Friday, September 24, 2010


Kenal si tua ini?


Siapa yang rajin turun naik Puduraya. Yang singgah-menyinggah Pasar Budaya. Juga siapa yang rajin melintas kaki lima Masjid Jamik di Kotaraya. Itu pasti sudah maklum di sisi mereka.

Si tua yang sekilas gila. Dua kilas bijaksana. Tiga kilas... memang gila.

Merantau dari asalnya ke sini-sana. Cuba membawa manusia ke dalam dunia magika. Kata orang, dia khayal tak sudah. Majnun gila.

.. .

Aku ada sebuah takdir. Kebetulan, bukan hanya terserempak buta. Tetapi, sempat beramah mesra lagi mengatur janji kedua.

Bukan sekadar berjumpa, tapi habis satu jam bersua bicara. Tak sekadar berbicara, berpeluang bertukar buku bahan dibaca.

Bukan sekadar kebetulan. Itu takdir. Dah memang ini jiwa aku.

Tak pantas lalat aku tepis, selagi belum aku nikmati mata romantis.

. . .

Ingat! Orang gila yang kau pandang gila, tak pernah segila yang kau fikirkan. Selamanya zamrud akan terus menjadi pasir sahara, jika lah satu dunia memandang pasir tiada guna.

Dan, kalau tak ada yang sudi. Biar aku saja yang beli. Nanti aku jadikan azimat kendiri.

 . . .

Ini pakcik Halim. Dan aku memahami dia. Kau mungkin tak faham kenapa aku beria-ia. Sebab ini cerita setahun yang dah lepas.

Aku tertarik, ketika keluar surau di hentian bas Gopeng. Ketika itu, beliau sedang duduk berehat menunggu bas ke Kuala Lumpur.

"Saya jurucakap kerajaan Malaysia"

Orang kata, orang gila jangan ditegur. Aku degil, dan aku tegur. Dari situ . . . dia bawa aku sekali ke dunia majnun. Dan aku majnun.

Malam itu, destinasi setuju dibatalkan. Untuk aku hadir pekena kopi secawan.

Angin kau nyanyikan lagu. Biar berirama terus malam ini. Biar sejuk air kopi terbiar, membiarkan ombak deras berbicara.

at 2:13 AM
Categories: Labels:

 

2 comments:

Anonymous said...

aku juga ingin tahu..

apa sebenarnya yang pak halim beritahu?

adakah idea segila idea sferanya bumi?

atau sekadar hamba akal sendiri...

Thaaqhib Mohammed said...

setakat bertanya, xkan dilayan.

jika mahu membeli, pastikan beli sekali dengan jiwanya

barulah ada harga barang jualan

 
>