Arakian-lah sebuah ceritera
. . .
Sebuah cerita tentang perjuangan . Dan, terus berjuang . Dan terus berjuang
Sampai diri terasa begitu berjuang!
Namun, abang-abang keliling melihat sebatang tubuh kegilaan, mungkin sudah kehilangan punca . Kasihan, katanya
Dia berbisik-bisik seorang, terdengar cerita perjuangan . Bangun dan kejatuhan
Dan, bangun dan sekali lagi cerita ulangan . Cerita dongeng pasal perjuangan dan pengembaraan pengembara benua
Lesu dah lesung di pipi . Kuyu dah mata nak tertutup . Apa yang ada, hilang . Yang tiada dan tidak pasti, yang dijulang . Yang dibilang
"Kasihan orang ini . Kasihan"
Melengkapkan kembara benua, di melintasi selantai pondok kopi . Sambil berpasang-pasang-pasang-pasang mata memerhati .
"Kasihan, kasihan"
Dia akan tetap terus melintasi, lebih banyak lagi selantai pondok kopi, nanti . Dan, akan lagi membiarkan lagi mata memerhati
Kerana dalam hatinya, adalah sebuah dunia yang mungkin tiada dalam mata yang memerhati . Dunianya sentiasa realiti . Bezanya, masih belum sampai ke situ saja lagi
Namun, dari sekalian benua yang direntasi, yang ditagihkan adalah bantuan . Tapi, sentiasa dia menerima seluas tapak tangan, hanya "kasihan, kasihan"
Ke hadapan, dan ke belakang adalah kabur . Belakang kabur kerana sudah dilabuhkan tabir labuh . Depan, kerana belum dijejaki galur
Ya! Kabur!
Tapi, lagunya bukan lagu gulana . Malah, sepanjang nyawa lagunya rentak dansa rebana
Ke hadapan dengan Miles From Nowhere - Yusuf . Ketika diperhatikan ombak "kasihan, kasihan"
Tuesday, May 31, 2011
at
11:50 AM
Categories:
Labels:
Kongsi dan Kunci
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment