tak namakan sistem. Kau panggil itu kelam-kabut haru-biru.
Kuarza diberi sedikit arus karan. Kemudian, ia akan menari berentak. Menjaga sepenuh masa kira-kira detik masa. Sebab itu, kalau kau pakai jam kuarza, kau tak perlu risau tak sama masa.
Ops, mungkin susah nak faham, sampailah kau TIDAK berfikir yang jam yang ini, adalah jam yang sedang kau pakai. Maksud aku jam mekanikal, yang selalu orang pakai. Ia bukan yang ini.
Jadi apa ideanya?
Sama juga. Kuarza ini, dulu dari silika. Lepas hasil teroksida, hasil tekanan. Selepas bersila bertapa penuh dugaan. Ia mampu menjadi yang terhangat di pasaran
. . .
Aku dalam tekanan. Semua orang dalam tekanan. Bersila bertapa penuh sabar. Lepas seribu tahun, siapa tahu.
Walaupun harga VVS1 dan Kuarza tidak senilai. Tetapi, tetap beri harapan. Yang macam-macam mana pun, tekanan mampu beri dorongan.
Cerita akhir, itu lain cerita. Rezeki masing-masing. Dari jiwa potensi masing-masing. Yang penting, kejar keterbaikan dalam posisi masing-masing.
at
1:24 AM
Categories:
Labels:
Ide
1 comments
Saturday, September 4, 2010
Bercampur-campur . Sampai khayal . Senyum sampai khayal
Kerna dia, aku majnun
Hanya sememangnya, aku belum sekufu. Untuk kau jadi milik aku
Untuk kali terakhir, berpura-puralah beri cinta mata air
. . .
Siapa tahu, bila bangun dari khayal, ada kuasa untuk terus memanjat . Dan sekali berdiri, terus terbang tinggi
Dalam hati terus berbunga majnun. Pandang atas. Carikan ursa. Mungkin khayal lagi, terus majnunkan laila
at
12:28 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
3
comments
Friday, September 3, 2010
Sejak belakangan ini, gaya bahasa aku sudah hilang kuasa.
Patah huruf makin bertambah. Tapi, maknawi tak cergas bercambah. Makin diolah, makin bentat. Bakar roti sepuluh jam, roti keras nak naik tak larat.
Nampak sangat aku tengah pusing. Kepala pusing. Walhasil, ada idea tapi kurang teliti mencipta hasil
Jadi, apa lagi yang aku boleh buat? Selain ambil, angkat dan buang. Kerat-kerat buang, karang yang lain.
Dek le monoslogos bukan sekadar lembaran idea. Maka, aku perlu tegas bila berkarya. Mana yang tak cukup sifat, aku gugur, aku buang.
Bukan melonggok hampas, cuma, berniat biarlah sampai cukup sifat. Agar takkan pernah lemau ditelan zaman, biar pun berabad.
Sampai satu peringkat, bukan idea dan ngomelan yang jadi pengikat. Tapi menyusun setiap patah dan kerat, halus melilit akar dan serat.
Dilihat sekali kilas macam serabut berselirat. Tapi, bila dirungkai satu-satu urat, ya, ia mukjizat.
Karanglah sepenuh kajang pun. Tapi, kalau konstruknya hilang ke laut, angkat kening, hah, fast-forward. Dada kencang, idea lancang. Tapi, kalau sudah bisa mengagak, buat apa baca panjang-panjang?
Sehingga ke situ, kau sedang membaca le monoslogos aku.
at
6:17 AM
Categories:
Labels:
Ide
1 comments
Wednesday, September 1, 2010
Rahsia 'Baik Punya Cilok'; air tangan sutrajejaka Malaya, bukan pada propaganda. Bukan murah-murah.
Tengok lagi 'Cuci'. Kan rahsia bukan pada seniwati. Gossip dan kontroversi, tapi takkan berjaya dengan ini.
Hah, rasa takkan mahu lepaskan. Hasil karya yang ada rasa penuh rasa, berjaya!
Ia adunan resepi tersendiri, unik dan penuh perhatian. Eh! Cerita adalah cerita. Tapi cerita takkan hidup kalau jiwa hilang ke laut.
. . .
Serasi . Berkongsi . Yakin beraksi . Yakin dengan visi
Lepas cakap besar, masing-masing ada cita-cita besar. Boom! Aku cabar dan sama-sama boom macam halilintar.
Lari, kerana sesuatu yang dikejar. Nampak sesuatu yang nak dikejar.
. . .
Kolaborasi yang pertama beri janji yang kita boleh bekerjasama . Selamat maju jaya . Dan kalau terima surat chenta lagi, jom boom-boom macam halilintar lagi.
Resepi takkan pernah berkulat busuk, basi.
at
1:48 AM
Categories:
Labels:
Kongsi dan Kunci
0
comments