Thursday, September 30, 2010


Dipaksa teringat kisah telur. Terlupa ke belakang 15 tahun ke belakang . Atau lebih bertahun-tahun ke belakang.

. . .

Aku ketika itu masih lagi anak jagung

Yang sedang bermain-main di tepi rumah kayu . Di depannya ada pokok tua limau bali . Di serambinya sibuk orang minum kopi

Aku bermain kejar-kejar ayam . Anak ayam aku kejar dan pusing-pusing . Sampai lah aku mula berfikir . Kenapa anaknya sahaja yang berlari tanpa terlihat si ibu di sisi

Bertindak spontan . Tubuh aku yang kecil mudah sahaja muat dengan reban ayam yang sempit . Aku masuk dan aku selongkar selidik . Spontan

Mudah saja ditemukan si ibu yang sedang berehat mengeram si anak yang belum menetas . Disergah sekali, ibunya terkejut bingkas lari . Tinggallah telur-telurnya yang beberapa biji

Budak kecil, otak yang ligat mempelajari sesuatu dan penuh gaya spontan . Apalah agaknya yang dapat dijangka bila dah bertemu, telur-telur kecil yang kecil dari biasa .

Telur ayam kampung . Yang dilihat bukan di pasaraya, tapi di kampung ketika hari raya. Alah, budak bandar . Itu mestilah kena jakun! Siapa yang tak jakun kan?

Hehe, walaupun sebenarnya orang lain cool biasa-biasa saja.

Dalam diam . Aku ambil telur satu biji . Kecil-kecil, aku ambil atau aku curi, itu tiada beza. Alah, budak kecil

Kecoh aku bising . Pergi belakang kecoh cari plastik . Isi pasir biar penuh . Kemudian letakkan telur biar selesa, dan kambus sedikit-sedikit

Gelak ketawa di sekitar rumah . Gelakkan aksi spontan dan lucu si budak mentah . Budak bandar di hari raya, dengan plastik berisi telur dengannya.

Aku tak pasti waktu itu, itu ketawa redha atau ketawa "hayya, ini budak!"

Dari Baling hingga ke Ipoh . Yang aku paling kesah, bukannya perjalanan direntas. Tapi, "adakah telurku sudah menetas" 

Tiba di Ipoh. Aku keluarkan bahan kajian dan letakkan di reban atok di belakang dapur. Aku persaudarakan telur itu dengan sekawan telur tuan rumah.

Dan cerita berlalu, dengan harapan aku . Melihat anak ayam yang dari telur yang aku ambil hari itu.

Selepas setahun, aku kembali . Dan, telur itu sebenarnya tidak menjadi . Di situ, cerita mendadak turun berakhir

. . .

Jadi cerita. Aku sudah menempa nama yang masyhur di kampung . Kampung Sungai Limau, Baling, Kedah . Tak cukup popular, tapi sedikit masyhur lah!

"Oh~ yang curi telur tu ya! Dulu-dulu, curi telur ayam tu"

. . .

Terbaru . Suami kepada sepupu kepada ayah (Mak Teh), baru sahaja meninggal dunia. Dan telur yang dicuri dulu, adalah dari reban ayam suami Mak Teh

Innalillah. Semoga semua urusan dipermudahkan dan sempurna . Kita jumpa di syurga . Sampai syurga cerita telur kita bawa

at 1:11 AM
Categories: Labels:

 

1 comments:

Anonymous said...

Di rumah, curi telur umi. Suluh lampu sambil pusing-pusingkan telur. Tunggu lima belas minit, telur mengalami perubahan. Cuma suhu tidak tepat dan agak mustahil untuk manusia mengeram telur menjadi ayam. Kerana masih anak jagung, nak cepatkan masa dan tak sabar tunggu telur menetas, masuk la microwave dan HAHA! menetaslah sebagai telur masak separuh~

 
>