Sunday, September 5, 2010


Aku tak tahu macam mana. Tapi, ini memang aku mengidam mahu berkongsi

Susah tahu! Bila mahu cipta tarian sastera ala sains semesta. Jadi aku cuba . Tapi, kalau tak berjaya, aku harap tak ada yang terlepas mana satu idea.

Begini . Ah~ Blup. Aku mati akal. Jarang aku konstruk sebegini lama. Biasanya, tap tap tap, sudah.

. . .

Blup. Blup. Haish

Aku nak cerita yang dulunya VVS1 tu, hanyalah sekadar karbon mentah. Alah, benda alah yang jadi asal kepada grafit dan arang.

Kan? Bila dah bersila bertapa di bawah. Penuh sabar. Akhirnya jadi bukan saja berharga, tapi sangat tinggi harga.

Oh! Tak tahu apa itu VVS1? Yang itu, yang Siti Nurhaliza pakai bila ambil anugerah Juara Lagu

. . .

Sama kes. Mungkin lain sikit.

Kuarza. Batu kuarza. Ini, asal dari pasir silika yang boleh jumpa di mana-mana. Boom! Tahu-tahu, jadi kristal boleh, jadi kuarza pun juga.

Pernah dengar jam kuarza? Alah, yang waktu kecil, bergaduh dengan kawan jam siapa lagi mahal. Aku ada Quartz, kau tiada. Ha ha ha, padahal dua-dua made in China.

Kuarza adalah batu luarbiasa. Ya! Setiap atom kan bergetar. Dan kuarza juga bergetar. Cuma, kuarza punya skil rentak yang sangat konsisten.

Suruh menari tango 1000 minit, step satu dua tiga tetap sama, tak berlari apatah terkelepet.

Guna letak dalam apa jua mesin yang perlu rentak. Rentak tik-tok-tik-tok, stabil dan sangat tepat.

Maksud aku, kalau kau lari pergi balik dua titik. Kiraan detik setiap kali kau cecah titik, tetap sama walau seribu kali kau ulang alik.

Kan sistem jam begitu. Perlukan frekuensi tetap, agar setiap saat tidak terlajak. Agar setiap minit dikira cukup-cukup . Jarum berdetik, berkembar dengan seluruh jam adik-beradik.

Hah! Kalau tak sama, kau tak namakan jam. Kau tak namakan sistem. Kau panggil itu kelam-kabut haru-biru.

Kuarza diberi sedikit arus karan. Kemudian, ia akan menari berentak. Menjaga sepenuh masa kira-kira detik masa. Sebab itu, kalau kau pakai jam kuarza, kau tak perlu risau tak sama masa.

Ops, mungkin susah nak faham, sampailah kau TIDAK berfikir yang jam yang ini, adalah jam yang sedang kau pakai. Maksud aku jam mekanikal, yang selalu orang pakai. Ia bukan yang ini.

Jadi apa ideanya?

Sama juga. Kuarza ini, dulu dari silika. Lepas hasil teroksida, hasil tekanan. Selepas bersila bertapa penuh dugaan. Ia mampu menjadi yang terhangat di pasaran

. . .

Aku dalam tekanan. Semua orang dalam tekanan. Bersila bertapa penuh sabar. Lepas seribu tahun, siapa tahu.

Walaupun harga VVS1 dan Kuarza tidak senilai. Tetapi, tetap beri harapan. Yang macam-macam mana pun, tekanan mampu beri dorongan.

Cerita akhir, itu lain cerita. Rezeki masing-masing. Dari jiwa potensi masing-masing. Yang penting, kejar keterbaikan dalam posisi masing-masing.

at 1:24 AM
Categories: Labels:

 

1 comments:

FahmiAA~ said...

Hasil tekanan dan pertapaan, ditambah sedikit kesabaran dan dorongan, mampu melahirkan pulangan yang lumayan. Fahmi di Johor, perlu sedikit kesabaran atas tekanan agar menjadi berharga seperti VVS1 dan Kuarza. Tak gitu? Thanks Thaaqhib

 
>