Tuesday, May 31, 2011




Arakian-lah sebuah ceritera

. . .

Sebuah cerita tentang perjuangan . Dan, terus berjuang . Dan terus berjuang

Sampai diri terasa begitu berjuang!

Namun, abang-abang keliling melihat sebatang tubuh kegilaan, mungkin sudah kehilangan punca . Kasihan, katanya

Dia berbisik-bisik seorang, terdengar cerita perjuangan . Bangun dan kejatuhan

Dan, bangun dan sekali lagi cerita ulangan . Cerita dongeng pasal perjuangan dan pengembaraan pengembara benua

Lesu dah lesung di pipi . Kuyu dah mata nak tertutup . Apa yang ada, hilang . Yang tiada dan tidak pasti, yang dijulang . Yang dibilang

"Kasihan orang ini . Kasihan"

Melengkapkan kembara benua, di melintasi selantai pondok kopi . Sambil berpasang-pasang-pasang-pasang mata memerhati .

"Kasihan, kasihan"

Dia akan tetap terus melintasi, lebih banyak lagi selantai pondok kopi, nanti . Dan, akan lagi membiarkan lagi mata memerhati

Kerana dalam hatinya, adalah sebuah dunia yang mungkin tiada dalam mata yang memerhati . Dunianya sentiasa realiti . Bezanya, masih belum sampai ke situ saja lagi

Namun, dari sekalian benua yang direntasi, yang ditagihkan adalah bantuan . Tapi, sentiasa dia menerima seluas tapak tangan, hanya "kasihan, kasihan"

Ke hadapan, dan ke belakang adalah kabur . Belakang kabur kerana sudah dilabuhkan tabir labuh . Depan, kerana belum dijejaki galur

Ya! Kabur!

Tapi, lagunya bukan lagu gulana . Malah, sepanjang nyawa lagunya rentak dansa rebana

Ke hadapan dengan Miles From Nowhere - Yusuf . Ketika diperhatikan ombak "kasihan, kasihan"

at 11:50 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Friday, May 27, 2011


Aku pernah ke situ, dalam dua atau tiga tahun lepas . Jalan-jalannya, samar-samar ingat . Bentuk rumah, pun tak berapa jelas

Sekali dulu . Datang ziarah dan makan-makan . Sampai di rumahnya, di sambut pak jaga dan anak beranaknya . Dan, pasti keriuhan dan kepelikan jiran keliling

Tiga tahun lepas . . . atau dua . Yang mana-mana lah

Hari ini, sepatutnya aku akan membayar ziarah . Lagi . Asalnya dengan tujuan spesifik

Tapi, dek terlupa itu ini, maka, rasa-rasa ingin diabaikan saja . Namun, takkan sebegitu mudah ingin berputus asa?

Okeh . Kita cuba jom! Bermodalkan niat hati dan bermodalkan saki baki memori . Jom, cuba sesuatu!

Seperti biasa, ia ibarat memerangkapkan diri dalam zon sama tapi tak sama . Dan, permainan berani mencuba tanpa ada jaminan berjaya

Kalau tak jumpa, masih tak rugi apa-apa

Tapi, kalau jumpa? Syukur atas rezeki yang ada . Kalau mision not accompolished pun tak apa . . . minum-minum syai pun kira jadi jugaklah

Macam biasa, bismillah dan jalan! Tak rugi apa-apa

Kalau rugi pun, tetap untung . Pengalaman dan keyakinan sentiasa tak pernah kerugian . Memang tiada yang dirugikan

. . .

Ya, memang!

Memori manusia begitu kuat . Hanya, perlu dipupuk perlahan-lahan menyusun kembali data-datanya . Yang dah lenyap, boleh dipanggil semula . Yang tak disangka, boleh muncul semula

Dan bila sudah disusun dengan baik, ia menjadi seakan selembar peta, bahkan lebih baik

Alhamdulillah!

Perjalanan hari ini tidaklah susah dan tidaklah terlalu memakan tenaga . Ia cuma permainan putus dan asa . Juga, keberanian untuk terus mencuba

Ya, memang!

Magik itu sentiasa ada di mana-mana! Kerana minda itu kan sebuah peta?

Yang memetakan segala motivasi di minda . Sekalipun berseorangan, tetap tak berseorangan, kerana minda di sisi letaknya

Juga yang mana, Allah sentiasa mendahuluinya dan yang memandunya

Alhamdulillah! Masih kaget tak percaya . Ha ha ha !

at 9:21 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Monday, May 23, 2011


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu menginginkanmu

Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih . . . selepas selamanya

. . .

Memilih 30 Mei ini, bersaksikan aturan 5 cahaya cerah di langit gelap . Akan aku usahakan sesuatu, bagi melayan jiwa jiwang, terhadap yang wajib aku sayang

Sedetik Lebih; suatu manifestasi yang terus akan diluruskan Ikhlas . Menguatkan jiwa, terus kental!

. . .

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih, adanya kamu!

at 11:06 AM
Categories: Labels:

3 comments  

Thursday, May 19, 2011


"Kauman itu kecil
tak mungkin menampung pemikiran kyai

Dibutuhkan tempat yang lebih besar
dan luas dari Kauman"

Sang Pencerah (2010)

. . .

Tiada siapa yang salah, mungkin sekilas lalu saja di hati mempersoalkan salah . Dah! Kurang sekilas dan aku kilaskan mati di rongga muhasabah

Kerana ianya, hanya aku . Hanya aku sendiri yang kerap longlai dan janggal

Janggal . Janggal bukan kerana diri yang tercipta janggal

Tapi, janggal . Setelah sesat tak berjumpa dukun yang membaca ajaib propesi magik!

Yang yakin seyakin Abu Bakar tentang propesi magik
Yang gemuruh segarang Umar tentang propesi magik
Yang betul-betul di sisi macam Ali akan propesi magik

Hanya aku . Yang tak berjumpa, atau tak perasan yang dah berjumpa . Aku yang terlepas rentak melewah

Terlupa menetap susun langkah . Tersalah membaca surah, terlepas genggam bara api yang merah

Terinjit-injit kaki terluka tersadung lemah, terbiar berkudis dibiar terdedah

Mungkin aku dah terlupa denai-denai aku . Dan, lebih daripada pasti, langkah aku sudah pun kaku

Janggal

Bebas terlepas dengan lamunan . Jari jemari terbuka, melepaskan genggaman .

Yang tak pasti, sekali juga bersalut yakin . Tak pasti akan jalan akhirnya . Yakin pula, demi untuk selamat

Pertimbangan sedetik . Saat kurang sedetik, ketika di hadapan marabahaya lebih besar

Lepas . Sehingga semakin laju merempuh udara, membiar lepas ke bumi . Tidak lagi terbang tinggi

. . .

Ataupun lumrah adiputra itu sememangnya akan terbangkit dari sunnah janggal?


Ya! Cuma, aku mungkin tidak dicalonkan untuk itu

at 11:15 PM
Categories: Labels:

0 comments  



Puas memang sangat puas

Menonton penuh, isi-isi dalam DVD konsert Yusuf Islam yang lepas (Australia 2010). Berkonsepkan roadsinger, dan lebih ke era 60's

Berbeza dengan banyak dengan Yusuf's Cafe; yang lebih santai dan bercirikan arab

Plus, sekali dalam DVD, ada slot drama muzikal, yang menjadi impian beliau sejak dari awal pembabitan muzik . Sekali dengan rehearsal yang sangat 'sempoi'!


Fuh! Best

Subhanallah

Semoga Allahh berkati usaha murni sebegitu, yang merapatkan jurang-jurang kepelbagaian manusia . Dan, memberi peluang cerah kepada sesiapa sahaja untuk mendekati fitrah keislaman





Fuh! Memang best

Tapi, aiseh..terpaksa download . . . semoga ada rezeki untuk beli original copy . Tak lama lagi keluar yang international edition

at 1:30 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Tuesday, May 17, 2011


Di zaman penuh kebejatan sosial . Juga di landasan perlukan kelajuan . Dan perlukan kolaborasi paduan

Di ketika itu, sememangnya bersendiri bukanlah pilihan terbaik

.

.
.


.


Namun, ketika aku kalut menyelamatkan baki-baki hidup . Dan ketika aku serabut menyelamatkan kasih-kasih aku

Ketika itulah, hanya itulah yang mampu aku fikirkan . . . selagi terdaya

Sehinggalah aku waras . Sebentar, seketika dan untuk selamanya



.
.
.

Tapi, jika aku mati dulu sebelum sembuh . . . maka, ketahuilah yang aku inginkan sembuh dahulu

at 8:00 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Monday, May 16, 2011


Exam kills performance;

Maksudnya prestasi hanya akan meningkat di awal exam, dan kelihatan terbantut apabila exam tamat

Bermakna dalam graf kehidupan, titik-titik prestasi akan sunyi, dan hanya dikesan beberapa kali sahaja dalam hidup

Mari persoalkan aku

Adakah aku ini, mampu berlari 100km secara terus, tanpa jatuh prestasi? Kan aku perlukan perhentian untuk kembali menguji pencapaian dan membangkitkan prestasi?

Kan? Bukankah exam itu ibarat perhentian peningkat prestasi? Tak begitu?

Setuju, bernas dan yeah!

Cuma, itu hanya ketika berlari . Berlari gila-gila dengan penuh energi di saiko . Dengan penuh jiwa dan raga memacu tenaga kerja

Tapi, kalau hidup itu hanya sekadar liburan, lalu, hanya tersentak apabila datang exam dengan segala macam tarikh-tarikh mautnya . . . maka, ketika itulah exam itu adalah pembunuh

Pembunuh prestasi!

Ini adalah sangat kasar dan kurang tatasusila . Itu sahaja alasan, untuk majmuk tak bersetuju

at 1:21 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Saturday, May 14, 2011


Blog adalah medium penceritaan

Ada tentang kisah hidup . Ada yang mengadu . Ada yang berkongsi gembira . Ada yang gundah-gulana tentang hati yang merindu, sedih dan sunyi . Ada yang riang dan bertenaga, juga puas ceria

Ada tentang idea . Konsep dan pemikiran . Ada yang pasal falsafah dan pancaindera . Kristalnya perspektif di minda

Ada tentang perjalanan, penggambaran, kelana, pertemuan, kejadian . Ada juga pasal pertandingan, jualan dan hiburan

Blog adalah medium untuk segala-galanya . Untuk segalanya diceritakan

Dan, mungkin cepat sangat difahamkan, bahawa, blog itu cerminan terus sebuah kehidupan

. . .


Le monoslogos; lahir awal Julai 2010 . Dan, ia lahir kerana ia mahu lahir . Tanpa sebab khusus, dan memang ia tertakdirlah lahir

Eh? Tak, tak . Ada sebab khusus, tapi, kalau melibatkan peranan asal blog . . . tak ada . Ia blog biasa, yang dipilih menerima sentuhan sedikit gila dari biasa

Kerana le monoslogos adalah sebuah mesin teknikal . Sebuah medan latihan taktikal . Sebuah eksperimen yang betul-betul eksperimental

Ia adalah cubaan pertama, mencuba genre penulisan yang tak bernama

Le monoslogos lahir sebagai ujikaji dan praktis amali . Mencuba sesuatu yang baru, yang asing dan baru . Yang pelik dan asing, tetapi semacam ada sesuatu

Sebagai satu juzuk, dari episod-episod latihan . Ke arah penulisan karangan yang mapan

Menukilkan setiap dakwat papan-kekunci dengan kepelbagaian genre . . . yang ada di pasaran . Atau yang masih segan-segan untuk dipasarkan

. . .

Dan, ia secara langsung menjadikan cerita-cerita hidup aku sebagai pancang hidup matinya . Memang ia merisikokan output yang terhasil

Ia akan mengundang salah faham . Kepelikan . Mungkin teruja . Mungkin makin keliru . Dan yang pasti, mudah disalah tafsir

Tapi, aku tak kisah . Memang dah namanya asing, dan memang dah namanya eksperimen

Apatah lagi, sehingga saat ini, aku merasakan bagai sudah sedikit amatur dalam genre sebegini (masih belum berjumpa gerangan genre, sebenarnya) . Jadi, teruskan yakin!

Memang, aku bermula dari budak sampah . Jadi, takat amatur pun sudah cukup bagus sudah

. . .

Itulah le monoslogos . Nak baca tajuknya pun susah . Apa lagi isi-isinya

Jangan kata kau, aku pun terbelit keliru kadang-kadang . Alahai . . . itu nasib si tukang eksperimen








Nota : Aku gila menulis karangan sejak dari kecil . Dan, memang aku gila nak perbaiki juga mencuba teknik baru-baru

Sebab apa? Aku dari dulu tak tahu menulis karangan . Kalau tak aku yang menolong diri sendiri . . . .   .  .   . . haa....

Tapi, Inshaallah! Akan kembali merujuk kepada genre-genre lebih universal dan mesra pengguna kembali . Tapi, tunggu naik pangkat dulu

at 6:20 AM
Categories: Labels:

1 comments  

Sunday, May 8, 2011



Camar pulang senja, tapi aku tak sama macam camar pulang senja
Sebab mereka sibuk mencari rezeki, tapi langsung tak lupa diri

Macam dah tiada Tuhan, hidup-hidup melupakan Tuhan

at 6:28 AM
Categories: Labels:

2 comments  

Saturday, May 7, 2011


Alex Opera House - Alexandria sangat kaya dengan seni, termasuk juga seni muzik da persembahan

Bismillahirahmanirrahim

Sekilas karangan ini akan memerhatikan secara pantas, salah satu juzuk cerita khazanah daripada segumpal sejarah yang saling berikatan, di tanah daerah purba Alexandria, Mesir.

Di mana, kisah dipilihkan garis mulanya seawal pembentukan komuniti kecil di Perkampungan Rakoda.

Nun jauh lebih jauh ratusan tahun sebelum bermulanya Era Baru dunia. Di zaman purba, lama sebelum ketibaan Al-Masih.

Kampung Rakoda. Sebuah tanah rakyat semitik penuh tatacara budaya tersendiri, yang menjalankan kehidupan hari-hari biasa seperti manusia-manusia biasa.

Rakyat Rakoda ketika itu, belum lagi menghulurkan taat setia mereka kepada mana-mana Dinasti Firaun, mahupun tunduk kepada tuntutan perang Asia Minor, apatah lagi Assyrian.

Hanya mereka menjalankan hari-hari biasa, sambil menjemput camar pulang setiap petang dengan riang. Tanpa langsung terjejas akan progresifnya dunia keliling yang sedang menongkat kuasa jajah.

Zaman berlalu zaman, apabila keretapi zaman mula menjengah ke perhentian-perhentian akhir Dinasti Firaun. Dan juga, menyapa tarikh-tarikh gemilang Greek ketika itu, beberapa ratus tahun sebelum Era Christ.

Allah mengizinkan lahirnya ke tampuk pemerintahan, bahawa seorang raja muda penuh dedikasi muncul dalam khalayak tamadun dunia purba.

Pella (di Macedonia Purba) - Tempat kelahiran Alexander III

Dalam kekalutan demokrasi di negeri demokrasi sendiri; iaitu Greece, tiba-tiba datang sebuah cahaya harapan bagi menyelesaikan masalah besar negara yang berlaku ketika itu, yang melibatkan kredibiliti kepemimpinan.


Sinar yang membuahkan harapan baru itu, rupa-rupanya, hasil kecerahan kaliber dan karisma seorang leader dari tanah berdaulat Macedonia, di kepala Greece.

Baginda Raja Macedonia; yang terus diyakini tanpa ragu-ragu, walaupun ia bergalurkan bukan dari Kehormatan Greece, untuk memandu empayar Greek ketika itu.

Buat pertama kalinya, keagungan Greece disandarkan kepada watan luar, yang menawar masuk bagi menyelamatkan sekaligus mengangkat martabat Greece semula.

Hanya setelah kematian ayahandanya, Alexander III Anak Philip II mula mengangkat leher menawarkan pakej kepemimpinan di serata alam.

Peta Mediteranean - Lokasi Macedonia, Greece Purba, Asia Minor dan Alexandria

Langkah pertamanya dengan memakai jata Greece, bukan sahaja membenarkan cita-cita, malah, membuka seribu ruang agressif dan kepercayaan rakyat.

Baginda yang merupakan salah satu pakej hasilan sistem monarki tulen, sebenarnya bukanlah sekadar item kosong, malah, telah menempa ikon besar di belakang ayahnya lama dahulu sebelum menaiki tahta.

Sepantas kilat, dari barat ke timur, baginda menjejakkan bala tentera. Bukan sahaja memungut ketaatan, tetapi juga mempamerkan ketamadunan.

Habis berwarna barulah tanah-tanah purba, bermula dari kaki air Mediteranean hinggalah jauh menjenguk Himalaya.

Setiap daerah utama yang diberi nafas baru, akan diabadikan dalam dada sejarah. Tidak hanya dengan catatan prasasti, bahkan dengan replikasi bandar, yang memiliki arkitektur penuh similariti nilai ketamadunan.

Silsilah bandaraya Greek tersebar seantero dunia. Bagaikan berada di segi empat Greece, walaupun sedang berdiri di tanah bukan Mediteranean.

Dalam angka jumlah yang banyak itu, hati baginda Raja Alexander lebih ditawan manis oleh sebuah tanah daerah kecil, yang terletak begitu bertentang dengan tanah asal Parthenon.

Tanah sekangkang kera yang dijajahnya itu, diwakilkan urusan pentadbirannya kepada orang kanannya, Ptolemy. Dan, diarahkannya agar diabadikan tanah itu sebagai yang tertinggi nilainya, sehinggalah menyamai peri-pentingnya pusat ketamadunan Greek yang asal.

Penyamaan bukan sahaja kepada replikasi bangunan, tetapi, sampai menyaingi kepentingan pentadbiran. Begitu tingginya cinta Alexander kepada tanah ini.

Amphitheater yang dibina semula di Alexandria

Itulah tanah, yang dahulunya hanya hidup pagi menghalau keluar angsa, dan petang menjemput bayu laut. Itulah tanah asal Rakoda, yang tersebut-sebut di bibir rakyat empayar sebagai Rachotis.

Setelah kedaulatan Alexander menaungi Rakoda, maka, masa tidak diambil terlalu lama untuk menobatkan tanah ini bernisbahkan rajanya. Lalu, terus masyhurlah ke seluruh empayar, kegemilangan dan kepentingannya

Dengan sekalian keagungan, selesailah disandarkan ia kepada Alexandria. Tanah di pantai Mediteranean Mesir, bertentangan tanah Parthenon di Greece.

Siapa yang tidak kenal dengan Pharos Agung di pembuka jalan lautnya. Bukan sahaja sebagai rumah api biasa, tetapi, mencatat kehebatan arkitektur yang magik. Magik di zamannya, juga magik di zaman seterusnya.

Siapa lagi yang tidak pernah mendengarkan betapa mega Bibliotheca De Alexandrina, pula. Yang terkumpulnya sekalian ilmu seantero dunia. Samada ilmu lokal, mahupun global. Semuanya dicatit dan disimpan penuh dedikasi buat warisan zaman.

Tercatat terus dalam sejarah, bahawa bermula dari saat itulah Alexandria terbangun. Dan, terus menjalarkan keagungannya sebagai legasi Alexander dengan mewarnai semula gerak langkah tarikh-tarikh empayar Mesir Purba.

Biarlah bagaimanapun corak hidup dan kekuasaan di seluruh tanah Mesir, namun, Alexandria tetap dengan kelas hidupnya yang tersendiri. Kelas kehebatan yang terus cemerlang.

Pompey's Pillar - Monumen tinggalan ketika jajahan Roman

Sepanjang aliran hidup, Alexandria telah menyaksikan jatuh bangun beberapa tamadun. Termasuk empayar Alexander, juga empayar Roman, juga jajahan French, juga jarahan British. Tidak ketinggalan, pemerintahan-pemerintahan pemimpin di zaman moden ini.

Ia sememangnya menyaksikan kekacauan di sekitar ini, namun, yang sebenarnya, semua itu telah menambahkan kayanya tanah asal sekangkang kera Rakoda ini.

Siapa tahu? Sebuah tanah sunyi, akhirnya tersohor bising dengan kecemerlangan warnanya apabila zaman berlalu zaman.

Semuanya di atas kuasa Allah, yang memberikan izin dan merancang dengan cantik peredaran ketamadunan.

Dan, kini. Alexandria di bawah pentadbiran yang baru, daripada silsilah pentadbirannya. Ditadbir dengan baik penuh kredibiliti, dengan mengekalkan kelas hidupnya yang tersendiri. Sambil terus menyerlahkan legasi-legasi zaman lampaunya.

Istana Raja Farouk - Kesan tinggalan Zaman Rejim Monarki Moden

Alhamdulillah, Alexandria kini, sekalipun masih terlihatkan seribu macam cacat cela, ia tetap berada di bawah jajahan Muslim. Sejak lebih seribu dan beberapa ratus tahun yang lampau.

Ia disapa Islam dengan penuh kehormatan setelah bermulanya era baru di Fustat, dan seterusnya Kaherah, hasil daripada kesungguhan dan dedikasi Pejuang Islam Amru Al-'As.

Di mana, semula itu, Alexandria kian dibaca dengan bunyi-bunyian huruf arab. Rakyat penuh ketamadunan ini, terus mengagungkan kehebatan sejarahnya, lalu, mengekalkan lagi namanya dalam apa jua keadaan.

Ia disalin sebagai الاسكندرية . Ia dibaca sebagai Al-Iskandariyyah. Ia juga boleh dibaca dengan mematikan huruf ketiganya iaitu alif ( ا ), menjadikannya dibaca sebagai Aliskandariah. Dimiripkan bunyinya kepada Alexandaria.

Maka, lengkaplah karangan ringkas sekilas cerita ini. Moga ia menambahkan rasa keagungan di hati, setiap kali menjejakkan kaki di bumi Tamadun ini. Yang asalnya hanyalah, sebuah tanah sunyi bernama Rakoda.

Di mana falsafahnya memaksa manusia itu merasai keupayaan dalam diri untuk mencipta keagungan dan juga meyakini bahawa ia bukanlah sesuatu yang mustahil.

Kerana suatu hari nanti, manusia itu akan terus-menerus mati. Tetapi, hanya jasadnya yang mati. Bukan sejarahnya yang mati.

Sekian

Peta Restoren Rakoda - Sebuah Restoren makanan laut yang mashyur di Alexandria

at 2:11 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Tuesday, May 3, 2011



Surah An-Nahl 68-69;

And thy Lord taught the Bee to build its cells in hills, on trees, and in (men's) habitations; (68)

Then to eat of all the produce (of the earth), and find with skill the spacious paths of its Lord: there issues from within their bodies a drink of varying colours, wherein is healing for men: verily in this is a Sign for those who give thought. (69)

. . .

Okeh! Gayakan madu dengan tiga tambahan tenaga . Gayakan madu kita . Madu tiga! Yeah!

Saiko bergantung pada Fisio . Fisio juga perlukan makanan berkualiti , macam juga hati

. . .

Yum! Yum! Madu Imtenan! Sambil-sambil dengar lagu ini

at 9:35 PM
Categories: Labels:

1 comments  

Monday, May 2, 2011


Teringat nama Fathi . Dengan kepelbagaian sifat dan sikap di sebaliknya

Fathi Pahang
Amir Fathi
Fathi Almenia
Ammu Fathi Beni Suef
Fathi Pizza
.
.
.

Sedap rupanya nama Fathi ni, sesedap aspirasinya . Kemenangan ku! . Kejayaan ku . . .  cerita-cerita perjuanganku

Sedap betul sesedap namanya, setiap kali terngiangkan

Terngiangkan cool dan steadynya Amir Fathi . Juga, uniknya Fathi Pahang

Teringatkan jasa Fathi ketika berkeliaran di Almenia, Upper Egypt . Terkenangkan kesopanan Ammu Fathi ketika iktikaf di Beni Suwef haritu

Dan, dari nama-nama di dalam telefon, termasuk juga nama Fathi Pizza . Restoran tempat aku melabuhkan khayalan dan menantikan kudapan di tengah malam

Kerana malam ini adalah malamnya yang itu, maka, sekali lagi teridamkan Fathi


Kali ini, Tojin Lahmah dan Aruz

Sambil-sambil dengan irama bumi dan dunia




Tapi, lagu ni taklah elok sangat mesejnya . Melainkan melodinya berirama bumi dan dunia . Irama hati dan ketenangan

at 11:17 PM
Categories: Labels:

0 comments  

 
>